Hati-Hati Bila Terlintas Rasa Ini. Sebab...





Assalamualaikum gaiss..


Masa Kak Farah mengandungkan Adik 'Aafiyah ni. Macam-macam akak rasa. Macam-macam akak tanya kat diri sendiri. Contohnya macam ayat ni.


"Kesiannya kawan tu kene induce. Camnelah rasanya. Mesti sakit kan.."

"3 -3 orang anak akak ni, semua doktor pecahkan air tetuban. Tak pernah rasa lagi air tetuban pecah sendiri."

"Anak-anak Kak Farah semua keluar cukup bulan. Minggu ke 39/40."

"Injek inferon ni camne? Takutlah. Orang kata sakit gil*r. Sakit sampai anak ketiga pun tak hilang lagi. Yeke?"


Hasilnya. Kesemua pertanyaan Kak Farah ni, Kak Farah alami sendiri masa mengandungkan adik 'Aafiyah. Adan uke? Tanya lagi. Macam nak rasa je kann?


Kecuali Injek Inferon tu akak tak buat. Sebab renyah je presedur dia.
Kene gi klinik lain. Kene tunggu lagi.
Dah lah berangkut bagai dengan 2 ketul ni.
Cik Adah dan Cik Arissa.


Jadi akak tak buat. Tak gi pun klinik serah diri.
Jangan ikut perangai kak Farah ni tau.
Bahaya sebenarnya.


Alhamdulillah syukur. Minggu depannya akak bersalin.
Bersalin awal. 36 Minggu 5 Hari.
Jadinya Adik 'Aafiyah ni kategori baby pramatang.
Walaupun lagi 2 hari je lagi nak cecah 37 minggu.


Induce sakit woooo...
Kak Farah kene 2 induce.
Satu masuk ubat tang bawah. Masa ni tak rasa sangat.
Boleh main henfon.
Berborak ngan geng Ellsee Angels.
Layan je diorang ni. Sporting betul. Hehehe..


Bila masuk LB, masuk induce air pula.
Perghhh.. Sakit tak boleh bincang ni.
Sakit!!!
Sakit yang dipaksa.


Kenapa Kak Farah kene induce?
Sebab dah leaking.
Bukaan masih 2cm


Ni lah dia, budak yang bagi ibu dia pengalaman pecah air tetuban masa tidur.
Terkejut. Ingatkan terkencing atas katil.
Melompat terus dari katil gi bilik air.
Malu woo.. kalau terkencing betul betul.
Bahahaha.


Sekali tengok. Duk blurrr...
Ni apa?
Air tetuban kot. Duk mengalir je.
Kalau kencing, boleh tahan lagi.


Keluar toilet, terus gegar Tuan Suami.

Bang! Jom gi hospital.


Pengalaman betul lah. Mengandungkan budak kecik ni.
Apa yang Kak Farah rasa, kak Farah mendapat.
Yang pastinya wajiblah BERSYUKUR.
Apa yang berlaku bukan saja-saja.
Pasti ada hikmah. Pengajarannya.


Jadi, moral of the story. Korang kalau nak rasa rasa tu.
Minta lah rasa yang baik baik je.
Yang sakit sakit ni, janganlah minta.
Terlintas pun jangan tauu.


Terima kasih membaca. Korang komen lah pengalaman tak dapat dek lupa masa mengandung dan melahirkan.
Kak Farah yakin. Pasti pengalaman setiap anak tu berlainan kan. Tak sama. Hehehe.


Okay gaiss..
Esok Kak Farah sambung celoteh lagi.
Da...


Gambar: Comel sangat lah tu. Cik Fiya buat muka lagu tuh. Hehehe..
Ibu is nakal!



#Challenge7HariMakMakBlogger
#Day3

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji