Lindungi Anak Kita Dengan Maklumat, Kemahiran Yang Betul

BismillahirRahmanirRahim. Dengan kehendak dan izin Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Protect Our Children With The Right Knowledge and Skills Lindungi Anak-anak Kita dengan Bekalkan Maklumat dan Kemahiran yang Betul Fitrah dan keperluan semasa kini adalah ibu dan bapa perlu bekerja di luar, kan? Keadaan di luar amat mencabar dan buat kita rasa tidak selamat untuk lepaskan bebas anak-anak bermain sendirian. Hatta, memilih pengasuh dan pusat jagaan serta taska/tadika juga dibuat dengan sangat berhati-hati pada zaman ini. Alangkah baiknya jika kita dapat buat Homeschooling anak sendiri Namun keperluan semasa memaksa untuk kita keluar bekerja kerana faktor ekonomi, ditambah sesetengah wanita memang perlu untuk bekerja di luar bagi memenuhi keperluan tempoh rehat seketika dari kerja rutin rumahtangga serta menyumbang ke dalam sistem masyarakat luar. Namun jangan disangka ibu surirumah, anak-anak tidak berisiko untuk dicabuli hak mereka. Saya ingat lagi k...