Salam Perkenalan Dari Farahliza Ismail

Teks: Farahliza Ismail

Assalaamualaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh...

Salam Ukhwah Salam Persahabatan

Alhamdulillah dengan izin Allah swt. dapat saya meneruskan perjalanan blog ini. Semoga dengan adanya perkongsian di sini akan menjadi medium untuk saya menyebarkan ilmu serta berkongsi pengalaman kepada anda semua. Dengan ilmu yang sedikit sebagai seorang ibu kepada dua orang anak kecil dan usahawan dalam bidang perniagaan online bahan bantu mengajar anak dari dua bulan hingga tujuh tahun. Saya suka untuk berkongsi dengan anda semua.
Sebelum pergi jauh lagi, suka untuk saya memperkenalkan diri saya sebagai Farahliza Ismail. Saya dilahirkan di Hospital Besar, Melaka dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Alhamdulillah. Sepanjang tempoh belajar hanya di bumi Johor. Bersekolah rendah dan menengah di Johor Bahru dan selepas itu melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengurusan Harta Tanah di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Di UTM ini saya bertemu jodoh dengan suami saya sekarang. Suami yang belajar di fakulti Kejuruteraan Komputer, menambahkan lagi kesyukuran ini. Beliau banyak membantu saya dalam pembikinan website KiddieFuntime. Alhamdulillah kini sudah 4 tahun kami melayari bahtera rumahtangga dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang sihat dan comel. Seorang anak lelaki berusia 2 tahun dan seorang anak perempuan berusia 3 bulan. Mereka membesar dengan sihat dan menjadi penghibur hati kami.

Sebelum menceburi bidang perniagaan ini, saya pernah mengajar sebagai guru sandaran di sekolah menengah sekitar Johor Bahru. Kemudian beralih mengajar di Smartreader Bandar Damai Perdana, Cheras. Sungguh seronok berada di kalangan warga pendidik. Saya sangat suka mengajar kanak-kanak kerana mereka sangat teruja dengan ilmu yang saya sampaikan secara kreatif dan seronok. Di sinilah, timbulnya minat untuk berniaga bahan bantu mengajar anak kecil dan permainan.

Mula menceburi dunia perniagaan online di facebook pada May 2012 secara kecil-kecilan. Kemudian rasa seronok pula, walaupun pada mulanya rasa ragu-ragu terhadap kemampuan sendiri. Alhamdulillah.. Sentiasa mendapat dorongan dan sokongan daripada Encik Suami dan rakan-rakan perniagaan.


Kini, saya bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan online di rumah. Saya suka membaca kajian-kajian dan ilmu tentang anak-anak, berbincang dan berkongsi pengalaman dengan semua orang. Setiap hari saya akan menulis status di Facebook Page berkenaan info dan pengalaman yang saya dapat. Ingin mencari bahan bantu membaca anak-anak layari Product Page saya di sini.
Semoga anda mendapat walau sedikit manfaat dari blog ini :)

Wassalam.

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji