Posts

Showing posts with the label Tips Bayi Bijak

Nak Ajar Anak Membaca Yang Mana Dulu? Alif Ba Ta ke, ABC ke, 123?

Image
NAK AJAR YANG MANA DULU YE? ABC..123..ALIF BA TAA Soalan yang paling kerap rakan2 tanya. Jawapan yang saya beri tak pernah berubah. AJARKAN ANAK AL-QURAN.. DAN ILMU LAIN BIAR AL-QURAN YANG AJARKAN. AJAR ILMU AL-QURAN DULU, ILMU YANG LAIN AKAN MUDAH ANAK DAPAT. Maknanya ALIF BA TAA.. laa kan! Kebiasanya ibubapa akan tekankan ABC dulukan. Takut anak lambat kenal ABC. Anak jiran sebelah dah kenal ABC sampai Z. "Takkan anak aku nak kenal alif, baa, taa dulu..belajar mengaji boleh anta kat jiran yang pandai mengajar atau ustaz/ustazah..dah masuk sekolah nanti pandailaa dia" Kesiaannn... Kalau ada yang beranggapan macam tu, Al-Quran jadi pilihan yang terakhir. Diperlekehkan. Istighfar lah banyak2. Suka untuk saya ceritakan pengalaman saya yang tak seberapa ni. Anak pun baru seorang. Seorang ni laa yang banyak benda ajaib yang berlaku bila pendidikan Al-Quran itu yang di dahulukan. Diutamakan..di fokuskan. Sejak kecil dari bayi ilmu membaca Al-Quran...

Teknik Mengajar Bacalah Anakku.

Image
Kursus Intensif Bacalah Anakku Alhamdulillah. Tercapai impian untuk menyertai Kursus Intensif Bacalah Anakku ini. Tujuannya tidak lain untuk mengajar anak-anakku membaca dengan teknik yang betul dan cepat. Tidak membebankan saya dan anak-anak syurga ini. Bacalah Anakku ini menggunakan konsep bunyi huruf. Gabung bunyi huruf. Kenalkan bunyi huruf kepada baby anda. Sebab mereka tidak pandai sebut nama huruf seperti ABCDE-Z. Tetapi mereka boleh membunyikan huruf. (aa.. mm.. beh.. uu..ii..) Sebelum membayar yuran untuk ke kursus ini, saya berusaha dengan bertanya ALLAH dulu (b.A.d) "Ya ALLAH.. Adakah kursus ini, bagus untuk aku, anak-anakku dan agamaku? Jika bagus, mudahkanlah ya ALLAH. Jika tidak, lupakanlah ia daripada ingatanku" Alhamdulillah. ALLAH permudahkan. Aminn.. Kursus bermula jam 9:00 pagi. Kami tiba jam 7:30 pagi. Awalnya.. Hahaha.. Kita sarapan dulu.. Bersama suami dan anak-anak comel ni. Kedua-duanya tidak mandi lagi. Jam 9:00 pagi, kursus bermula. Al...

12 Kelebihan Main Buih Sabun Kanak-Kanak

Image
Tengok gambar ni, dah tahukan perasaan Ahmad bagaimana.. ^_________^ Senyum lebar. Seronoknya Ahmad bermain pistol sabun. Sampai low bateri. Mainlah Ahmad, asalkan Ahmad gembira.. Hihihi. Sebenarnya ini adalah hadiah daripada Tok Ayah buat Ahmad. Abang Aqil dan Ariq juga dapat. Kalau kami, harapanlah Ahmad nak dapat benda ni. RM10 free bateri AA 3 ketul. Pada kami, bukan ada pekdah pun main benda ni, perabih duit ja. Picit-picit, abih da buih. Haa.. itulah kami ni yang kurang membaca. Rupanya banyak pekdah benda ni untuk anak-anak kita. Tak sangka. Bila baca 1-1 point di bawah ni. Haahlah.. Bagus rupanya untuk perkembangan bijak anak-anak.. Selain memberikan keseronokan yang tak terhingga kepada anak-anak, sebenarnya ada 12 kelebihan lain bermain buih sabun ni. Ya, dua belas! Jom kita tengok satu persatu apa yang hebat sangat main buih ni.. 1) Melatih motor halus - pegang peniup buih dengan jari, buka botol buih sabun, pegang botol buih sabun. Kalau guna pistol yang tembak-tembak ...

