Posts

Showing posts with the label Kekeluargaan

Aktiviti Mudah Mengajak Anak Berinfaq

Image
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Alhamdulillah Allah beri izin untuk menaip entri ini sementara anak-anak sedang bermain keretapi IKEA. Ibu ambil masa 'menghilangkan diri' kejap ya anak-anak sayang. Terima kasih ALLAH YA BASITH yang MAHA MELAPANGKAN urusan daku hari ini. Entah kenapa hati ini membuak-buak untuk mengajak anak-anak berinfaq. Atau sebenarnya terkesan dengan grup Tim Tamak Pahala yang mana setiap hari Jumaat mereka penuhi dengan berkumpul di suatu tempat dan berinfaq bersama anak-anak.   Saya pernah mengikuti kumpulan ini dahulu sewaktu kami ada dua kenderaan. Kini kami hanya ada satu kenderaan sahaja untuk suami ke tempat kerja. Jadi saya dan anak-anak beraktiviti sahaja di rumah. Sedih sebenarnya. Tapi saya yakin ALLAH Ya Bari' yang Maha Merancang ada sesuatu terbaik buat saya dan anak-anak. Akhirnya ALLAH Ya Haadi Ya 'Alim yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Mengetahui memberi saya idea untuk ber...

Fahami Dunia Anak Usia 2 Tahun

Image
Sumber: The Meta Picture FB page Sesungguhnya hati ini merindui untuk berkongsi rasa dengan ibu-ibu cemerlang di di sini. Apakan daya setahun rasanya 'bercuti' perkongsian. Sibuk dengan 'bonding' dengan anak-anak. Aktiviti dengan anak-anak. Hmmmmmm... (tarik nafas dalam2.. hembus panjang lama2) Bismillah. Ya ALLAH Ya Bari' moga dirahmati dan diberkati segala penulisan dan perkongsian di blog ini dan bermanfaat kepada semua, sebelum diri ini menghembuskan nafas terakhir pada bila-bila masa. Pagi ini membelek2 artikel pakar2 keibubapaan yang saya like page mereka. Saya terbaca perkongsian ilmu daripada ibu Rose ini. Alhamdulillah penambahan ilmu untuk saya juga memandangkan Arissa dalam lingkungan umur ini. Keletahnya yang mencuit hati. Dengan belum pandai berbicara jelas pada usia ini 1 tahun 10 bulan. Sebutan ujung2 sahaja. Alhamdulillah kesabaran ibu abah dapat memahaminya walaupun kadang-kadang kami 'kelaut' juga cuba memahami kehendaknya. B...

Seminar Quranic Mommies Network 5 April 2015

Image
Assalamualaikum ibu abah prihatin Suka saya kongsikan satu Seminar anjuran Quranic Mommies Network (QMN) pada : 5 April 2015 (Ahad) di Wisma MGH (atas Rahimah Kitchen),  Bukit Puchong, Selangor. ➡Atas kesedaran dan maklum balas yang memberangsangkan dari dua siri seminar kami yang lepas, kami bawakan lagi penceramah yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam mengendali kes penderaan seksual kanak-kanak yang juga merupakan seorang kaunselor kanak-kanak, Pn Maznah Ibrahim pada sesi pagi. Beliau akan menjelaskan tentang ciri-ciri penderaan seksual kanak-kanak yang perlu diketahui oleh ibubapa, teknik bagaimana melatih anak-anak agar tidak menjadi sasaran dalam kes sebegini serta peringkat perkembangan seksualiti kanak-kanak, tingkahlaku seksual: apa yang normal dan tidak normal. ➡Atas permintaan ramai juga, kami memperkenalkan dua orang penceramah lagi yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam pembinaan Sekolah Rumah Islam pada sesi petang. ➡Mereka akan mengupas m...

Cara Membentuk Perasaan Positif Anak.

Image
Membentuk Perasaan Anak. Sedikit perkongsian daripada buku Prophetic Parenting. Cara Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam mendidik Anak. Bagaimana kita nak membangunkan emosi dan perasaan anak agar dapat berkembang menjadi manusia yang cemerlang dan seimbang dalam kehidupannya kelak? Kita praktikkan apa yang Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam buat, In Shaa Allah persoalan di atas akan terjawab. - Cium anak. Layan dengan kelembutan dan kasih sayang. Menyayangi anak-anak adalah salah satu sifat kenabian. Salah satu jalan mendapat redha Allah. - Bermain dan bergurau dengan anak-anak. Berlari-lari dengan anak. Memanggil anak dengan nama yang baik. Ketawa bersama. Bergurau. Bermain bersama anak-anak adalah sunnah. - Beri anak-anak hadiah. Gembirakan anak-anak. Hadiah memiliki pengaruh yang baik dalam jiwa manusia umumnya. Dalam jiwa anak-anak lebih besar pengaruh dan kesannya. - Mengusap kepala atau pipi anak. Anak-anak akan merasa kehadiran m...

Tarbiyatul Aulad fil Islam - Info Buku

Image
Anak adalah permata hati, labuhan jiwa dan harapan masa depan. Ia adalah muara cinta kedua orang tuanya. Orang tua yang benar, pasti akan mengorbankan apapun yang ia punya demi anaknya. Dan mereka pasti ingin agar anaknya tumbuh menjadi anak yang saleh dan salehah, serta berhasil dalam studi dan hidupnya. Namun, apakah kita sebagai orang tua tahu persis jalan yang harus kita tempuh untuk menjadikan anak kita demikian? Padahal, jalan itu maha penting, karena amat menentukan masa depan anak. Sampai-sampai Nabi saw. bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua orang tuanya sendiri yang menjadikan apakah sebagai orang Yahudi, Kristen atau Majusi.” Jalan itu adalah: pendidikan (tarbiyah) yang baik. Dan pendidik pertama dan utama bagi seorang anak adalah orang tuanya sendiri. Orang tuanyalah yang meletakkan dasar pendidikan bagi anak pada usia dini, agar saat anak memasuki usia remaja, ia tak terpengaruh oleh teman-temannya yang mungkin kurang baik perangainya. Seb...

Lindungi Anak Kita Dengan Maklumat, Kemahiran Yang Betul

Image
  BismillahirRahmanirRahim. Dengan kehendak dan izin Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Protect Our Children With The Right Knowledge and Skills Lindungi Anak-anak Kita dengan Bekalkan Maklumat dan Kemahiran yang Betul Fitrah dan keperluan semasa kini adalah ibu dan bapa perlu bekerja di luar, kan? Keadaan di luar amat mencabar dan buat kita rasa tidak selamat untuk lepaskan bebas anak-anak bermain sendirian. Hatta, memilih pengasuh dan pusat jagaan serta taska/tadika juga dibuat dengan sangat berhati-hati pada zaman ini. Alangkah baiknya jika kita dapat buat Homeschooling anak sendiri Namun keperluan semasa memaksa untuk kita keluar bekerja kerana faktor ekonomi, ditambah sesetengah wanita memang perlu untuk bekerja di luar bagi memenuhi keperluan tempoh rehat seketika dari kerja rutin rumahtangga serta menyumbang ke dalam sistem masyarakat luar. Namun jangan disangka ibu surirumah, anak-anak tidak berisiko untuk dicabuli hak mereka. Saya ingat lagi k...

5 Tips Bagaimana Mendidik Anak Sukar Belajar

Image
Anak adalah anugerah Allah yang sangat berharga dan tak ternilai dalam memberi lebih kebahagiaan kepada diri kita. Selama ini kita disuntik dengan pandangan ”anak ibarat kain putih, terpulang kepada kita untuk mencorakkan didikan anak ini”. Sedangkan, dalam masa kita mencorak didikan anak ini, sebenarnya ia merefleks diri kita juga. Kerana anak adalah tiket untuk kita ke syurga atau ke neraka. Maka, amat penting untuk kita tahu destinasi akhirat kita. Anak yang soleh yang terus menerus mendoakan kita adalah sebahagian daripada pelan tindakan yang kita perlu fikir-fikirkan. Namun, untuk mendidik anak yang soleh itu, ia datang dengan pelbagai cabaran. Apa jua ilmu yang kita ingin terapkan, amat penting untuk kita sebagai ibu mempunyai skil mengajar anak. Cabaran mendidik anak yang sukar belajar akan menaikkan kita ke tahap yang lebih tinggi sekiranya kita berjaya atasi. Berikut adalah 5 tip bagaimana mendidik anak yang sukar belajar . No 5, adalah ilmu baru yang kurang diketengahk...

Tips Menjadikan Anak Seorang Yang Berilmu

Image
Peranan Ibubapa Dalam Menjadikan Anak Seorang Yang Berilmu Bismillah, Terus terang, bila kita ada anak, ada satu soalan standard yang selalu diulang oleh anak kita. "Umi, itu apa? Abah, apa tu?" Soalan akan selalu diulang-ulang saban waktu lalu bagaimanakah respon kita?? 1. Pergi main jauh-jauh, umi penat ni. 2. Tak tahulah.  Abah sibuk ni, baru balik kerja, abah nak pergi mandi.  3. Oh, itu miawww. 4. Oh, itu kucing.  5. Oh.. itu kucing Parsi, sayang. Berdasarkan 5 contoh jawapan diatas, yang manakah sangat mirip dengan kaedah kita memberi jawapan? Umum mengetahui jawapan pertama dan kedua bukanlah respon yang baik. Jawapan pertama menunjukkan betapa sombongnya ibubapa sehingga hendak menjawab soalan mudah pun enggan. Jawapan kedua pula menunjukkan bengapnya ibubapa sehingga jawapan yang mudah pun tidak mahu beri jawapan sedangkan kita tahu jawapannya. Ya, barangkali kita penat selepas pulang dari kerja atau penat menyelesaikan tugas harian di ...

Terbaik! Perancangan Cuti Tahun 2015

Image
Alhamdulillah. Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Rancang percutian anda dengan perkara yang berfaedah. Di sini, senarai cuti tahunan setiap bulan. Sangat viral (sudah berleluasa) di Facebook dan Whatsapp Group. Selamat bercuti dengan gembira! Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti. Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam. Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti. Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina. Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti. Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh. Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya. Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti. Nota : Ambil cuti pada 27 &...

Sentuhan Nota Kasih Daripada Prof Dr Muhaya

Image
"Bak, Yah nak naik kapal terbang." Ayahnya akan jawab, "Belajar. Kalau Muhaya rajin belajar, Muhaya akan dapa apa-apa saja yang Muhaya nak." "Kunci untuk berjaya di dunia, belajar. Kunci untuk pintu syurga, tolong orang dan murah hati." "Apabila Prof Dr Muhaya berjaya melanjutkan pengajian sekolah menengahnya di Sekolah Menengah Berasrama Penuh Tun Fatimah, Johor Bahru pada tahun 1971, bermulalah sejarah gemilang kehidupan gadis sunti ini. Perasaan riang, takjub, tergamam dan terpesona pada dunia baharu persekolahannya tidak dapat disembunyikan dalam hati nuraninya" Petikan Buku Biografi Inspirasi Sejernih Sinar Matamu, Prof Muhaya keluaran As Sohwah Publication. Mutiara Kata dari Prof. Dr. Muhaya di dalam bukunya.. Sentuhan Prof Dr Muhaya, Petikan dari Buku Refleksi Diri oleh Prof Dr Muhaya.. ..Kita menang dengan kelembutan dan memberi contoh yang baik. Cari kebahagiaan dengan Allah, bukan dengan manusia.. ..Sekiranya suami mengetahui baha...

Cara Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam Mendidik Anak.

Image
Sebaik baik teladan dalam mendidik anak adalah dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tercinta. Sungguh indah panduan yang Allah ajarkan kepada hamba-hambaNya yang mahu berfikir. Salah satu bahagian di dalam buku ini, yang sangat menarik perhatian saya adalah situasi dan waktu yang baik untuk saya menegur dan memberi bimbingan kepada anakanda Ahmad dan Arissa. Situasi dan waktu yang kita selalu bersama anak-anak iaitu waktu makan, dalam perjalanan dan waktu sakitnya. Dalam buku Prophetic Parenting Cara Nabi saw Mendidik Anak, disebutkan oleh pengarang Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, terdapat tiga situasi yang amat bagus untuk ibubapa menegur atau memberi bimbingan kepada anak-anak. Situasi-situasi tersebut adalah: 1. Ketika anak mahu makan. Kerana pada waktu itu biasanya sikap anak kadangkala sukar dijangka. Kerana terlalu mahu makan, kadangkala kelakuan mereka sedikit tidak elok dipandangan mata. Apabila keinginan anak-anak sedang memuncak, lalu dibe...

Tips Ajar Anak Hargai Barang

Image
Soalan: Anak saya berusia enam tahun, apa yang merisaukan saya dia tidak pandai menjaga barangan yang diberi. Contohnya setiap kali diberi mainan atau alatan menulis, pasti hilang serta rosak. Saya bimbang sikap tersebut terbawa-bawa sehingga dewasa. Dia seolah-olah tidak menghargai apa yang dia dapat. Apakah cara terbaik untuk menasihatkannya? Jawapan: Saya percaya puan dan para pembaca pernah mendengar kata-kata ini  ‘senang dapat senang lepas’. Biasanya kalau kita rasa tidaklah susah untuk mendapatkan sesuatu benda itu, maka kita tidak terlalu menghargai barang itu. Tetapi, sekiranya barang itu sukar didapati tentunya kita akan lebih menghargai barang itu kerana sukarnya mencari ganti barang itu kelak. Justeru, kita akan menjaga barang itu seperti menatang air yang penuh. Jadi, puan perlu memberi syarat ketika membelikan barang yang dimahukannya. Perlu diingat, syarat itu juga mesti dipatuhi oleh kita sebagai ibu bapa. Jangan hanya memberi syarat tetapi kita juga tidak patuhi....

5 Tips Kejayaan Ibu Ajar Anak Membaca

Image
Kunci utama kejayaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan belajar melalui bermain. Bagi kanak-kanak mereka belajar dengan bermain. Dengan sedikit perancangan kita dapat menjadikan sesi bermain itu sebagai sesi belajar tanpa disedari. Berikut adalah beberapa panduan yang harus diamalkan oleh ibu bapa, selain bermain, untuk mendapatkan hasil terbaik apabila mengajar anak di rum ah. 1. Singkatkan Masa Belajar Berapa lama anak kecil anda boleh duduk diam belajar? 5 minit? 3 minit? 1 minit? Anda lebih kenal anak anda. Bagi kami sesi belajar mestilah singkat. Bagi kanak-kanak perempuan 5 minit sudah cukup baik, dan bagi kanak-kanak lelaki yang berusia 4-5 tahun, 2 minit sudah cukup lama. Jadi sesi belajar anak anda mestilah 2-5 minit sahaja. Bahkan kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa kanak-kanak tadika hanya dapat memberikan tumpuan pada satu-satu masa hanya 15 minit sahaja. Oleh itu singkatkan masa anda untuk pembelajaran yang berkesan. Jik...