Posts

Showing posts with the label 101 Kids Activities

Aktiviti Gembira Bersama Anak

Image
Saya seorang suri rumah. 24/7 dengan anak-anak. Kadang kesian tengok anak, asyik buat benda yang sama je setiap hari. Jadi inisiatif saya untuk menggembirakan anak adalah dengan beraktivit sama dengan mereka. Hadirkanlah diri kita di hadapan anak. Agar bila dah besar nanti, ada kenangan yang meniti di bibir mereka apabila melihat aktiviti yang sama. "Eh, bola pusing-pusing ni macam kita main dengan ibu kecik-kecik dulu, kan along?" "Best.. ibu kita suka buat permainan ni dengan kitorang dulu. Seronok... " Kita yang mendengar pasti tersenyum. Ada kenangan yang terselit di minda bawah sedar anak-anak. Antara buku yang saya guna adalah buku 101 Kids Activities ini. Saya kongsikan permainan yang saya dan suami buatkan untuk anak. Psss.. Percayalah. Bukan anak je happy main permainan dalam buku ini. Mak bapak dia pun suka. Join sekali. Hihihi.. Tips gembira bermain: Niat nak bermain dengan anak. Buat anak gembira. Cakap dan ajak anak tengok cara kita bu...