Anakku Bijak Mengaji Alif Ba Ta
Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri? Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud.
Melalui keberkatan membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan, kedua ibu bapa si pembaca akan dipakaikan mahkota kemuliaan yang sinarnya dapat melebihi sinar matahari yang sinarnya di dalam rumah kita. Sedangkan matahari itu letaknya sangat jauh dari tempat kita tetapi cahayanya sangat terang, apalagi jika matahari itu berada dalam rumah kita, pasti sinaranya luar biasa.
“Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga jika kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat siksaan.”
(Mutiara kata dari cicit Rasulullah s.a.w., Imam As-Sajjad Ibn Hussain Ibn Ali ibn Abi Talib)
*****
Buku Bijak Alif Ba Ta ini khusus untuk mendidik dan memperkenalkan anak -anak dengan Al-Quran dan membolehkan mereka kenal dan cinta Al-Quran. Agar Al-Quran menjadi dengan diri anak-anak dan menjadi sahabat dan panduan untuk mereka.
Hal ini bukan sahaja mencorakkan diri anak itu dengan cahaya AL-Quran, juga dapat mengingatkan ibubapa sendiri tentang matlamat utama kehidupan ini adalah kerana ALLAH SWT. Membersihkan hati ibubapa seterusnya menggandakan saham mereka di akhirat kelak. In Shaa ALLAH.
Kelebihan Buku Bijak Alif Ba Ta ini:-
* Setiap huruf ditulis besar dan jelas.
* Paparan gambar yang comel dan warna yang menarik. Dapat menarik fokus anak-anak.
* Dapat membantu anak anak belajar mengenal huruf alif ba ta berbaris atas, bawah dan depan, huruf alif ba ta bertanwin dan huruf alif ba ta yang bersambung.
* Terdapat panduan untuk ibubapa mengajar anak anak Al-Quran
* Disediakan juga perancangan jadual harian untuk mengajar anak anak.
* Perkongsian menarik Ustazah Aishah Binti Hashimee yang takjub dengan kepekaan anak-anaknya dengan ayat Al-Quran.
Nota: Ibu bapa perlu bersama anak-anak ketika sessi pembelajaran menggunakan Buku Bijak Alif Ba Ta. Agar ibubapa dapat melihat kebijaksaan anak-anak mengenal huruf Al-Quran.
Material buku ini:
*Buku ini mengandungi 111 muka surat
*Kertas glossy yang berwarna warni
*Sesuai untuk anak anak berusia 2 tahun dan ke atas
*Helaian buku mudah tertanggal.
*****
Anakanda Ahmad tekun melihat huruf-huruf Al-Quran yang besar-besar ini. Alhamdulillah mendengar dia membunyikan semua huruf dengan betul. Mana yang salah, saya puji atas usaha dia ingin menyebut juga. Tepuk tangan dan cium dahi dan pipinya sambil berkata
"Alhamdulillah. Ahmad pandai.. Yeay!!" Ibu yang terlebih gembira biasanya.
Jika anda perasan anak-anak anda, andai perkataan itu, mereka tidak pasti dan yakin, mereka akan sebut perlahan. Intonasinya akan berubah. Bijak kan anak-anak kita ini? Sebelum kita kata salah.. Dia dah tahu dia salah dan tidak yakin. Langkah meningkatkan semangat anak untuk terus membaca, ibu-ibu hanya betulkan sahaja sambil puji usaha.. Pandai. Pandailah dia sebut!!
Huruf sambung |
Berminat untuk membeli? Jadikan hadiah kepada anak-anak. Semangat untuk mereka membaca AL-Quran.
Whatsapp Buku Bijak Alif Ba Ta ke 017-7080038
Comments
Post a Comment