SALAM RAMADHAN

Semakin hari kita menghampiri bulan yang dirindui oleh orang-orang yang beribadat yakni bulan Ramadhan.Bulan yang menjadi sebab darjat seseorang diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى.Bulan yang mana Rahmat dicurahkan oleh Allah سبحانه وتعالى.Doa Saidina Ali Bin Abi Talib r.a bilamana menghampiri bulan Ramadhan,beliau memohon kepada Allah سبحانه وتعالى dengan 3 perkara:

1)Memohon kepada Allah kesihatan tubuh badan daripada segala penyakit supaya boleh beribadah di bulan Ramadhan.

2)Memohon kepada Allah supaya diberikan kelapangan daripada segala kesibukan selain daripada beribadah di bulan Ramadhan.

3)Memohon kepada Allah agar supaya diberikan rasa cukup dengan tidur yang sikit di bulan Ramadhan supaya mempunyai banyak masa untuk beribadah kepada Allah.

Alangkah ruginya seseorang yang bilamana Allah سبحانه وتعالى memberikan peluang untuk berada di bulan Ramadhan lalu dia mengabaikan peluang yang diberikan itu untuk beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى.

Bagi mereka yang melakukan ibadah puasa yang tersembunyi dan tidak dinampak ini nanti di hari Kiamat akan dinampakkan bahkan akan diwujudkan dalam bentuk fizikal dimana dalam bentuk wujud tertentu yang boleh bercakap dengan Allah سبحانه وتعالى.

Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda "Akan datang nanti kepada Allah 2 perkara iaitu Puasa dan Al-Quran.Puasa akan datang kepada Allah dan berkata Ya Allah,saya cegah orang ini daripada makan dan minum kerana Engkau maka izinkan saya memberikan syafaat pada orang ini.Al-Quran pun juga akan berkata kepada Allah سبحانه وتعالى.Ya Allah,saya halang orang ini tidur malam baca kepada saya maka izinkan saya memberikan syafaat kepada orang ini.Maka kedua-dua ibadah ini diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang melakukannya."

Maka diambil pemahaman oleh Imam Nawawi ketika mensyarahkan tentang masalah orang yang membiasakan diri membaca Al-Quran khususnya diwaktu malam hari.Al-Quran itu digalakkan untuk dibaca di malam hari sebab Al-Quran itu bercakap "Saya halang orang ini untuk tidur".Waktu tidur itu adalah diwaktu malam maka memang fadhilat membaca Al-Quran itu bila-bila masa sahaja tetapi Al-Quran meletakkan keadaan yang tertentu menyatakan " Saya halang orang ini untuk tidur malam untuk membaca kepada saya.".Maka anjuran dan galakan untuk membaca Al-Quran khususnya di waktu malam kerana waktu malam itu adalah waktu orang sedang tidur.

-AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN ABU BAKAR AL-HAMID-

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji