Apabila Anak Mula Bertanya Alat Sulit Mereka


Gembiranya Ahmad pagi itu. Berlari. Melompat. Menyanyi. Kemudian berlari-lari ke arah ibu dan memerhatikan ibu siapkan adik. Kami akan keluar berbelanja pada hari itu. Aktiviti yang biasa pada setiap hari Ahad. 

Ahmad mula memerhati dan berkata.

"Ibu, ni penis adik."


Disebabkan ibu dalam keadaan nak cepat sampai tak perasan nak membalas kata-kata Ahmad. Ahmad berkata lagi. 

"Ibu, ni penis adik!" Suaranya agak menjerit untuk mendapat perhatian ibu.

"Ini kemaluan adik. Bukan penis. Penis untuk boy macam Abang Ahmad. Adik Arissa girl. Takde penis."

Ibu senyum. Ahmad senyum dan berlari-lari semula. Sekadar bertanya agaknya.

Ibu terfikir. Bukan macam tu kan jawabnya. Silap da. Lepas ni kene beritahu Ahmad nama yang sepatutnya untuk kemaluan Adik Arissa. Betul ibu pelupa nak perkenalkan perkataan 'Faraj' kepada Ahmad sewaktu dia memerlukan jawapan yang betul. Aiseyy..

Alhamdulillah. Ahmad sudah kenal nama-nama anggota badannya. Sekarang tiba masa ibu nak perkenalkan bahagian sulit wanita secara berperingkat. In Shaa ALLAH mudah menerimanya.

Asas berbicara tentang anggota badan dan bahagian sulit dengan anak-anak adalah jujur dan sesuai dengan pemahamannya. Ahmad baru 2 tahun 8 bulan. Jadi penerangannya hanya ringkas dan tepat.


Ajarkan nama bahagian sulit yang betul kepada anak sejak dari awal lagi. Seawal mungkin. Seiring dengan ibubapa mengenalkan nama-nama benda lain kepada anak, sudah boleh memperkenalkan anak dengan bahagian sulit mereka.

In Shaa Allah selepas anak-anak mula kenal bahagian sulit mereka, ajarkan kepada anak soal seksualiti ini?

* Ajarkan anak untuk biasa menutup pintu toilet atau bilik mandi ketika buang air atau mandi.
* Ajarkan anak supaya berani mengatakan “TIDAK” apabila ada orang yang menyentuh bahagian sulitnya
* Jawablah selalu pertanyaan anak tentang seks. Apabila perlu alat bantu, carilah ensiklopedia untuk anak. Bincangkan pertanyaan dan cari jawapab bersamanya, agar anak kita terbiasa mencari sumber informasi secara benar.

Ketika saya mencari info berkenaan anak mula bertanya alat sulit mereka, saya terjumpa artikel daripada Ibu Rose ini. Alhamdulillah. Bermanfaat untuk saya di masa depan. In Shaa ALLAH untuk anda pembaca juga.

BILA ANAK BERTANYA MENGENAI 'blip' apa nak buat? 
(Pembelajaran Seks Untuk anak-anak)

Hari ini mari kita berbincang mengenai Pembelajaran Seks untuk anak-anak. Hari ini kita bercakap mengenai the bird and the bees.

Ibu telah dihujani dengan soalan-soalan berkaitan topik ini.

Ada ibu bapa yang bimbang bila mendapati anak kecil mereka yang masih berusia 3 ke 5 tahun bercerita mengenai ‘private part’ mereka, bertanya dan mungkin mendapati mereka duduk diam-diam di dalam bilik seorang diri dan cuba melihat badan mereka.

Sebelum anda terkejut dan merasakan anak ini sudah mula menjadi anak yang suka ‘seks’ atau seperti itu. STOP! Jangan sekali-kali bersalah sangka.

Pada usia tiga tahun ke atas, seorang anak kecil itu mula berminat untuk mengetahui mengenai badan mereka dengan lebih mendalam. Mereka akan bertanya banyak soalan yang berkait dengan kegunaan setiap bahagian badan. Mereka juga mula bertanya mengenai mengapa tidak sama dengan mama atau
dengan ayah atau dengan adik. Gunakanlah masa ini untuk menerangkan seikhlas dan semudah yang boleh dan memasukkan nilai yang positif. JANGAN SEKALI MENAKUT-NAKUTKAN.  Jelas dengan kasih sayang.

Selepas usia ini mungkin dia tidak lagi berminat untuk bertanya buat seketika. Namun, bila dia sudah hampir baligh bagi anak perempuan di dalam usia 9 ke lima belas, dia akan menjengok kembali topik, Pembelajaran Seks untuk anak-anak ini. Namun, kerana sudah besar dan sudah tahu malu, dia akan melakukannya dengan cara sembunyi-sembunyi.

Tenangkan hati anda jika anda terjumpa buku atau website yang dia lihat yang menunjukkan, indicate, bahawa dia ‘gila’akan topik itu. Tenang dan tenang setenang-tenangnya dalam menangani perkara ini. Jangan sekali menuduh dia sudah gila seks, jadi jahat, nak jadi perempuan jalang ke! Jangan sekali sebut perkataan ini.

Apa yang patut anda buat bila anak remaja atau hampir remaja anda mendekati topik ini? Contohnya ada terjumpa websitenya, atau majalah-majalahnya.

Pertama, anda perlu tahu ini adalah naluri untuk seorang individu menjangkau baligh atau menjadi dewasa akan mempunyai perasaan sukakan jantina lain. Perasaan ini memang akan wujud pada usia ini. Ini adalah mekanisme yang Allah letakkan di dalam manusia untuk kemandirian manusia.

Tidak ada salahnya perasaan itu, apa yang salah atau betul ialah apa yang dia lakukan dengan perasaan itu.

Jika anda nampak dia telah melihat website atau majalah atau membuat lukisan yang berkait dengan isu seks ini, maka jangan terus panik dan menuduh dia dengan nama-nama yang tidak baik. Dekati dia…mungkin pengalaman ibu ini boleh membantu anak semua yang menghadapi perkara ini.

Suatu hari ibu mendapati anak ibu sedang melihat gambar yang tidak baik. Nampak muka dia pucat bila ibu terjumpa dia di dalam keadaan itu, ibu terus duduk di sebelahnya dan bertanya dengannya, apa yang dia sedang tengok. Dengan malu2 dia memberitahu. Ibu terus pegang tangannya dan ucap tahniah kepadanya kerana dia sudah ada perasaan kelakian itu. Ibu beritahu bahawa perasaan itu adalah sememangnya akan wujud bila sampai masanya dan baginya masanya sudah sampai. Oleh itu, ibu beritahu dia bagaimana dia boleh menangani perasaan itu dan apa yang dia boleh buat untuk mengatasi keinginan utk release perasaan itu dgn cara yang tidak baik. Ibu juga memberitahu kesan buruk melihat gambar sebegitu. Ibu tutup perkongsian ibu dengannya itu dengan mencium pipinya dan mengatakan, ‘You are a good son and you are growing into an adult. So now, you need to be closer to Allah and mummy to help guide you. You can ask mummy any question regarding this topic. Mummy will not look down at you. You are a wonderful person.”

Keadaan itu menjadi satu pengalaman yang indah bagi saya dan dia. Bila anak-anak sudah sampai usia ini, biar dia rapat dengan kita dan boleh bertanya dengan kita soalan-soalan yang perlu jawapan yang baik. Jangan kita marah dan menyebabkan dia bertanya dengan kawan-kawan yang sama-sama tak tahu dan yang menakutkan, akan mengajak dia eksperimen perkara itu.

Yang penting, jangan memberi impression kepada anak-anak kita bahawa seks itu kotor. Ianya bukan kotor malah ianya adalah ibadah bila dilakukan melalui lunas yang diredhai Allah. Marah-marah dengan kesilapan anak-anak remaja mengenai perkara ini, contohnya melihat website, membaca majalah dan yang sepertinya, hanya menyebabkan anda hilang peluang untuk memberi panduan kepada mereka mengenai perkara yang sangat penting ini. Topik Pembelajaran Seks untuk anak-anak ini perlu ditangani dengan bijak!

Salam Kasih, Ibu Rose.

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji