Posts

Showing posts with the label Tips Al Mujahid

10 Tips Kelam Kabut Urus Masa Anak

Image
TIAP PAGI KELAM KABUT URUS ANAK? IKUTI 10 TIP INI Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut di pagi hari: 1. Siapkan barang pada malam sebelumnya Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu. 2. Bangun awal Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu. 3. Sediakan jadual Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di lu...

Kerana Dia Sahabatku

Image
Assalaamu a'laikum, salam sejahtera dan salam ukhwah. Anda diluar sana mempunyai sahabat? Bagaimana dengan sahabat anda? Tentu baik bagi anda. Apa yang penting dalam persahabatan ialah saling menjaga rahsia antara satu sama lain. Maaf ya hari ini saya tersasar sikit. Saya cuma mahu berkongsi resepi biskut dengan anda. Sudahkah anda bersedia dengan pen dan kertas? Gurau sahaja. Mahu tahu resepi apa yang saya mahu kongsikan? Teruskan pembacaan anda. Resepi Biskut Persahabatan Bahan- bahannya :- 1 sudu besar senyuman 1/2 kg senda gurau 1 gelas sayang menyayangi 1 pinggan hormat-menghormati 1 cubit faham memahami   Banyakkan kejujuran dan keikhlasan   Cara-caranya:   Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni. Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain .   Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain. ...

Kisah Ibu Dan Isteri Yang Hebat

Image
ANAK DAN SUAMI YANG HEBAT DATANG DARI IBU DAN ISTERI YANG HEBAT Sebaik suami berangkat ke tempat kerja, saya pula meneruskan pekerjaan saya.Segala kudrat saya tumpahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, membasuh, mengasuh anak-anak dan sebagainya. Inilah rutin saya.Sudah hampir 4 tahun saya memgang jawatan ini.Dan semakin hari saya sayang akan jawatan ini. Kerana sememangnya jawatan ini sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.Sayalah yang menjadi pengurus, akauntan, kerani, tukang bersih, pengasuh, jururawat, guru..semuanya saya yang lakukan sendirian setelah suami keluar bekerja. Anak-anak pula adalah rakan sekerja saya. Masing-masing punya kerenah yang perlu saya tangani. Saya akui, adakala merasa kelam kabut juga.Masa juga sangat terhad untuk diri sendiri. Tapi tetap seronok melihat anak-anak membesar depan mata.Segala penat bagai terbang melayang bila melihat keletah anak-anak. Apalagi bila melihat wajah suami ceria ...

Apa Yang Anda Tahu Tentang Jihad?

Image
  Jihad terbahagi 5.: Jihad melawan nafsu Jihad menentang syaitan Jihad berjuang memerangi kafir harbi dan musyrikin Jihad menentang orang2 munafiqin Jihad menentang orang2 fasiq. Jihad melawan nafsu ~ musuh utama adalah dalam diri kita. Kena berusaha mengenali dan menjauhi sifat2 keji~ riyak, takabbur, khianat dll. ~ mempelajari sifat2 baik dan menghiasi diri dengan sifat2 mahmudah. ~ menambah dan berusaha untuk menjaga nafsu. Jihad melawan syaitan ~ belajar apa syaitan suka. Dan kita kena berlawan dengan ajakan syaitan. Menentang syaitan adalah jihad yang sukar daripada melawan kafir kerana syaitan mengalir dalam darah kita. "Wahai orang yang beriman , jangan kamu mengikut jejak syaitan" "Jika tidak kerana rahmat Allah maka tiada siapa berjaya melepasi jejak syaitan" Jihad melawan kafir harbi "Berjuanglah mennetang orang2 musyrikin dengan harta , diri dan lidah kalian" Sabda Rasulullah SAW. Jihad menentang munafiqin ...