Seminar Quranic Mommies Network 5 April 2015
Assalamualaikum ibu abah prihatin
Suka saya kongsikan satu Seminar anjuran Quranic Mommies Network (QMN) pada :
5 April 2015 (Ahad) di Wisma MGH (atas Rahimah Kitchen),
Bukit Puchong, Selangor.
➡Atas kesedaran dan maklum balas yang memberangsangkan dari dua siri seminar kami yang lepas, kami bawakan lagi penceramah yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam mengendali kes penderaan seksual kanak-kanak yang juga merupakan seorang kaunselor kanak-kanak, Pn Maznah Ibrahim pada sesi pagi.
Beliau akan menjelaskan tentang ciri-ciri penderaan seksual kanak-kanak yang perlu diketahui oleh ibubapa, teknik bagaimana melatih anak-anak agar tidak menjadi sasaran dalam kes sebegini serta peringkat perkembangan seksualiti kanak-kanak, tingkahlaku seksual: apa yang normal dan tidak normal.
➡Atas permintaan ramai juga, kami memperkenalkan dua orang penceramah lagi yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam pembinaan Sekolah Rumah Islam pada sesi petang.
➡Mereka akan mengupas mengenai pengenalan tentang Sekolah Rumah Islam, dengan pendekatan Islamic Science Nature berasaskan modul juz amma Al Quran, oleh
Pn. Yulia Yusar - pengamal penuh Homeschooling yang sukses;
➡juga Teknik Bercerita Islami kepada anak-anak untuk meningkatkan nilai tauhid dan mencintai Rasul dan para sahabat dengan menggunakan buku cerita dan alam, oleh Pn. Siti Mashitah Sarif, guru Playgroup dan Playschool yang berpengalaman dalam teknik bercerita kepada kanak-kanak.
Semoga sahabat-sahabat diberi kelapangan masa dan rezeki menghadiri majlis ilmu ini.
Didoakan juga semuanya dipermudahkan urusan sehari-sehari.
Sudi sudikan berkongsi tentang majlis ilmu ini dengan gembira ya.
---------------------
Tentatif program:
➡Sesi Pagi
8.30 daftar
9.00 -12.30 slot Pn Maznah
➡Sesi Peantg
1.45 daftar
2.30-4.00 Slot Pn Yulia
4.15-5.45 Slot Pn Mashitah
Minum pagi dan petang serta lunch disediakan.
Nota disediakan.
➡Berikut link untuk borang pendaftaran online
Serta maklumat tambahan
http://bit.ly/PT05042015
➡Berkenaan bawa anak ke Seminar QMN 5 April 2015.
Kami di pihak penganjur membenarkan untuk dibawa, dengan syarat tidak mengganggu majlis. Ia atas tanggungjawab ibubapa.
➡ Kami akan catit jumlah kanak-kanak (dan usia) yg dimaklum untuk dibawa semasa seminar nanti. Kami tidak akan benarkan terlalu ramai dengan harapan majlis berjalan lancar .
➡ Jika suami isteri hadir lebih sesuai kerana boleh bergilir2 menjaga
Kami memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan khidmat nursery. Kami sudah cuba usahakan tetapi tiada tempat yg sesuai.
Bukit Puchong, Selangor.
Pn. Yulia Yusar - pengamal penuh Homeschooling yang sukses;
Tentatif program:
8.30 daftar
9.00 -12.30 slot Pn Maznah
1.45 daftar
2.30-4.00 Slot Pn Yulia
4.15-5.45 Slot Pn Mashitah
Sudi-sudikan berkongsi tentang majlis ilmu ini dengan gembira bersama ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, dan jiran tetangga. Mereka juga memerlukan ilmu keibubapaan ini.
In Shaa ALLAH mendapat manfaat daripada perkongsian seminar ini.
Follow penceramah seminar ini di personal facebook mereka yang padat dengan informasi berguna.
Maznah Ibrahim
Yulia Yusar
Siti Mashitah Sarif
Untuk maklumat lanjut klik di sini Info Seminar QMN
---
Farah.
Admin QMN
Comments
Post a Comment