Perancangan Allah Yang TERBAIK. Mati itu BENAR..
Assalamualaikum gaiss..
Lambat Kak Farah bersiaran hari ni.
Ada kematian petang tadi.
Ada kematian petang tadi.
Nenda kesayangan belah suami kak Farah baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2:40 petang tadi.
Perancangan Allah sangat cantik.
Plan memang nak ziarah Makwan hari ni. Ahad, 15 September 2019.
Tak sangka ini kali terakhir Kak Farah ziarah Makwan.
Pagi tadi, Kak Farah jumpa Makwan di hospital.
Petangnya pula, Kak Farah jumpa Makwan di Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin, Johor Bahru.
Petangnya pula, Kak Farah jumpa Makwan di Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin, Johor Bahru.
Alhamdulillah. Kak Farah tak sangka dapat tengok orang nazak camne.
Sedih tapi bersyukur sangat.
Pemergian Makwan sangat mudah.
Sangat cepat urusan pemergiannya.
Sangat cepat urusan pemergiannya.
Yang buat Kak Farah kagum dan insaf sebenarnya.
Dalam nafas turun naik laju.
Dada berombak.
Dada berombak.
Makwan masih dengar azan. Subhanallah.
Siap boleh tanya lagi ke kami.
Azan kan tu?
Azan kan tu?
Ya, Makwan. Azan Zuhur.
Rupanya, semasa sihatnya Makwan. Sentiasa solat awal waktu.
Dengar azan je, terus solat.
Dengar azan je, terus solat.
Insof Kak Farah ni.
Jauhnya amalan ke akhirat. ðŸ˜
Jauhnya amalan ke akhirat. ðŸ˜
Hembusan nafas Makwan yang terakhir juga mudah.
Tiada mata ke atas.
Mata tertutup rapat.
Dan terlentok perlahan.
Tamat sudah.
Berakhir sudah tugas Makwan sebagai khalifah Allah di muka dunia ni.
Kini, makwan sedang berbahagia dengan segala amalannya.
ALLAH Ya Rahman. Ya Rahimm.
Dengan kasih sayangMu, tempatkan Makwan di dalam Syurga
Aaminn Allahumma Aaminn..
Tadi sebelum menulis ni, Kak Farah belek belek telegram.
Terjumpa ayat di bawah ni.
Berkata ulama,
Waktu adalah hal yang paling berharga, maka jangan pernah kamu gunakan kecuali untuk sesuatu yang berharga.
@thetazkirahiman
Nak kata, masa itu sangat berharga. Janganlah dibazirkan.
Dibiarkan dengan perkara yang mendatangkan dosa.
Dibiarkan dengan perkara yang mendatangkan dosa.
Penuhi masa dengan zikrullah dan sentiasa ingat Allah.
Dengan ingat Allah. Hati akan tenang. Bahagia.
Peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai dan leka. 😞
Sebelum terlambat.
Sebelum mata tertutup rapat.
Rapatkanlah amalan akhiratMu,
Wahai Farahliza
#Challenge7HariMakMakBlogger
#Day6
#Day6
Comments
Post a Comment