Cara Hafazan Mudah Kepada Anak.

Image
BISMILLA HIRRAHMA NIRRAHIM CARA-CARA MEMBERI HAFAZAN PADA KANAK-KANAK. Alhamdulillah,saya rasa gembira..ramai rakan2 saya yang di alam nyata dan maya(hehehe)yang berminat nak tahu bagaimana cara kami(saya dan suami)memberi hafazan buat anak kami Muhammad Luqman Qushairi(4tahun). Sebab itu saya rasa gembira untuk berkongsi dengan anda yang sudi membaca,mengikuti dan bertanya hal hafazan dengan sa ya. Terima Kasih. smile emoticon Bila usia yang sesuai untuk mulakan hafazan? Pendapat saya..mulakanlah seawal usia kecil lagi. Sejak dalam kandungan lagi biasakan anak2 mendengar alunan bacaan Al-Quran. Hikmahnya nanti untuk membiasakan dan mendatangkan minat dalam hati dan minda mereka. Biar alunan Al-Quran menjadi lagu yang mereka suka dengar. Yang paling BAGUS..selepas mereka sudah pandai baca Al-Quran,tak lancar pun tidak mengapa. Boleh mula. Muhammad pun masih belum lancar bacaan Al-Quran nya. smile emoticon Sekurang-kurangnya,hafazan sudah ada dalam ingatan mer...

Lindungi Anak Kita Dengan Maklumat, Kemahiran Yang Betul

Image
  BismillahirRahmanirRahim. Dengan kehendak dan izin Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Protect Our Children With The Right Knowledge and Skills Lindungi Anak-anak Kita dengan Bekalkan Maklumat dan Kemahiran yang Betul Fitrah dan keperluan semasa kini adalah ibu dan bapa perlu bekerja di luar, kan? Keadaan di luar amat mencabar dan buat kita rasa tidak selamat untuk lepaskan bebas anak-anak bermain sendirian. Hatta, memilih pengasuh dan pusat jagaan serta taska/tadika juga dibuat dengan sangat berhati-hati pada zaman ini. Alangkah baiknya jika kita dapat buat Homeschooling anak sendiri Namun keperluan semasa memaksa untuk kita keluar bekerja kerana faktor ekonomi, ditambah sesetengah wanita memang perlu untuk bekerja di luar bagi memenuhi keperluan tempoh rehat seketika dari kerja rutin rumahtangga serta menyumbang ke dalam sistem masyarakat luar. Namun jangan disangka ibu surirumah, anak-anak tidak berisiko untuk dicabuli hak mereka. Saya ingat lagi k...

5 Tips Bagaimana Mendidik Anak Sukar Belajar

Image
Anak adalah anugerah Allah yang sangat berharga dan tak ternilai dalam memberi lebih kebahagiaan kepada diri kita. Selama ini kita disuntik dengan pandangan ”anak ibarat kain putih, terpulang kepada kita untuk mencorakkan didikan anak ini”. Sedangkan, dalam masa kita mencorak didikan anak ini, sebenarnya ia merefleks diri kita juga. Kerana anak adalah tiket untuk kita ke syurga atau ke neraka. Maka, amat penting untuk kita tahu destinasi akhirat kita. Anak yang soleh yang terus menerus mendoakan kita adalah sebahagian daripada pelan tindakan yang kita perlu fikir-fikirkan. Namun, untuk mendidik anak yang soleh itu, ia datang dengan pelbagai cabaran. Apa jua ilmu yang kita ingin terapkan, amat penting untuk kita sebagai ibu mempunyai skil mengajar anak. Cabaran mendidik anak yang sukar belajar akan menaikkan kita ke tahap yang lebih tinggi sekiranya kita berjaya atasi. Berikut adalah 5 tip bagaimana mendidik anak yang sukar belajar . No 5, adalah ilmu baru yang kurang diketengahk...

Tips Ajar Anak Hargai Barang

Image
Soalan: Anak saya berusia enam tahun, apa yang merisaukan saya dia tidak pandai menjaga barangan yang diberi. Contohnya setiap kali diberi mainan atau alatan menulis, pasti hilang serta rosak. Saya bimbang sikap tersebut terbawa-bawa sehingga dewasa. Dia seolah-olah tidak menghargai apa yang dia dapat. Apakah cara terbaik untuk menasihatkannya? Jawapan: Saya percaya puan dan para pembaca pernah mendengar kata-kata ini  ‘senang dapat senang lepas’. Biasanya kalau kita rasa tidaklah susah untuk mendapatkan sesuatu benda itu, maka kita tidak terlalu menghargai barang itu. Tetapi, sekiranya barang itu sukar didapati tentunya kita akan lebih menghargai barang itu kerana sukarnya mencari ganti barang itu kelak. Justeru, kita akan menjaga barang itu seperti menatang air yang penuh. Jadi, puan perlu memberi syarat ketika membelikan barang yang dimahukannya. Perlu diingat, syarat itu juga mesti dipatuhi oleh kita sebagai ibu bapa. Jangan hanya memberi syarat tetapi kita juga tidak patuhi....

5 Tips Kejayaan Ibu Ajar Anak Membaca

Image
Kunci utama kejayaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan belajar melalui bermain. Bagi kanak-kanak mereka belajar dengan bermain. Dengan sedikit perancangan kita dapat menjadikan sesi bermain itu sebagai sesi belajar tanpa disedari. Berikut adalah beberapa panduan yang harus diamalkan oleh ibu bapa, selain bermain, untuk mendapatkan hasil terbaik apabila mengajar anak di rum ah. 1. Singkatkan Masa Belajar Berapa lama anak kecil anda boleh duduk diam belajar? 5 minit? 3 minit? 1 minit? Anda lebih kenal anak anda. Bagi kami sesi belajar mestilah singkat. Bagi kanak-kanak perempuan 5 minit sudah cukup baik, dan bagi kanak-kanak lelaki yang berusia 4-5 tahun, 2 minit sudah cukup lama. Jadi sesi belajar anak anda mestilah 2-5 minit sahaja. Bahkan kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa kanak-kanak tadika hanya dapat memberikan tumpuan pada satu-satu masa hanya 15 minit sahaja. Oleh itu singkatkan masa anda untuk pembelajaran yang berkesan. Jik...

Saat Anak Buat Perkara Tidak BEST Di Hati Kita.

Image
Renungan... Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita.. Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak... Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi. Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka... Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia...menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita 'sempurna' Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita. Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah...

Kenapa Kita Kena Selalu Baca Al-Quran?

Image
INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL-QURAN Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar. > AL-QURAN DAN PENYEMBUHAN Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka. Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. > AL-QURAN DAN SEL KANSER Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekue...

Cara Melatih Kesabaran Anak Ketika Bermain

Image
KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN PUZZLE : 1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna. 2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle. 3- Melatih pemikiran logik. 4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle. 5- Meningkat pengetahuan tentang bentuk dan ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle. 6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa berbual dengan anak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama. 7- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut. 8- Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan unt...

Cara Potty Train Anak Yang Berkesan. Anak Gembira. Ibu Bahagia.

Image
Alhamdulillah. Hampir 4 minggu Ahmad tidak memakai pampers pada siang hari mahupun malam hari. Kejayaan ini semua datang daripada ALLAH. ALLAH beri ilham. ALLAH tolong. ALLAH jaga. Alhamdulillah. Saya memang ada target untuk Ahmad. Saya yakin ibubapa di luar sana termasuk pembaca blog ini juga mempunyai target untuk anak sendri. Ya, kan? Tidak kira dalam pembelajaran mahupun kehidupan. Saya target umur Ahmad 2 tahun 8 bulan mesti bebas daripada pampers. Ceh! bunyi macam bebas daripada hutang jek. #ngade Alhamdulillah makbul. Di sini nak ceritakan kisah suka duka Potty Train Ahmad selama seminggu. Kemudian ke seminggu lagi. Ada pengajaran yang perlu diambil daripada kesilapan saya.  Syarat 'wajib' yang perlu ada untuk ibubapa lakukan Potty Train ini adalah bermohon diberi kekuatan dan kesabaran tinggi tahap 1000%. Mohon juga ALLAH berikan kefahaman kepada anak. Jangan jadi seperti saya. Bagaimana saya terfikir nak Potty Train Ahmad? Sebelum ini saya pernah Potty Tra...

Cara Meningkatkan Fokus Baby.

Image
  Babies & Toddlers Activity: Mirror Play Adakah anda perasan bahawa anak2 anda sangat gemarkan cermin? Ya, seawal bayi, mereka memang sangat gemar melihat bayangan di dalam cermin. Letakkan mereka di hadapan cermin mengikut jarak yang sesuai (bayi perlu lebih dekat kerana jarak penglihatan mereka tidak sama dengan kanak-kanak kecil). Apa-apapun, pastikan anak anda dalam keadaan yang selamat. Perkenalkan diri mereka dan siapa yang berada di dalam cermin tersebut. Perkenalkan bahagian-bahagian muka seperti mata, hidung, mulut, telinga, rambut dan juga bahagian-bahagian anggota badan. Usap lembut setiap bahagian ini. Ya, walaupun mereka belum boleh bercakap, percayalah bahawa setiap perkataan itu di simpan di dalam Lexical Database di dalam otak mereka. Apa objektif permainan ini? "Mirror game/play" membantu anak anda untuk belajar bagaimana hendak fokus, bagaimana hendak trek imej di hadapan mereka, dan sudah pasti untuk meneroka all the wond...

6 Cara Mudah Anak Cepat Bercakap Dengan Betul.

Image
Berkomunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi buat anak-anak. Anak yang normal mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi atau bercakap sejak dari lahir. Hanya berbeza caranya sahaja berbanding kita yang dewasa. Masalah untuk bergaul bersama rakan dan orang sekeliling akan timbul apabila anak-anak lambat bercakap.Seseorang anak yang mempunyai masalah bercakap boleh kita kenali sejak mereka berumur 4 bulan lagi. Mengikut statistik gangguan komunikasi ini hampir 5-10% wujud dikalangan anak-anak hari ini dan nampak semakin membimbangkan para ibubapa. Cara untuk mengatasinya yang boleh dipraktikkan di rumah ialah : 1) Dimulakan dengan mengajar mengaji Al-Quran bersama anak dirumah sekerap yang mungkin. Ajarkan supaya mereka mampu menyebut sebutan huruf hijaiyyah dengan betul makhraj dan bunyinya. Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit secara berkualiti (iaitu anak fokus) secara istiqamah. 2) Gunakan bahasa mudah apabila bercaka...

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Image
Perkongsian aktiviti menarik daripada Puan Yulia Yusar yang bijaksana dalam melakukan aktiviti Homeschooling bersama anakanda tercinta. Jom, buat gunung berapi! Tapi kali ini saya buat dengan menggunakan kertas surat khabar. Sebelum ini pernah buat dengan 'homemade playdough' Bezanya yang guna surat khabar nampak lagi 'real'..hehe sebab bila 'larva' mengalir model gunung berapi tidak lembik berbanding apabila kami guna playdough. Tapi terpulang mana yang minat menggunakan surat khabar atau homemade playdough. BAHAN-BAHAN UNTUK MODEL GUNUNG BERAPI: *Surat khabar (entah dari mana En. Suami rembat surat khabar..sudah berkurun tak bc paper.) *Botol kosong *Water Color *Figurine *Dulang *Tape BAHAN-BAHAN UNTUK LARVA GUNUNG BERAPI : *Cuka *Sabun serbuk *Soda bikarbonat *Pewarna oren atau merah. CARA GUNUNG BERAPI MELETUS. Isikan sabun, soda bikarbonat dan pewarna kedalam kawah gunung berapi. Kemudian masukkan cuka. Tunggulaa reaksi larva yang bersedia untuk di...