Posts

Showing posts with the label Kerohanian

Keistimewaan Anak Perempuan

Image
  Para orang tua biasanya lebih merasakan kegembiraan yang luar biasa bila melahirkan bayi laki-laki. Padahal semua pemberian baik anak laki-laki atau perempuan harus disyukuri. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. bersabda, “Apabila seorang anak perempuan lahir, Allah SWT mengirimkan malaikat ke rumah itu. Mereka mendatangi rumah itu dan mendoakan keselamatan ke atas mereka. Kemudian para malaikat melingkungi bayi perempuan yang baru lahir dengan sayapnya dan membelai kepalanya dengan tangan mereka seraya berkata bahwa ia adalah lemah. Barangsiapa yang memikul tanggung jawab untuk memeliharanya maka ia akan memperoleh rahmat Allah SWT selama ia masih hidup.”[Al-Mujan As-Shaghir li-Thabrani] Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa memelihara dua anak perempuan hingga mencapai akil baligh, maka ia dan aku akan datang pada hari Kiamat seperti ini, beliau lalu mengumpulkan dua jarinya.[HR.Muslim] Senada dengan hadis di atas ada sebuah hadist dari...

Rahsia Anak Rajin Solat

Image
  Bismillah.. -MAHA SUCI ALLAH SWT- Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah… dah la tak solat…menipu pulak… Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya…. Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning… tapi anak saya tetap tak berubah… susah dan liat nak solat.. Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh. Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh.. Beliau berkata, sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan say...

Pesanan Rasulullah SAW Tentang Solat

Image
Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" (H.R. Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian du duk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" (H.R. Tirmidzi) Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" (H.R. At-Tabrani) Rasulullah SAW bersabda: "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" (H.R. Muslim & Tirmidzi) Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" (H.R. At-Tabrani) Rasullulah SAW bersabda: "Solat dengan bersiwak (men...

Doa untuk anak (1)

Image
Berdoalah hari ini untuk anak2 kita... Dengan lafaz بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Ya ALLAH ampunilah dosa-dosaku dan dosa anakku dan jadikanlah mereka di dalam golongan yang selalu mendapat rahmat-MU... Ya ALLAH mudahkanlah hidupnya...jauhkanlah anakku daripada penyakit hati dan luaskanlah rezekinya... Ya ALLAH jadikanlah anakku ahli bersyukur dan tambahkanlah kesabaran didalam hidup anakku... Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Amin Ya Robball A'lamin

SALAM RAMADHAN

Semakin hari kita menghampiri bulan yang dirindui oleh orang-orang yang beribadat yakni bulan Ramadhan.Bulan yang menjadi sebab darjat seseorang diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى.Bulan yang mana Rahmat dicurahkan oleh Allah سبحانه وتعالى.Doa Saidina Ali Bin Abi Talib r.a bilamana menghampiri bulan Ramadhan,beliau memohon kepada Allah سبحانه وتعالى dengan 3 perkara: 1)Memohon kepada Allah kesihatan tubuh badan daripada segala penyakit supaya boleh beribadah di bulan Ramadhan. 2)Memohon kepada Allah supaya diberikan kelapangan daripada segala kesibukan selain daripada beribadah di bulan Ramadhan. 3)Memohon kepada Allah agar supaya diberikan rasa cukup dengan tidur yang sikit di bulan Ramadhan supaya mempunyai banyak masa untuk beribadah kepada Allah. Alangkah ruginya seseorang yang bilamana Allah سبحانه وتعالى memberikan peluang untuk berada di bulan Ramadhan lalu dia mengabaikan peluang yang diberikan itu untuk beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Bagi mereka yang...