12 Kelebihan Main Buih Sabun Kanak-Kanak

Tengok gambar ni, dah tahukan perasaan Ahmad bagaimana.. ^_________^ Senyum lebar. Seronoknya Ahmad bermain pistol sabun. Sampai low bateri. Mainlah Ahmad, asalkan Ahmad gembira.. Hihihi.

Sebenarnya ini adalah hadiah daripada Tok Ayah buat Ahmad. Abang Aqil dan Ariq juga dapat. Kalau kami, harapanlah Ahmad nak dapat benda ni. RM10 free bateri AA 3 ketul. Pada kami, bukan ada pekdah pun main benda ni, perabih duit ja. Picit-picit, abih da buih.

Haa.. itulah kami ni yang kurang membaca. Rupanya banyak pekdah benda ni untuk anak-anak kita. Tak sangka. Bila baca 1-1 point di bawah ni. Haahlah.. Bagus rupanya untuk perkembangan bijak anak-anak..

Selain memberikan keseronokan yang tak terhingga kepada anak-anak, sebenarnya ada 12 kelebihan lain bermain buih sabun ni. Ya, dua belas! Jom kita tengok satu persatu apa yang hebat sangat main buih ni..

1) Melatih motor halus - pegang peniup buih dengan jari, buka botol buih sabun, pegang botol buih sabun. Kalau guna pistol yang tembak-tembak keluar buih sabun tu pun sama, perbuatan menekan picu pistol memerlukan kekuatan otot jari dan tangan.

2) Visual tracking skills - ikut arah buih buih yang bertebangan, ada yang bergerak perlahan, ada yang laju...ini memerlukan kemahiran visual.

3) Eye-hand coordination - mencelup peniup buih kedalam botol buih sabun, memecahkan buih sabun dengan tangan, menangkap buih sabun yang bertebangan dengan peniup buih memerlukan koodinasi antara mata dan tangan.

4) Sensory processing skills - buih teksturnya licin, basah dan melekit. Satu latihan sensory yang bagus untuk anak-anak.

5) Oral motor skills - meniup buih sabun boleh membantu perkembangan otot-otot di sekeliling mulut

6) Kemahiran sosial dan berkomunikasi - terutamanya jika mereka bermain bersama kawan-kawan. Sambil bermain mereka berinteraksi. Malah mereka juga dapat belajar mengambil giliran dan menjaga 'personal space' supaya tidak berlanggar sesama sendiri

7) Kemahiran motor kasar - biarkan mereka melompat, berlari, mencangkung, menjengket dan mengejar buih-buih yang bertebangan

8) Mengikut arahan - anda boleh beri arahan seperti pecahkan buih guna jari, picit, tepuk, cucuk. Atau berikan arahan untuk mereka mengikut giliran..Ain dulu, kemudian kakak dan sebagainya.

9) Mengenali anggota badan - siapa kata boleh pecahkan buih guna jari je? Boleh guna siku, lutut, kaki..apa-apa sahajalah anggota badan yang anda suka.

10) Kemahiran bahasa dan kognitif - tunjukkan dan terangkan kepada anak-anak apa yang sedang berlaku. Contohnya, buih naik ke atas/ turun ke bawah, buih terbang laju/perlahan, ada buih dibelakang/ dihadapan, ada satu diatas kepala, ada buih di sebelah kanan/kiri, buih tu sangat besar/kecil dan sebagainya.

11) Bilateral coordination - nak  tiup buih sabun selalunya perlukan penggunaan dua belah tangan, satu pegang peniup buih, satu lagi pegang botol

buih sabun..atau guna kedua-dua belah tangan untuk menekan picu pistol buih sabun

12) Cause and effect - tiup keluar buih, tak tiup tak keluar la buih...ohhh...macam tu.

Itulah dia antara 12 kelebihan bermain dengan buih sabun..mungkin ada banyak lagi yang tak disenaraikan. Apapun, sekarang dah tak ada alasan kan untuk menolak permintaan anak-anak bermain buih sabun? ^_^

Suka artikel ni? Jangan lupa share, semoga ramai yang mendapat manfaat.

Sumber: shaznurstationery.blogspot.com

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji