Cara Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam Mendidik Anak.

Sebaik baik teladan dalam mendidik anak adalah dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tercinta. Sungguh indah panduan yang Allah ajarkan kepada hamba-hambaNya yang mahu berfikir.

Salah satu bahagian di dalam buku ini, yang sangat menarik perhatian saya adalah situasi dan waktu yang baik untuk saya menegur dan memberi bimbingan kepada anakanda Ahmad dan Arissa. Situasi dan waktu yang kita selalu bersama anak-anak iaitu waktu makan, dalam perjalanan dan waktu sakitnya.

Dalam buku Prophetic Parenting Cara Nabi saw Mendidik Anak, disebutkan oleh pengarang Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, terdapat tiga situasi yang amat bagus untuk ibubapa menegur atau memberi bimbingan kepada anak-anak.

Situasi-situasi tersebut adalah:

1. Ketika anak mahu makan.
Kerana pada waktu itu biasanya sikap anak kadangkala sukar dijangka. Kerana terlalu mahu makan, kadangkala kelakuan mereka sedikit tidak elok dipandangan mata. Apabila keinginan anak-anak sedang memuncak, lalu diberikan bimbingan ia akan dapat meluruskan sikap anak-anak.

2. Ketika anak-anak dalam perjalanan.
Kerana pada ketika ini, emosi anak-anak berada dalam keadaan yang baik. Mereka sedang gembira mahu melakukan satu perjalanan. Emosi yang baik ini akan membuatkan mereka bersedia menerima bimbingan sekiranya diberikan secara wajar. Selain itu, ia akan mudah meresap ke dalam jiwa mereka.

3. Ketika anak-anak berada dalam keadaan sakit.
Biasanya, ketika anak-anak berada dalam keadaan sakit, jiwa mereka menjadi lembut. Ini memudahkan mereka menerima bimbingan sekiranya ibubapa menyantuni dengan cara yang wajar. Bimbingan yang diberikan ketika ini akan sangat mudah diterima anak-anak.

Sebagai ibubapa, kita kadangkala tidak peka akan situasi-situasi terbaik membimbing anak-anak. Ini membuatkan mereka tidak mahu menerima bimbingan yang diberikan.

Semoga info ini sedikit sebanyak membantu kita semua dalam mendidik anak-anak.

Buku Prophetic Parenting, Cara Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Didik Anak banyak membincangkan asas asas pendidikan anak dalam Islam.

***
Berdasarkan kajiannya terhadap Sirah Nabawiyah dan As-sunnah, penulis mengungkapkan bahwa pendidikan bagi anak bermula dari ketika kedua orangtua menikah. Kemudian hubungan kedua orangtua, kesalehan mereka dan kesepakatan mereka dalam melakukan kebajikan, memiliki pengaruh yang cukup kuat dalam membentuk sisi psikis dan kecenderungan bagi sang anak.

Dalam buku ini penulis mengetengahkan pentingnya pertumbuhan anak di gendongan ibunya, keluarganya dan lingkungannya serta hubungan kekerabatan dengan kedua orangtua dan karib-kerabatnya. Juga tentang pentingnya menjaga nilai-nilai islami dalam masa pertumbuhannya dan membiasakannya untuk selalu berpikir.

Penulis juga menekankan tentang pentingnya memakai berbagai media dan alat peraga yang sesuai dengan usia anak. Itu semua beliau simpulkan dari metode pendidikan Islam, hadis-hadis Nabi Shallallâhu ’alayhi wa Sallam dan pernyataan para pakar pendidikan Islam.

“Setiap keluarga Muslim membutuhkan buku ini untuk diletakkan dalam perpustakaan pribadi dan ditelaah, kemudian seluruh petunjuk kenabian yang terdapat di dalamnya diaplikasikan dalam bentuk amal nyata.”Doktor Mahmud ath-Thahhan
(Ketua Jurusan Tafsir dan Hadits, Fakultas Syariah Universitas Kuwait)

Penulis : Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid

M/s : 684  helaian.


Buku Prophetic Parenting; Cara Nabi SAW Mendidik Anak
Harga RM48.50 termasuk Poslaju ke Semenanjung Malaysia
Klik Bayar Di sini untuk pembayaran.

Berminat untuk membeli?
Whatsapp "Buku PP" ke 017-7080038


Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji