Terapi Stress Untuk Ibu Menyusu
Soalan 2 Saya telah kembali bekerja setelah habis pantang. Sewaktu di pejabat saya akan memerah susu dan menyusukan secara terus apabila berada di rumah.Saya dapati air susu saya semankin berkurang. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masa lah ini? Mengapa keadaan ini berlaku? Jawapan: Sekiranya ibu menyusukan bayi mengikut kehendak bayi, susu yang dihasilkan akan berpadanan dengan pengambilan susu oleh bayi. Ramai ibu sering salah faham dan beranggapan susu yang dihasilkan seharusnya pada kuantiti yang sama atau sentiasa meningkat. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi penghasilan susu. Ramai ibu mengalami masalah pengurangan susu apabila mula kembali kerja. Antara sebab biasa adalah jumlah atau bilangan rangsangan dan proses memerah atau menyusu terus dari payudara tidak sama banyak dengan keperluan sebenar bayi menyusu jika bayi hanya menyusu terus dari payudara. Keupayaan seseorang bayi untuk mengosongkan payudara secara terus adalah jauh lebih ...