Jaga Anak.

Assalaamualaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh...

Kes culik kanak-kanak semakin menjadi, seumpama musim buah pula nampaknya. Setiap hari ada sahaja perkongsian gambar kanak-kanak hilang di wall facebook saya. Sangat menakutkan.

Wajarlah kita memperkemaskan jagaan kita terhadap anak-anak dari sudut zahir dan bathin dengan pertolongan dari ALLAH Azza Wajalla.

Untuk penjagaan zahir, perhatian yang lebih ketat diberi.

Untuk penjagaan bathin, adalah dengan doa.

Semasa anak- anak tidur, usai membacakan surah- surah dan ayat yang lazim seperti 3 Qul dan sebagainya, dibacakan surah Ad Dhuha pada ubun-ubun anak tersebut lalu ditiupkan sehingga ke dada. Semasa tiup doa pada ALLAH, mohon agar ALLAH pelihara anak-anak kita dari anasir zahir dan bathin. Jika anak lebih dari seorang, pada ayat ketiga surah Ad Dhuha ( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى ) diulang sebanyak bilangan anak dan ditiupkan pada setiap seorang mereka.

Sebelum keluar rumah, letakkan tangan di tengah-tengah kepala anak dengan ubun-ubunnya mengadap arah kita (ibubapa), bacakan surah Al Ikhlas beserta dengan doa (bayangkan sebuah kota dari ALLAH sedang melindungi anak tersebut), jika anak lebih dari seorang bacakan ayat kedua dari surah Al Ikhlas ( اللَّهُ الصَّمَدُ ) sebanyak bilangan anak. Tiupkan dari ubun-ubunnya hingga ke dada anak tersebut. Dan tangan kanan kiri diusapkan ke bahu dengan bacaan surah Al Mujadilah :21,

ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِىٌّ عَزيزٌ ﴿٢١﴾
"Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat, lagi Maha kuasa."

InsyaALLAH, semoga dalam pemeliharaan ALLAH Jalla Waala.



Sumber asal: Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani

 

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji