Posts

Showing posts with the label Petua

Kerana Dia Sahabatku

Image
Assalaamu a'laikum, salam sejahtera dan salam ukhwah. Anda diluar sana mempunyai sahabat? Bagaimana dengan sahabat anda? Tentu baik bagi anda. Apa yang penting dalam persahabatan ialah saling menjaga rahsia antara satu sama lain. Maaf ya hari ini saya tersasar sikit. Saya cuma mahu berkongsi resepi biskut dengan anda. Sudahkah anda bersedia dengan pen dan kertas? Gurau sahaja. Mahu tahu resepi apa yang saya mahu kongsikan? Teruskan pembacaan anda. Resepi Biskut Persahabatan Bahan- bahannya :- 1 sudu besar senyuman 1/2 kg senda gurau 1 gelas sayang menyayangi 1 pinggan hormat-menghormati 1 cubit faham memahami   Banyakkan kejujuran dan keikhlasan   Cara-caranya:   Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni. Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain .   Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain. ...

Cara Potty Train Anak Yang Berkesan. Anak Gembira. Ibu Bahagia.

Image
Alhamdulillah. Hampir 4 minggu Ahmad tidak memakai pampers pada siang hari mahupun malam hari. Kejayaan ini semua datang daripada ALLAH. ALLAH beri ilham. ALLAH tolong. ALLAH jaga. Alhamdulillah. Saya memang ada target untuk Ahmad. Saya yakin ibubapa di luar sana termasuk pembaca blog ini juga mempunyai target untuk anak sendri. Ya, kan? Tidak kira dalam pembelajaran mahupun kehidupan. Saya target umur Ahmad 2 tahun 8 bulan mesti bebas daripada pampers. Ceh! bunyi macam bebas daripada hutang jek. #ngade Alhamdulillah makbul. Di sini nak ceritakan kisah suka duka Potty Train Ahmad selama seminggu. Kemudian ke seminggu lagi. Ada pengajaran yang perlu diambil daripada kesilapan saya.  Syarat 'wajib' yang perlu ada untuk ibubapa lakukan Potty Train ini adalah bermohon diberi kekuatan dan kesabaran tinggi tahap 1000%. Mohon juga ALLAH berikan kefahaman kepada anak. Jangan jadi seperti saya. Bagaimana saya terfikir nak Potty Train Ahmad? Sebelum ini saya pernah Potty Tra...

6 Cara Mudah Anak Cepat Bercakap Dengan Betul.

Image
Berkomunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi buat anak-anak. Anak yang normal mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi atau bercakap sejak dari lahir. Hanya berbeza caranya sahaja berbanding kita yang dewasa. Masalah untuk bergaul bersama rakan dan orang sekeliling akan timbul apabila anak-anak lambat bercakap.Seseorang anak yang mempunyai masalah bercakap boleh kita kenali sejak mereka berumur 4 bulan lagi. Mengikut statistik gangguan komunikasi ini hampir 5-10% wujud dikalangan anak-anak hari ini dan nampak semakin membimbangkan para ibubapa. Cara untuk mengatasinya yang boleh dipraktikkan di rumah ialah : 1) Dimulakan dengan mengajar mengaji Al-Quran bersama anak dirumah sekerap yang mungkin. Ajarkan supaya mereka mampu menyebut sebutan huruf hijaiyyah dengan betul makhraj dan bunyinya. Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit secara berkualiti (iaitu anak fokus) secara istiqamah. 2) Gunakan bahasa mudah apabila bercaka...

6 Cara Urus Anak Tanpa Orang Gaji

Image
Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat. Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja. Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik. Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 4 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu. Antara tips yang membantu saya: 1) Bereskan pada waktu malam Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri. Beg-beg itu pula diletakkan di...

Anak Nakal? 5 Langkah Ini Buat Saya Sedar Sebenarnya Siapa Yang Salah

Image
Selama ini kita mungkin mendidik anak dengan cara tersendiri. Kita mungkin cuba memahami dan menilai anak kita berdasarkan apa yang kita faham. Tetapi tahukah anda bahawa kemungkinan cara kita menilai atau mendidik itu salah? Mungkin kita sepatutnya melakukan perkara disebaliknya? Menurut di dalam buku tulisan “The Child Whisperer” , terdapat 5 langkah dapat diambil untuk mendidik dan memahami anak anda. Mungkin pendekatan ini sedikit pelik daripada kebiasaan, tetapi mengapa tidak mencuba sahaja? Langkah tersebut adalah seperti berikut: 1. Mulakan daripada tempat masalah tersebut 2. Kenali perwatakan sebenar anak anda 3. Tafsirkan permasalah tersebut 4. Jadi seorang yang intuitif 5 .Hayati kegembiraan anda! Mungkin langkah yang dikongsi sedikit sukar difahami. Apa kata anda lihat infografik di bawah untuk lebih memahami apakah yang perlu dibuat untuk memahami anak anda. Kami percaya, anda akan sukakannya. Langkah yang ke-2 adalah pendeka...

Nasihat Kepada Ibu Bapa

Image
Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik. 1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang? 2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil? 3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita? Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon? Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik...

Cara Ajar Anak Ucap Salam.

Image
Anas bin Malik meriwayatkan,  “Rasulullah berkata: Wahai anakku, apabila kamu masuk ke dalam rumah orang tuamu, ucapkanlah salam, kerana perkara itu menjadi berkat untuk kamu dan juga untuk keluargamu.” Hadis direkodkan oleh at-Tirmizi Hadis tadi menunjukkan Rasulullah mengalakkan ucapan salam termasuk kepada anak-anak kecil. Anak-anak kita sejak kecil perlu diberi diberi pendedahan supaya menghidupkan amalan salam apabila bertemu dengan orang lain. Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan. Latih anak-anak kecil dengan memberi salam kepada mereka dahulu. Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut. Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewa...

Tips Dan Motivasi Untuk Ibu

Image
SEORANG IBU, SERIBU ANUGERAH Menjadi ibu adalah merupakan satu pemberian istimewa yang dianugerahkan Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Satu anugerah buat anak anda kerana mempunyai ibu. Satu  anugerah  kepada  diri  anda  kerana  dapat  merasai manisnya pengalaman menjadi ibu. Apabila anda menjadi ibu, bermakna hidup anda akan dipenuhi dengan cabaran, tanda tanya, persoalan dan bermacam-macam lagi. Bukan anak anda sahaja yang mempelajari perkara baru setiap hari,  tetapi  anda  juga  terpaksa  mempelajari  banyak  perkara  baru setiap hari. Anak  anda  belajar  merangkak,  bertatih,  berjalan,  berlari  dan bermacam-macam lagi… Anda  pula  akan  belajar  bagaimana  menyelesaikan  masalah anak  anda,  belajar  bagaimana  mendidik  anak  anda,  belajar bagaimana  untuk  mengajar  a...

Mudahnya Bayi Menghafal Al Quran

Image
Langkah Pertama. Setelah jiwa kita disegarkan dan dimotivasikan dengan ganjaran-ganjaran istimewa yang telah Allah janjikan bagi orang yang membaca dan menghafal al-quran, tentu sekali rasa berkobar-kobar untuk mengetahui langkah pertama untuk merealisasikan impian murni kita. Biasanya langkah pertama itu adalah langkah yang terpenting dalam apa jua bidang, tanpa langkah pertama, tidak mungkin kita akan sampai ke destinasi tujuan kita. Langkah pertama dalam menjadikan anak seorang penghafal al-quran ialah dengan menggunakan pancaindera telinga yang dianugerahkan Allah dengan sebaik-baiknya. Secara normalnya, manusia dianugerahkan Allah lima pancaindera untuk hidup di atas mukabumi ini. Telinga adalah salah satu daripadanya dan ia juga merupakan pancaindera yang paling awal berfungsi berbanding yang lain.   Jika kita lihat pada kajian yang mengatakan bahawa bayi itu dapat mendengar walaupun dia masih di dalam perut ibunya. Begitu juga apabila si bayi lahir ke dunia,...

Tips Panduan Mengajar Anak Mengenal Al-Quran

Image
Bismillahirrahmanirrahim..    Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan berkongsi pengalaman Puan Mazlina Karim, seorang ibu yang hebat dan berjaya mendidik anak2nya Darwisya dan Darwish menghafal Al-Quran pada usia bayi. Beliau merupakan idola ketiga saya selepas Nabi Muhammad SAW dan ibu saya sendiri. Suka untuk saya berkongsi pengalaman pahit manis beliau dalam mendidik anak2nya.    Saya pernah mengikuti Seminar dan Kursus dalam mendidik anak mengenal AL-Quran yang dianjurkan oleh Puan Mazlina Karim ini. Sangat teruja melihat anak2nya lancar mengahfal surah2 panjang maupun pendek, di atas pentas. Sunggah hebat dan bersahaja anak2 beliau. Pertama sekali, saya akan berkongsi panduan mengajar yang beliau ajari semasa di seminar yang saya ikuti. Jom sama2 kita baca dan amalkan. Baca sahaja tidak menjadi. Mesti buat selepas baca panduan ini. InshaaALLAH teman2 akan nampak hasilnya selepas bayi anda menginjak umur 1 tahun. Percayalah. yang penting mesti kons...

Tips Anak dan Ibu Bahagia

Image
   Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama. 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. 2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucap...

Tips Mudah Ajar Anak Kecil Solat

Image
Cara paling mudah untuk mengajar anak kecil solat 1. Selalu solat depan anak kita. - Sebelum solat amalkan borak atau bagitau anak yang kita nak solat atau sembahyang kejap…, contohnya “aimy..sat na.., mama nak solat” atau “aimy ang tunggu sat naa..papa nak solat” - Bila kita solat biarkan anak kita di sebelah walaupun dia baru beberapa bulan atau lebih tepat lagi ketika bayi.. memang dia kita tengok macam bodoh lagi..tapi dari macam bodoh itulah dia serap dalam otak dia yang solat itu perlu - Bila anak dah berumur 1-2 tahun teruskan solat disebelah mereka ataupun kasi mereka nampak.., ini amat penting kerana proses meniru mereka sangat hebat.. dan dalam umur inilah anak kita anak tiru gaya kita sembahyang.., macam anak gua bila kita sujud dia akan meniarap.., bila kita rukuk dia sujud..hihi.., jika ada pekembangan anak korang begini tahniah..!! Dan pastikan bila korang sedang solat tetiba anak korang buat gaya disebelah , sila tahan gelak sebab gua memang tak ta...

Teknik Memuji Yang Berkesan

Image
  Gambar hiasan. Manusia memang mudah nampak keburukan dari kebaikan yang ditunjukkan seseorang. Ibubapa lebih banyak menegur, memarahi dan menasihati kesilapan anak-anak berbanding memuji kebaikan yang mereka lakukan. Suami isteri boleh bermasam muka kerana sedikit kesilapan, hingga terlupa pada beribu kebaikan yang dicurahkan selama ini. Saya teringat kata-kata Prof Dr. Muhaya, sekiranya kita selalu nampak keburukan orang lain, bermakna dalam diri kita penuh sifat negatif. Sekiranya kita hanya nampak kebaikan orang lain, dalam diri subur dengan sifat positif. Fikirkan kita manusia yang mana? