Salam Ulangtahun Kelahiran Anakku.



Hari ini hari kelahiran anak Kak Farah yang comel lagi baik hati ni.
Nur Rashdaa 'Aafiyah.


Jangan tanya, ni lelaki ke pompuan.
Awak ni, dah pakai baju pink bunga bunga pun orang ingat awak boy.
Apatah lagi kalau pakai baju seperti dalam gambar ni. Kann..


Banyaknya huruf A pada nama awak ni, dik.
Sapa lah agaknya yang letak panjang panjang nama tu.
Panggil Fiya.
Secoet je panggilannya.


Alhamdulillah.
Setahun sudah berlalu.
Sudah menginjak satu tahun umurnya.
Baru setahun hidup kat dunia ni.


Alhamdulillah.
Seorang anak yang sangat mudah diurus.
Mudah tersenyum bila nampak manusia.
Gambar ni, dia tak nampak Kak Farah.
Dia nampak henpon. Bukan manusia.
Itu yang berkerut kerut dahi nya. Hehehe..


Kalau nak cerita pasal adik ni, satu hari satu malam tak habis. Kan dik.
Ibu terus tembak doa, sempena ulangtahun kelahiran adik yang pertama ni.


Ibu doakan agar ALLAH kurniakan kesihatan TERBAIK buat adik.
Akhlak dan pekerti yang mulia.
Disayangi ALLAH, Nabi SAW dan orang sekeliling.
Serta rezeki yang melimpah ruah.


Moga ALLAH permudahkan urusan adik di dunia dan di akhirat.
ALLAH beri kefahaman belajar tentang ilmu ALLAH.
Adik terang hati.
Mudah belajar dan terima ilmu.
Mudah terima nasihat.
Mudah berkongsi.
Dan segalanya mudah pada adik. In Shaa ALLAH.


Aaminn Allahumma Aaminn.

Happy Birthday Adik 'Aafiyah yang comel lagi baik hati. 



#Challenge7HariMakMakBlogger
#Day2

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji