Posts

Showing posts with the label VCD Pembelajaran

Risau Anak Belum Boleh Membaca

Image
Saya mempunyai seorang anak yang berumur enam tahun. Saya berasa risau kerana dia belum boleh membaca. Padahal saya dedahkan kepada buku ketika dia masih kecil lagi. Sekarang di tadikanya pun dia diajar membaca dan menulis. Begitulah masalah puan Maria yang menghadapi anaknya yang belum tahu membaca. Hakikatnya ramai ibu bapa menjadi risau jika anak tidak boleh membaca apabila usia sudah menjangkau umur enam atau tujuh tahun. Sehubungan itu, para ibu bapa perlu melakukan sesuatu untuk mendidik anak-anak supaya boleh membaca dengan pantas. Apa yang harus anda lakukan ialah : 1. Jangan Rasa Tertekan Perkara pertama yang perlu lakukan adalah relaks. Jika anak anda dapat merasakan kerisauan anda, dia juga akan merasa tertekan dan ini akan melambatkan proses dia belajar membaca. Lebih penting lagi, dia akan belajar membaca bukan kerana suka tetapi terpaksa. Anak akan cuba sedaya-upayanya, memaksa dirinya membaca untuk melegakan tekanan. Sekiranya dia masih tidak dapat...

BUKU vs MAINAN

Image
Mana satu anak anda lebih kerap minta dan pilih? Buku atau mainan? Atau adakah permintaannya seimbang? Jika permintaan terhadap mainan lebih berbanding buku, apa yang harus anda lakukan? Ikut saja atau tukar strategi? Bagi mendorong anak-anak memilih bahan bacaan, anda harus lakukan sesuatu kerana tidak dinafikan ‘dunia’ digital kian menguasai generasi zaman ini. Saya masih ingat, beberapa tahun yang lalu, seorang rakan berkongsi cerita. Dia merupakan bekas guru besar sekolah rendah. Ketika itu kami sedang berbincang bagaimana untuk memupuk amalan suka membaca untuk mencari ilmu di kalangan kanak-kanak. Dia menceritakan tentang seorang ibu yang datang meminta nasihatnya : Ibu :  Anak saya tak suka buku, malas membaca...suka main mainan atau game kat komputer saja di rumah. Apa patut saya buat? Guru Besar :  Di rumah ada buku tak....Puan ada belikan dia buku? Ibu :  Er, ada tapi tak banyak , dia asyik nak beli mainan aje...buku dia tak minat. Kalau ke ...

Baby Khalifah The Learning Series

Image
Perasan tak kita selalu suka belikan anak-anak kita CD yang ada Character cam Barney, Upin Ipin, Mickey Mouse, Dora The Explorer, Word World, etc.  Ha, Baby Khalifah Learning Series ni pun macam tu la. Dia ada character yang dinamakan Aishah tetapi ianya lebih memberikan penekanan kepada asas pendidikan Islam khusus untuk anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah dan Bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris. Orang kata, kalau kita pentingkan pendidikan agama, yang ilmu duniawi yang lain akan datang dengan sendiri. Tapi kalau kita pentingkan ilmu duniawi dahulu, yang ilmu agama ni belum tentu akan sampai dan datang dalam hidup anak-anak kita. Jadi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita. Semoga anak-anak kita akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah, aminnnnnnn! Jom kita baca testimoni Puan Wana yang telah berjaya menggunakan produk ini bersama anak perempuannya: Khadijah Az-Zahirah, 4 tahun   "Puteri sulung saya Khadijah Az-Zahirah berumur 4 tahun gema...