Bila Si Ibu Tenang Dan Bahagia. Maka..


Assalamualaikum gaiss..

Malam ni nak story tentang emosi seorang ibu.


Suka suki tepek gambar seorang ibu bersama empat orang anaknya. 😍


Nampak macam mudah je dia uruskan anak anak ramai ni.


Alhamdulillah. Semua Allah bantu.
Anak anak Kak Farah ni kategori mudah dijaga.
Sesuailah dengan ibu nya yang tak berapa nak sabar ni.


Namun ada juga masa masa yang menguji kesabaran ibu.


Ketika mana ibu penat dan lapar.
Memang laju je ibu diorang ni jadi mak kau ijaoo.


Kalau dua makhluk penat dan lapar ni dibelai. Duduk diam diam.
Okay je emosi ibu.


Jadi, buat teman teman ibu. Kenali punca emosi mak kau ijaoo.


Dan berbaiklah dengan mereka.


Bila penat, Kak Farah rehat. Duduk sensorang dalam bilik. Baring jap. Tarik nafas.
Betulkan pernafasan.


Bila lapar.
Pi dapur. Minum susu ke.
Makan biskut ke.
Asalkan hilang lapar.


In Shaa Allah bila ibu dah berdamai dengan dua makhluk tu.
Emosi ibu juga damai.


Biasa kita dengar kan.
Emosi ibu mempengaruhi emosi anak anak.


Ibu tenang, anak senang.
Senang dengar kata.
Senang diurus.
Senang disuruh.


Jom senyum sama sama bila baca qoute Dr. Taufiq Razif ni.

"Bila si ibu tenang dan bahagia. Maka berbahagialah seluruh isi keluarganya.
Itulah kehebatan seorang wanita."


😊😊😊😊



#Challenge7HariMakMakBlogger
#Day7

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji