Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak


Perkongsian aktiviti menarik daripada Puan Yulia Yusar yang bijaksana dalam melakukan aktiviti Homeschooling bersama anakanda tercinta.

Jom, buat gunung berapi!

Tapi kali ini saya buat dengan menggunakan kertas surat khabar. Sebelum ini pernah buat dengan 'homemade playdough'

Bezanya yang guna surat khabar nampak lagi 'real'..hehe sebab bila 'larva' mengalir model gunung berapi tidak lembik berbanding apabila kami guna playdough.

Tapi terpulang mana yang minat menggunakan surat khabar atau homemade playdough.

BAHAN-BAHAN UNTUK MODEL GUNUNG BERAPI:

*Surat khabar (entah dari mana En. Suami rembat surat khabar..sudah berkurun tak bc paper.)
*Botol kosong
*Water Color
*Figurine
*Dulang
*Tape

BAHAN-BAHAN UNTUK LARVA GUNUNG BERAPI :

*Cuka
*Sabun serbuk
*Soda bikarbonat
*Pewarna oren atau merah.

CARA GUNUNG BERAPI MELETUS.

Isikan sabun, soda bikarbonat dan pewarna kedalam kawah gunung berapi. Kemudian masukkan cuka.

Tunggulaa reaksi larva yang bersedia untuk dimuntahkan dari kawah.

Alhamdulillah.

Asyikkkk!

Jom layan gambar pula. Lebih visual dan boleh lakukan selepas ini.

Bahan2
Bahan-bahan model gunung berapi.

-Kertas surat khabar
-Botol kosong (potong sedikit di bahagian atas)
-Water color
-Figurine
-Tape
-Dulang
Alas dulang dengan surat khabar.
Tape kan botol dibahagian tengah dulang.
Renyukkan sehelai kertas. Kemudian balut disekeliling botol.
Kawah sebelum diwarnakan.
Ready untuk dihias dengan figurine..batu pokok.
Apa-apa pun boleh.
Keadaan gunung berapi diliputi oleh larva.

Antara komen di Facebook (Yulia Yusar).

Maznah Ibrahim: Menariknya yulia !!! Thx.bkongsi.step by step begitu

Siti Aminah Muhamad Subri: Tahniah supercaliph muhammad n mamanya. syukran kak Yulia Yusar..idea yg baik guna surat khabar. Recyle..hari tu bt ngn anak2 guna plastisin. Tp lbh jimatkan guna bhn terbuang. Leh ajar anak kitar semula bhn buangan kn..cintai alam

Yulia Yusar: Siti Aminah Muhamad Subri. Ye betul memang lebih jimat dan lebih tahan lagi. Guna playdough kawah jd lembik pula.

Maznah Ibrahim: The power of homeschooling ibu rajin, smgt dan anak smgt dan bijak

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Selesai entri kali ini. Aktiviti bersama anak sepanjang cuti sekolah ini. Bahan yang digunakan mudah dicari dan ada pula di rumah. Jimat lagi.

Luangkanlah masa bersama anak-anak. Dan lihat keterujaan anak-anak nanti. Eh, siapa yang akan terlebih excited? Ibu atau anak? Hihihi..

Klik sini Promosi Terhad untuk Bahan Bantu Membaca untuk anak-anak. Promosi Disember. Jangan ketinggalan untuk dapatkan harga murah dan jimat dalam Promosi Terhad ini. Hanya di Bulan Disember.

Promosi Terhad

Comments

Post a Comment

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji