6 Cara Mudah Anak Cepat Bercakap Dengan Betul.



Berkomunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi buat anak-anak. Anak yang normal mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi atau bercakap sejak dari lahir. Hanya berbeza caranya sahaja berbanding kita yang dewasa.

Masalah untuk bergaul bersama rakan dan orang sekeliling akan timbul apabila anak-anak lambat bercakap.Seseorang anak yang mempunyai masalah bercakap boleh kita kenali sejak mereka berumur 4 bulan lagi. Mengikut statistik gangguan komunikasi ini hampir 5-10% wujud dikalangan anak-anak hari ini dan nampak semakin membimbangkan para ibubapa.

Cara untuk mengatasinya yang boleh dipraktikkan di rumah ialah :

1) Dimulakan dengan mengajar mengaji Al-Quran bersama anak dirumah sekerap yang mungkin. Ajarkan supaya mereka mampu menyebut sebutan huruf hijaiyyah dengan betul makhraj dan bunyinya. Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit secara berkualiti (iaitu anak fokus) secara istiqamah.

2) Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Gunakan ayat yang pendek tapi bermakna. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan.

3) Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan untuk memberikan contoh ayat yang lebih panjang.

4) Penceritaan melalui buku bergambar, flash cards ataupun video mampu meningkatkan peratusan deria rangsangan anak-anak. Visual mereka akan terangsang dan keinginan untuk bercerita juga akan membuak.

5)  Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya. Tetapi jangan paksa sekiranya anak tidak mahu bercakap atau bertindak balas pada soalan yang diberi. Mereka memerlukan masa ketika itu.

6) Belajar sambil menyanyi dan bermain bersama mereka. Anak-anak sangat sukakan muzik. Selitkan pembelajaran yang menggunakan muzik. Mengikut kajian dan testimoni kelas saya di Excel Qhalif Playgroup, anak-anak yang lambat bercakap ini mengambil masa hanya dalam 2 -3 minggu sahaja untuk bercakap dan menyanyi bersama.

Dan bagusnya mereka mengucapkan perkataan baru dalam bahasa Inggeris seperti di dalam kelas. Hebat anak-anak kecil ini !

Walaubagaimanapun, masalah gangguan komunikasi atau lambat bercakap ini bukanlah satu perkara yang membahayakan perkembangan anak-anak.

Cumanya sebagai ibubapa yang prihatin masalah ini boleh diatasi seawal yang mungkin bagi mengelakkan gangguan perkembangan anak-anak pada kemudian hari nanti seperti gangguan austisme, ADHD, disleksia dan sebagainya.

Bijak pandai ada mengatakan, “doktor yang baik bukanlah doktor yang memberikan pesakitnya ubat yang terbaik, tetapi doktor yang mencegah awal pesakitnya daripada jatuh sakit”

Sumber Artikel: Teacher Ayu di Excel Qhalif Playgroup
Sumber gambar: rochesterwellnesshealthcareuae.blogspot.com

---------------------
Promosi Disember 2014 - Kamus Bergambar. Klik sini untuk membeli. Promosi Terhad 
(Hanya tinggal 5 buah buku sahaja)

"Alhamdulillah. Anak ibu dah pandai sebut nama-nama benda dalam Kamus Bergambar ni. Cepat betul dia kenal."

Seronok dapat bermain "cari gambar yang sama" di dalam Kamus Bergambar ini. Dapat merangsangkan minda dan mata anak-anak mengecam objek yang sama. Happy betul Danish bila dapat tunjuk gambar yang betul. Pandai anak ibu ni! Sambil tepuk tangan sama-sama

Kelebihan Kamus Bergambar 3 Bahasa ini:
- ada pelbagai gambar kenderaan, haiwan peliharaan, haiwan liar, bunga, burung, taman rekreasi yang menarik dan berwarna warni.
- boleh belajar Bahasa Melayu, English dan Arab.Bestnyaa!!
- Berkulit keras di setiap mukasurat. 

- Tahan lasak dan tidak koyak. Si Adik boleh guna bersama. 





Kamus Bergambar SIRI sayangku cepat pandai ini mengandungi 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Membantu mengembangkan minda kanak-kanak MENGENAL OBJEK dan MENYEBUT PERKATAAN dengan tepat. Antara isi kandungannya adalah tentang :1. Haiwan Liar
2. Hidupan Laut
3. Bekerjasama
4. Haiwan Peliharaan
5. Berekreasi
6. Kenderaan
7. Burung
8. Bunga

Kelebihan buku ini :
1. Ilustrasi yang MENARIK dan BERWARNA WARNI
2. Memenuhi KEPERLUAN IBU BAPA dan GURU membantu [proses pelajaran secara kreatif
3. Mengukuhkan PEMAHAMAN terhadap perkara di sekitar anak-anak.
 

Promosi Disember 2014 - Kamus Bergambar. Klik sini untuk membeli. Promosi Terhad 
(Hanya tinggal 5 buah buku sahaja)

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji