Posts

Showing posts with the label Motivasi

Tips Anak Minat Membaca

Image
Tercari-cari solusi supaya minat membaca? Memupuk minat memerlukan penglibatan, kesungguhan, dan konsisten daripada kedua ibu bapa serta pendidik.  In Shaa ALLAH. Apabila usaha-usaha memupuk minat telah kita jalankan, ia memudahkan jalan untuk anak suka membaca.  Antara usaha yang ibu bapa lakukan adalah:-   1. Boleh mulakan dengan tidak langsung membaca buku tersebut. Cukup sekadar duduk bersama anak dan santai berborak tentang gambar pada buku. 2. Boleh minta mereka ceritakan pada kita juga tanpa perlu mereka baca. Di sini, peranan gambar sangat penting. Tak perlu rush untuk habiskan semua mukasurat. Satu muka pun tak apa asalkan kita dapat pupuk minat. 3. Kita bacakan pada mereka. Sebenarnya sangat digalakkan ibu ayah untuk membaca buku pada anak-anak walaupun mereka dah pandai baca. Ia sebenarnya memupuk cinta baca, cinta ilmu dan yang paling mahal adalah hubungan kasih sayang yang terjalin. Disinilah peluang untuk mempererat hubungan keluarga. 4. Gunakan ...

Tarbiyatul Aulad fil Islam - Info Buku

Image
Anak adalah permata hati, labuhan jiwa dan harapan masa depan. Ia adalah muara cinta kedua orang tuanya. Orang tua yang benar, pasti akan mengorbankan apapun yang ia punya demi anaknya. Dan mereka pasti ingin agar anaknya tumbuh menjadi anak yang saleh dan salehah, serta berhasil dalam studi dan hidupnya. Namun, apakah kita sebagai orang tua tahu persis jalan yang harus kita tempuh untuk menjadikan anak kita demikian? Padahal, jalan itu maha penting, karena amat menentukan masa depan anak. Sampai-sampai Nabi saw. bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua orang tuanya sendiri yang menjadikan apakah sebagai orang Yahudi, Kristen atau Majusi.” Jalan itu adalah: pendidikan (tarbiyah) yang baik. Dan pendidik pertama dan utama bagi seorang anak adalah orang tuanya sendiri. Orang tuanyalah yang meletakkan dasar pendidikan bagi anak pada usia dini, agar saat anak memasuki usia remaja, ia tak terpengaruh oleh teman-temannya yang mungkin kurang baik perangainya. Seb...

Cara Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam Mendidik Anak.

Image
Sebaik baik teladan dalam mendidik anak adalah dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tercinta. Sungguh indah panduan yang Allah ajarkan kepada hamba-hambaNya yang mahu berfikir. Salah satu bahagian di dalam buku ini, yang sangat menarik perhatian saya adalah situasi dan waktu yang baik untuk saya menegur dan memberi bimbingan kepada anakanda Ahmad dan Arissa. Situasi dan waktu yang kita selalu bersama anak-anak iaitu waktu makan, dalam perjalanan dan waktu sakitnya. Dalam buku Prophetic Parenting Cara Nabi saw Mendidik Anak, disebutkan oleh pengarang Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, terdapat tiga situasi yang amat bagus untuk ibubapa menegur atau memberi bimbingan kepada anak-anak. Situasi-situasi tersebut adalah: 1. Ketika anak mahu makan. Kerana pada waktu itu biasanya sikap anak kadangkala sukar dijangka. Kerana terlalu mahu makan, kadangkala kelakuan mereka sedikit tidak elok dipandangan mata. Apabila keinginan anak-anak sedang memuncak, lalu dibe...

Dilema Ibu Mengajar Anak Kecil.

Image
Beberapa kali sy ditanya oleh rakan seperjuangan yang mana mereka dalam proses mengajar anak mereka huruf2 hijaiyyah mereka buntu. anak tidak menunjukkan sebarang respon apabila flash card ditayangkan rata-rata umur anak mereka dalam lingkungan 1 tahun setengah ke 2 tahun senang sahaja jawapan pada soalan ni setiap anak perkembangan bahasa mereka berlainan ada yang bertutur awal.. ada yang bertutur pelat.. semua ni bergantung pada pelbagai faktor.. ibu-ibu yang mengajar biasanya berharap setiap kali anak mereka di soal akan mampu menjawab huruf hijaiyyah yang ditayang ramai ibu yang demotivated/tak bersemangat lepas anak tidak menunjukkan respon seperti yang diharapkan nasihat saya satu sahaja.. terus tayangkan flash card.. anak biasa buat2 tak endah tapi hakikatnya mereka sedang serap semua ilmu yang kita beri soalan kedua yang agak femes juga ditanya ialah macam mana nak tahu anak dah kenal ke belum huruf? iye lah.. anak bercakap pun belum jelas..n...

3 Cara Wardina Safiyyah Didik Anak Solat 5 Waktu

Image
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda… I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la… Tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:- 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i alway...

Cara Mengawal Marah Pada Anak.

Image
  Cara mengurangkan marah pada anak kecil Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda. Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah. Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sika...

Elak Guna Perkataan "Jangan"

Image
Elak Guna Perkataan "Jangan" !! Kenapa Pula ? Sepatutnya kita tegur anak "Rajin belajar ya" Tetapi kita selalu berkata "JANGAN malas belajar tau" Atau "Dari kecil-kecillah kamu kena belajar berjimat" Tetapi kita berkata "Dari kecil-kecil lagi JANGAN suka bazir duit" (1) Perkataan "jangan" dan "malas" / "bazir"" bersifat negatif. "Rajin" atau "jimat" adalah perkataan positif. Kenapa guna 2 perkataan negatif ; "JANGAN MALAS" / "JANGAN BAZIR". Guna saja 1 perkataan positif - RAJIN atau JIMAT. Itu hujjah pertama. (2) Namun sebab sebenar bukanlah itu. Perkataan melambangkan imej. Bila orang kata "durian", muncul imej buah yang berduri tu dalam kepala kita.Bila disebut "harimau", timbul pula gambar "pak belang" tu dalam otak kita. Kenapa apabila kita tengah berselera makan nasi, kita akan marah kalau ada seseorang m...

Seronok Bermain dan Bergurau Senda Dengan Anak

Image
Alam kanak-kanak merupakan alam yang paling berharga dalam perkembangan hidup manusia. Banyak perkara di alam tersebut yang akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi seseorang insan apabila mereka besar nanti. Salah satu kaedah pendidikan paling berkesan bagi kanak-kanak adalah menyertai mereka bermain. Bermain dan bergurau senda bersama anak dapat membantu mereka mengungkapkan apa yang terpendam di dalam hati mereka. Ia secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang lebih erat di antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Ikut Cara Rasulullah SAW Rasulullah SAW sebagai suri teladan terbaik telah menunjukkan kepada kita bagaimana cara beliau bermain dengan cucu-cucunya Hasan dan Husin; bagaimana kedua anak itu menaiki punggung beliau dan berjalan bersama beliau. Adakalanya beliau bermain bersama anak-anak Abbas. Semua itu menunjukkan betapa pentingnya kedua ibu bapa bermain bersama anak-anak mereka. Di antara besarnya perhatian Rasulullah SAW terhadap ibu bapa untuk menemani a...

Cara Rasulullah SAW Bina Keyakinan Diri Anak-anak

Image
Rasulullah SAW menggunakan beberapa kaedah dalam membina keyakinan dalam diri anak. Beliau melakukan pelbagai kaedah agar anak-anak membesar sebagai insan yang kuat dan berkeyakinan diri. Di dalam kitab Manhaj at-Tarbiyyah an-Nabawiyyah lith Thifl karangan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dinyatakan antara kaedah-kaedah yang diguna-pakai oleh Rasulullah dalam membina keyakinan anak-anak adalah: 1.Menguatkan Keinginan Anak Kanak-kanak mempunyai perasaan dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Untuk membina kekuatan mengawal keinginan, anak-anak harus dibiasakan dengan dua perkara berikut: a. Membiasakannya menyimpan rahsia. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kanak-kanak di sekelilingnya seperti Anas dan Abdullah bin Ja’afar RA. Ini kerana apabila si anak belajar untuk menjaga rahsia dan tidak membocorkannya, pada masa itu juga, keinginannya menjadi semakin kuat sehingga timbul rasa percaya yang menebal pada dirinya. Aplikasikan pada anak anda: Berit...

Kuasai Masa Depan Anda

Image
10 Ikrar Untuk Menguasai Masa Depan Anda Membina kehidupan yang sempurna bukanlah mudah. Dunia yang penuh dengan pancaroba ini sentiasa sahaja memberikan tekanan dan halangan dalam usaha mencapai kejayaan yang anda impikan. Sudah pasti anda memerlukan motivasi dalaman untuk membina kekuatan dan jati diri dalam menempuh pelbagai dugaan tersebut. 10 ikrar yang akan disenaraikan di bawah mampu memberi inspirasi dalaman untuk mengawal sebarang situasi dan tindakan dalam merealisasikan impian anda. Ia sebenarnya kelihatan begitu mudah untuk mempunyai inspirasi dalaman yang positif tatkala semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Sebaliknya yang lebih penting adalah kekuatan yang diperlukan tatkala kita ditolak, dipukul badai kehidupan dan ketika mana kita sudah hilang kepercayaan terhadap diri kita sendiri. Ketika itu, apa yang akan kita katakan pada diri kita untuk mengumpul sisa kekuatan yang berbaki? Berikut adalah 10 ikrar yang akan membuatkan anda terus maju dan berfikir...

Anak Nakal? 5 Langkah Ini Buat Saya Sedar Sebenarnya Siapa Yang Salah

Image
Selama ini kita mungkin mendidik anak dengan cara tersendiri. Kita mungkin cuba memahami dan menilai anak kita berdasarkan apa yang kita faham. Tetapi tahukah anda bahawa kemungkinan cara kita menilai atau mendidik itu salah? Mungkin kita sepatutnya melakukan perkara disebaliknya? Menurut di dalam buku tulisan “The Child Whisperer” , terdapat 5 langkah dapat diambil untuk mendidik dan memahami anak anda. Mungkin pendekatan ini sedikit pelik daripada kebiasaan, tetapi mengapa tidak mencuba sahaja? Langkah tersebut adalah seperti berikut: 1. Mulakan daripada tempat masalah tersebut 2. Kenali perwatakan sebenar anak anda 3. Tafsirkan permasalah tersebut 4. Jadi seorang yang intuitif 5 .Hayati kegembiraan anda! Mungkin langkah yang dikongsi sedikit sukar difahami. Apa kata anda lihat infografik di bawah untuk lebih memahami apakah yang perlu dibuat untuk memahami anak anda. Kami percaya, anda akan sukakannya. Langkah yang ke-2 adalah pendeka...

Nasihat Kepada Ibu Bapa

Image
Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik. 1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang? 2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil? 3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita? Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon? Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik...

Kenapa Bersegera Mendidik?

Image
Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan". Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda...

Tips Dan Motivasi Untuk Ibu

Image
SEORANG IBU, SERIBU ANUGERAH Menjadi ibu adalah merupakan satu pemberian istimewa yang dianugerahkan Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Satu anugerah buat anak anda kerana mempunyai ibu. Satu  anugerah  kepada  diri  anda  kerana  dapat  merasai manisnya pengalaman menjadi ibu. Apabila anda menjadi ibu, bermakna hidup anda akan dipenuhi dengan cabaran, tanda tanya, persoalan dan bermacam-macam lagi. Bukan anak anda sahaja yang mempelajari perkara baru setiap hari,  tetapi  anda  juga  terpaksa  mempelajari  banyak  perkara  baru setiap hari. Anak  anda  belajar  merangkak,  bertatih,  berjalan,  berlari  dan bermacam-macam lagi… Anda  pula  akan  belajar  bagaimana  menyelesaikan  masalah anak  anda,  belajar  bagaimana  mendidik  anak  anda,  belajar bagaimana  untuk  mengajar  a...

Keistimewaan Anak Perempuan

Image
  Para orang tua biasanya lebih merasakan kegembiraan yang luar biasa bila melahirkan bayi laki-laki. Padahal semua pemberian baik anak laki-laki atau perempuan harus disyukuri. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. bersabda, “Apabila seorang anak perempuan lahir, Allah SWT mengirimkan malaikat ke rumah itu. Mereka mendatangi rumah itu dan mendoakan keselamatan ke atas mereka. Kemudian para malaikat melingkungi bayi perempuan yang baru lahir dengan sayapnya dan membelai kepalanya dengan tangan mereka seraya berkata bahwa ia adalah lemah. Barangsiapa yang memikul tanggung jawab untuk memeliharanya maka ia akan memperoleh rahmat Allah SWT selama ia masih hidup.”[Al-Mujan As-Shaghir li-Thabrani] Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa memelihara dua anak perempuan hingga mencapai akil baligh, maka ia dan aku akan datang pada hari Kiamat seperti ini, beliau lalu mengumpulkan dua jarinya.[HR.Muslim] Senada dengan hadis di atas ada sebuah hadist dari...

Tips Anak dan Ibu Bahagia

Image
   Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama. 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. 2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucap...

Luahan Hati Seorang Anak

Image
Keluhan hati anak dara umur 12 tahun. Anak ni jumpa saya selepas ceramah minta autograf buku. Comel adik tu. Dia baca doa permulaan yang saya selalu baca sebe lum ceramah. Sedap betul suaranya.. Dia cakap, ustaz sayang anak ustaz tak? Comel anak ustaz. Sama nama dengan saya. Ustaz, mak ayah saya tak sayang saya. Diaorang cuma sayang adik saya jer.. Saya tanya macam mana tahu mak ayah tak sayang adik? Sebab diaorang tak pernah pandang saya masa saya bercakap. Saya cakap jer saya kena marah. Saya tolong jaga adik. Adik menangis, saya kena marah. Saya ambil botol susu adik. Saya lambat saya kena marah. Saya tengok tv saya kena marah. Lambat bangun tidur saya kena marah. Adik buat sepah saya kena marah. Adik menangis saya kena marah. Semua yang mak ayah janji semua tak pernah beri. Saya nak cerita semua kat mak ayah. Tapi mak ayah tengok tv jer..saya buat semua salah dan asyik kena marah.. Ustaz, saya nak masuk asrama masa tingkatan 1. Ustaz doakan yer. Supaya saya tak k...

Emosi Marah Mampu Membunuh Sel Otak Anak

Image
Sekali membentak memarahi anak, milyaran sel otak anak rosak musnah. “Tahukan Anda di dalam setiap kepala seorang anak terdapat lebih dari 10 trilyun sel otak yang siap tumbuh. Satu bentakan atau makian mampu membunuh lebih dari 1 milyar sel otak saat itu juga. Satu cubitan atau pukulan mampu membunuh lebih dari 10 milyar sel otak saat itu juga. Sebaliknya 1 pujian atau pelukan akan membangun kecerdasan lebih dari 10 trilyun sel otak saat itu juga.” Dari beberapa artikel dan penelitian disebutkan bahwa, satu bentakan merusak milyaran sel-sel otak anak kita. Hasil penelitian Lise Gliot, berkesimpulan pada anak yang masih dalam pertumbuhan otaknya yakni pada masa golden age (2-3 tahun pertama kehidupan, red), suara keras dan membentak yang keluar dari orang tua dapat menggugurkan sel otak yang sedang tumbuh. Sedangkan pada saat ibu sedang memberikan belaian lembut sambil menyusui, rangkaian otak terbentuk indah. Penelitian Lise Gliot ini sendiri dilakukan sendir...

Tips Bayi Cepat Menghafal Al-Quran

Image
Begitu cepat masa berlalu.. Setiap minggu baru bermula, pejam celik dah hari hujung minggunya.. Kita sentiasa sibuk berlari mengejar hari. Itu adalah tentang kita dan dunia kita. Bagaimana pula dengan dunia anak kita? Adakah mereka merasa begitu. Mereka adalah sebaliknya pula. Masa berlalu begitu lambat dan amat membosankan. Kadang-kadang terlihat dengan jelas kebosanan di mata mereka. Jika bayi, mereka akan menangis kerana kebosanan berbaring, jika kanak-kanak mereka akan bosan kerana terperap dirumah kerana belum lagi bersekolah. Walaupun ada aktiviti menonton TV, tetap mereka akan jadi bosan menonton TV jika ianya sepanjang hari. Sayang sekali, jika masa yang mereka lalui setiap hari ini disia-siakan. Ia nya begitu setiap hari hinggalah mereka mula bersekolah, barulah pengisian ilmu bermula. Jika kita dapat meluangkan masa walau hanya setengah jam setiap hari bagi mengisi masa-masa bosan mereka ini, akan menyebabkan anak kita jadi beberapa langkah lebih cerdik dari kanak-kanak l...

Pesanan Rasulullah SAW Tentang Solat

Image
Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" (H.R. Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian du duk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" (H.R. Tirmidzi) Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" (H.R. At-Tabrani) Rasulullah SAW bersabda: "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" (H.R. Muslim & Tirmidzi) Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" (H.R. At-Tabrani) Rasullulah SAW bersabda: "Solat dengan bersiwak (men...