Doa Mohon Allah Beri Kefahaman Ilmu Buat Anak


Assalamualaikum gais..

Di hari Jumaat yang mulia lagi barokah ni.
Kak Farah nak kongsikan satu doa yang dikongsikan Ustazah asma' Harun di dalam ceramah ONLINE nya.


Perkongsian ini Kak Farah ambil di FB Personal Kak Farah sendiri.
Jom add friend. Klik link ni Farahliza Ismail (Kak Farah)


Pesan Ustazah Asma' Harun.
Amalan sebelum anak-anak pergi sekolah dan sebelum tidur.
Letak tangan atas kepala anak dan doa seperti berikut :
.

1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya ALLAH jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
.

Kemudian baca:
2. Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ‏
– Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang.
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏
– Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏
– Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan.
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
– Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu.
.

Moga ALLAH beri kefahaman untuk anak-anak kita berfikir dan beramal soleh.





...
Farahliza Ismail.
Hanya berserah segala urusan kepada Allah SWT.


#Challenge7HariMakMakBlogger
#Day4

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji