Dilema Ibu Mengajar Anak Kecil.
Beberapa kali sy ditanya oleh rakan seperjuangan yang mana mereka dalam proses mengajar anak mereka huruf2 hijaiyyah
mereka buntu. anak tidak menunjukkan sebarang respon apabila flash card ditayangkan
rata-rata umur anak mereka dalam lingkungan 1 tahun setengah ke 2 tahun
senang sahaja jawapan pada soalan ni
setiap anak perkembangan bahasa mereka berlainan
ada yang bertutur awal..
ada yang bertutur pelat..
semua ni bergantung pada pelbagai faktor..
ibu-ibu yang mengajar biasanya berharap setiap kali anak mereka di soal akan mampu menjawab huruf hijaiyyah yang ditayang
ramai ibu yang demotivated/tak bersemangat lepas anak tidak menunjukkan respon seperti yang diharapkan
nasihat saya satu sahaja..
terus tayangkan flash card..
anak biasa buat2 tak endah tapi hakikatnya mereka sedang serap semua ilmu yang kita beri
soalan kedua yang agak femes juga ditanya ialah macam mana nak tahu anak dah kenal ke belum huruf?
iye lah..
anak bercakap pun belum jelas..ni nak sebut huruf2 hijaiyyah pula
saya cadangkan buat permainan aktif untuk uji kemampuan anak
jika kita rujuk pada milestone/carta perkembangan bahasa bayi yang berumur dalam 2 tahun..
mereka sudah mampu untuk ikut simple command/arahan
jadi dah boleh la main game hijaiyyah dengan anak2
saya sering buat begini
susun kad panjang2..kemudian saya akan arahkan anak buat begini..
saya: "ok adik..give me five dekat huruf yaa!"
anak: ....(cepat2 pukul huruf yaa)
saya: adik..mak nak huruf taa..tolong ambilkan..?
anak:...( ambil huruf taa..bagi kat saya)
kesimpulannya mereka sudah ada kefahaman pada arahan2 yang mudah..
kita boleh uji tahap kemampuan mereka..
huruf mana yang mereka sudah kenal..
tak perlu tunggu jawapan keluar dari bibir anak..
ibu2 perlu kreatifkan gaya mengajar..
Kredit: Facebook Anakku Al Hafiz
Untuk membeli Kad Imbas Al Furqan. Klik sini Koleksi Kad Imbas
Comments
Post a Comment