Benda Yang Tak Best Dalam Pantang?



Sekadar kisah biasa.
Kebiasaanya ibu-ibu muda mengandung anak sulung akan stress bab makanan sepanjang berpantang. termasuklah saya.. hehehe.. Mujur ibu saya jenis yang "bolehla.. ambil sikit buat rasa". Jadi saya tidaklah rasa kempunan nak rasa. dapat rasa sikit pun jadila.. Hehehe.. Pantang koboi saya ni. Semuanya ditibai dalam kuantiti yang sedikit.

Ada juga yang saya dengar, mereka hanya makan ikan bilis yang disangai dalam tempoh tertentu sepanjang berpantang. Dan tidak boleh minum air banyak-banyak. sekali minum boleh tinggi 2 jari je. Nanti urat kembang katanya. Alahai.. macamana nak banyakkan susu badan dengan hanya meminum air setinggi 2 jari dan ikan bilis sahaja. Kesian ibu-ibu itu.

Saya pun terus meng'google' bab makanan sepanjang tempoh berpantang ni. Banyak rupanya yang kita ibu beranak ni boleh makan. Saya jumpa buku Mudahnya Berpantang. Terus beli.

Seronok baca buku ni. Saya duk ulang-ulang baca Petua Opah dan Menu yang sedap lagi berkhasiat sepanjang tempoh berpantang 44 hari. Buku yang sangat menarik. Penulisan yang jujur dan terasa dekat di hati. Olahan yang santai, teratur dan tak pening kepala.


[ Buku "Mudahnya Berpantang" memberikan panduan yang mudah dan jelas untuk menjalani tempoh berpantang. Lebih daripada 20 resepi menu berkhasiat ditulis berserta tips tambahan dari opah. Terdapat juga remedi-remedi kesihatan tubuh seperti kembali dara, tepel, pilis, bedak sejuk dan sebagai untuk anda tampil yakin dan sihat selepas melahirkan anak. ]

Buku ni kene dengan perangai saya yang nak cepat je. Sesuailah menu dalam buku ni yang mudah, cepat dan sedap. Boleh masuk dalam list menu berbuka puasa. Sebabnya, masa saya berpantang hari itu, suami pun join sekali lauk orang berpantang. Katanya, nampak sedap dan meyelerakan. Sekali rasa, memang sedap.. patutlah saya makan banyak. Hehehe..

Nampaknya memang masuk menu berbuka puasalah tahun ni. 1 keluarga boleh join makan. Memang berbaloi beli buku ni. Boleh digunakan sampai bila-bila. Simpan lama, untuk kegunaan kelahiran anak kedua, ketiga, keempat dan seterusnya .. Hehehe..

Ibu-ibu yang berminat, boleh lihat isi kandungan buku ini di sini.

Boleh juga sms ke nombor saya 017-708 0038 dengan menaip "Mudahnya Berpantang" .

In Shaa ALLAH saya akan membalasnya segera. Ibu-ibu mesti tak sabar nak dapatkan buku ini, kan?
Harganya RM35 Poslaju RM6
Jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM41.

Ibu-ibu perlu mengisi Borang Pesanan di sini.. Untuk mengelakkan pesanan ibu-ibu tercicir, dan terlepas pandang.

Terima kasih atas kesudian ibu-ibu membaca coretan saya ini. Terima kasih juga kerana membeli.

Wassalam.



Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji