Kenapa Pilih Untuk Kembali Berblog


Assalamualaikum semua.


Tak sangka dah dua tahun senyap dari dunia blog dan kini Kak Farah kembali untuk berblog.


Sebab apa tu Kak Farah kembali untuk sambung blog yang dah bersawang labah-labah ni?
Kalau rumah tinggal ni, macam-macam hado dalam ni. Silap haribulan, rimau pun ada. Hahaha
Kejap lagi Kak Farah sambung ya.



Kak Farah nak memperkenalkan diri dulu. Saja Kak Farah tak letak pape kat Visit Profile.
Nak berceloteh kat entri. Panjang sikit boleh menaip. Mihmihmih...



Nama panggilan, selesa dipanggil Kak Farah. Walaupun awak lebih tua atau lebih muda. Sokay untuk panggil Kak Farah atau Farah.
Kalau nak panggil Kak Farah Piljah pun boleh..
Ecececehhh.. Ajet retiss pulak dia.



Masuk tahun 2019, Alhamdulillah seorang isteri dan dikurniakan empat orang anak.
Usia 7, 5, 3 dan 1 tahun.
Uwaaa.. Sekejap je masa berlalu.
Sikenit ni dah setahun. Rasa macam baru bersalinkan dia semalam.
Simptom mak mak sangat nih. Mihmihmih...


Untuk perjalanan bisnes pula. Masih seperti dulu. Masih menjual bahan-bahan belajar anak-anak dari usia baby. Dan juga educational toys.  Dan selit menyelit produk Ellsee, Ibu mengandung dan berpantang.


Hashtag nya. Kak Farah guna, Kak Farah jual. Hehehe.
Itulah yang sebaiknya kann. Barulah ada feel nak berkongsi manfaat dan kebaikan produk dengan hangpa semua.


Haa.. Sekarang nak sambung cerita kenapa Kak Farah pilih untuk kembali aktif di blog.


Sebab Kak Farah suka baca blog orang bila nak review barang.
Secara peribadinya, Kak Farah rasa blogger ni IKHLAS je bila bercerita tentang kebaikan dan keburukan barang yang Kak Farah nak beli tu.
Barulah syok nak memilih. Nak beli ke idok kan..


Sekarang turn Kak Farah pula nak review barang barang jualan tanpa bias di sini. Korang kene rasa keIKHLASan Kak Farah tau. Bahahaha. (Gelak jahat)


Lagi..
Sebab FREE. Tak payah bayar, create je blog. Terus boleh guna. Terus boleh taip..
Juga nak tambah medium berbisnes untuk jangka panjang.
Eee.. Cliche nya.



Lagi apa ek? Hmm.. Setakat tu lah dulu.
Kak Farah berhenti kat sini.
Nak mandikan baby. Pastu keluar gi ambil buku Nani Menon dan Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI)


Petang ni nak masuk grup Sales Team pula.
Kemudian nak settlekan kerja rumah yang tak pernah habis ni.
Sama je kan dengan korang.


Korang, doakan urusan Kak Farah dipermudahkan ya.
Begitu juga dengan korang kat rumah dan opis tu. Moga ALLAH berkati dan lancarkan urusan sepanjang hari ni sampai ke malam nanti.


Jumpa lagi sayam semua!


#Day1
#Challenge7HariMakMakBlogger



Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji