Posts

Showing posts with the label Produk Kiddie Funtime

Aktiviti Mudah Mengajak Anak Berinfaq

Image
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Alhamdulillah Allah beri izin untuk menaip entri ini sementara anak-anak sedang bermain keretapi IKEA. Ibu ambil masa 'menghilangkan diri' kejap ya anak-anak sayang. Terima kasih ALLAH YA BASITH yang MAHA MELAPANGKAN urusan daku hari ini. Entah kenapa hati ini membuak-buak untuk mengajak anak-anak berinfaq. Atau sebenarnya terkesan dengan grup Tim Tamak Pahala yang mana setiap hari Jumaat mereka penuhi dengan berkumpul di suatu tempat dan berinfaq bersama anak-anak.   Saya pernah mengikuti kumpulan ini dahulu sewaktu kami ada dua kenderaan. Kini kami hanya ada satu kenderaan sahaja untuk suami ke tempat kerja. Jadi saya dan anak-anak beraktiviti sahaja di rumah. Sedih sebenarnya. Tapi saya yakin ALLAH Ya Bari' yang Maha Merancang ada sesuatu terbaik buat saya dan anak-anak. Akhirnya ALLAH Ya Haadi Ya 'Alim yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Mengetahui memberi saya idea untuk ber...

Cara Menerapkan Tauhid Kepada Anak. Surah An-Nahl

Image
Abang dengan Buku Bijak Alif Ba Ta Perkongsian ringkas yang saya dapat daripada kawan Facebook. In Shaa ALLAH menjadi rujukan kepada saya dan pembaca. Suka saya kongsikan di sini. Terasa rugi jika simpan sorang-sorang. Moga ALLAH berkati semuanya. Aameen Allahumma Aameen. Teruskan membaca. Menerapkan tauhid kepada anak . Didik secara berperingkat Dimulakan dengan mengenali benda-benda yang dapat dirasa dan mengaitkan dengan Allah swt Kemudian perkara berdasarkan logik Kemudian barulah perkara ghaib Mulakan tajuk kecil dan mudah Disusuli dengan tajuk yang lebih besar Sehingga akhirnya mereka dapat memahami permasalahan akidah dengan hujah dan dalil Contoh Ayat Al-Quran untuk penerapan tauhid kepada anak daripada yang dapat dirasa kepada logik: (Rasa) Allah swt turunkan hujan untuk kita minum, mandi, basuh baju dan lain-lain. (An-Nahl, ayat 10) (Rasa) Allah swt tumbuhkan tanaman dan buah-buahan untuk kita makan, buat kuih, buat jus (...

Tips Ajar Anak Dengan Kamus Bergambar.

Image
Ibu, abah pasti risau mempunyai anak yang masih belum boleh membaca. Lebih risau kalau anak pertama cepat membaca. Anak kedua, masih belum boleh ketika usianya seperti si sulung yang mula membaca. Rasanya ibu lagi risau kot daripada abah. Ye ke apa yang saya cakap ni? Ibu lagi risau ke ada abah yang lebih risau. Hohoho.. Walaupun pakar motivasi kanak-kanak mengatakan jangan membandingkan anak-anak. Jauh di sudut hati saya, sangat memikirkan hal itu. Saya fikir dan ingat kembali, apa yang saya sudah lakukan kepada Abang yang cepat membaca seawal usia 3 tahun. Alhamdulillah. Ya ALLAH. Ya Syakur. Allah beri saya ingatan itu.  Saya kongsikan di sini, moga ALLAH memberkati penulisan ini dan memberi manfaat kepada pembaca. In Shaa ALLAH. 1- Saya perkenalkan Abang dengan kamus bergambar . Tidak kesahlah jenama dan keluaran buku apa. Tetapi seingat saya ianya kamus. Dan bersyukurnya saya Abang memang minat dan boleh bertahan lama dengan kamus bergambar itu. Persoalannya:: ...

Teknik Mengajar Bacalah Anakku.

Image
Kursus Intensif Bacalah Anakku Alhamdulillah. Tercapai impian untuk menyertai Kursus Intensif Bacalah Anakku ini. Tujuannya tidak lain untuk mengajar anak-anakku membaca dengan teknik yang betul dan cepat. Tidak membebankan saya dan anak-anak syurga ini. Bacalah Anakku ini menggunakan konsep bunyi huruf. Gabung bunyi huruf. Kenalkan bunyi huruf kepada baby anda. Sebab mereka tidak pandai sebut nama huruf seperti ABCDE-Z. Tetapi mereka boleh membunyikan huruf. (aa.. mm.. beh.. uu..ii..) Sebelum membayar yuran untuk ke kursus ini, saya berusaha dengan bertanya ALLAH dulu (b.A.d) "Ya ALLAH.. Adakah kursus ini, bagus untuk aku, anak-anakku dan agamaku? Jika bagus, mudahkanlah ya ALLAH. Jika tidak, lupakanlah ia daripada ingatanku" Alhamdulillah. ALLAH permudahkan. Aminn.. Kursus bermula jam 9:00 pagi. Kami tiba jam 7:30 pagi. Awalnya.. Hahaha.. Kita sarapan dulu.. Bersama suami dan anak-anak comel ni. Kedua-duanya tidak mandi lagi. Jam 9:00 pagi, kursus bermula. Al...

Tarbiyatul Aulad fil Islam - Info Buku

Image
Anak adalah permata hati, labuhan jiwa dan harapan masa depan. Ia adalah muara cinta kedua orang tuanya. Orang tua yang benar, pasti akan mengorbankan apapun yang ia punya demi anaknya. Dan mereka pasti ingin agar anaknya tumbuh menjadi anak yang saleh dan salehah, serta berhasil dalam studi dan hidupnya. Namun, apakah kita sebagai orang tua tahu persis jalan yang harus kita tempuh untuk menjadikan anak kita demikian? Padahal, jalan itu maha penting, karena amat menentukan masa depan anak. Sampai-sampai Nabi saw. bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua orang tuanya sendiri yang menjadikan apakah sebagai orang Yahudi, Kristen atau Majusi.” Jalan itu adalah: pendidikan (tarbiyah) yang baik. Dan pendidik pertama dan utama bagi seorang anak adalah orang tuanya sendiri. Orang tuanyalah yang meletakkan dasar pendidikan bagi anak pada usia dini, agar saat anak memasuki usia remaja, ia tak terpengaruh oleh teman-temannya yang mungkin kurang baik perangainya. Seb...

Cara Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam Mendidik Anak.

Image
Sebaik baik teladan dalam mendidik anak adalah dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tercinta. Sungguh indah panduan yang Allah ajarkan kepada hamba-hambaNya yang mahu berfikir. Salah satu bahagian di dalam buku ini, yang sangat menarik perhatian saya adalah situasi dan waktu yang baik untuk saya menegur dan memberi bimbingan kepada anakanda Ahmad dan Arissa. Situasi dan waktu yang kita selalu bersama anak-anak iaitu waktu makan, dalam perjalanan dan waktu sakitnya. Dalam buku Prophetic Parenting Cara Nabi saw Mendidik Anak, disebutkan oleh pengarang Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, terdapat tiga situasi yang amat bagus untuk ibubapa menegur atau memberi bimbingan kepada anak-anak. Situasi-situasi tersebut adalah: 1. Ketika anak mahu makan. Kerana pada waktu itu biasanya sikap anak kadangkala sukar dijangka. Kerana terlalu mahu makan, kadangkala kelakuan mereka sedikit tidak elok dipandangan mata. Apabila keinginan anak-anak sedang memuncak, lalu dibe...

Anakku Bijak Mengaji Alif Ba Ta

Image
Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri? Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud. Melalui  keberkatan membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan, kedua ibu bapa si pembaca akan dipakaikan mahkota kemuliaan yang sinarnya dapat melebihi sinar matahari yang sinarnya di dalam rumah kita. Sedangkan matahari itu letaknya sangat jauh dari tempat kita  tetapi cahayanya sangat terang, apalagi jika matahari itu berada dalam rumah kita, pasti sinaranya luar biasa. “Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, men...

5 Tips Kejayaan Ibu Ajar Anak Membaca

Image
Kunci utama kejayaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan belajar melalui bermain. Bagi kanak-kanak mereka belajar dengan bermain. Dengan sedikit perancangan kita dapat menjadikan sesi bermain itu sebagai sesi belajar tanpa disedari. Berikut adalah beberapa panduan yang harus diamalkan oleh ibu bapa, selain bermain, untuk mendapatkan hasil terbaik apabila mengajar anak di rum ah. 1. Singkatkan Masa Belajar Berapa lama anak kecil anda boleh duduk diam belajar? 5 minit? 3 minit? 1 minit? Anda lebih kenal anak anda. Bagi kami sesi belajar mestilah singkat. Bagi kanak-kanak perempuan 5 minit sudah cukup baik, dan bagi kanak-kanak lelaki yang berusia 4-5 tahun, 2 minit sudah cukup lama. Jadi sesi belajar anak anda mestilah 2-5 minit sahaja. Bahkan kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa kanak-kanak tadika hanya dapat memberikan tumpuan pada satu-satu masa hanya 15 minit sahaja. Oleh itu singkatkan masa anda untuk pembelajaran yang berkesan. Jik...

Cara Melatih Kesabaran Anak Ketika Bermain

Image
KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN PUZZLE : 1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna. 2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle. 3- Melatih pemikiran logik. 4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle. 5- Meningkat pengetahuan tentang bentuk dan ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle. 6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa berbual dengan anak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama. 7- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut. 8- Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan unt...

Tips Anak Minat Membaca

Image
Masalah membaca di kalangan kanak kanak. Terdapat kanak-kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Punca anak-anak jadi begitu kerana : a. Ini mungkin kerana kurang tumpuan atau memberi perhatian dalam bacaan b. Tidak aktif membaca atau jarang jarang membaca c. Tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya Latihan-latihan tertentu perlu diberikan kepada anak begini. 1-Motivasi dan galakan ibubapa Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar membaca dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan galakan pada anak baca buku. Ibubapa mesti displinkan anak dalam membaca atau belajar. 2-Tanamkan minat membaca Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri anak-anak kita. Bagaimana nak tanam minat membaca. Mulakan dengan buku bergambar dahulu dan boleh juga guna kad bergambar. Cerita kat anak apa nama gambar itu biar anak minat dan ingin tahu. Katakan pada anak, jika kamu boleh baca kamu akan tahu lebih banyak l...

Kelebihan Anak Bermain Puzzle

Image
  8 KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN PUZZLE : 1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna. 2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle. 3- Melatih pemikiran logik. 4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle. 5- Meningkat pengetahuan tentang bentuk dan ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle. 6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa berbual dengan anak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama. 7- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut. 8- Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan untu...

Didik Anak Dengan VCD Islamik

Image
Oh anak, suka teramat dengan SUPER HEROES? Berjam-jam sanggup duduk depan TV untuk SUPERHEROES mereka. Sampai masuk dalam perbualan dan tindakan mereka seharian tanpa disedari. Lalu kita pun sedih dan memarahi mereka apabila berkelakuan kurang baik. Bagaimana kalau superheroes mereka adalah para Nabi dan kisah yang baik baik..sehingga menyerap ke dalam perbualan dan tindakan mereka sehari hari, termasuk semasa bermain bersama rakan. Gembirakah anda apabila mereka memahami , meniru kebaikan hasil dari menonton VCD-VCD Islamik, di saat kita tidak punyai masa yang banyak untuk berbuat demikian. Gembirakah anda apabila VCD VCD Islamik ini banyak memberi idea kepada anda, bagaimana menerapkan nilai Islam kepada anak secara santai sahaja. Sungguh Islam itu INDAH Anda mempunyai pilihan, samada biarkan sahaja anak anda menonton apa yang sedia ada, atau membantu membina kefahaman dan minat mereka terhadap kehidupan mereka sebagai seorang muslim. ...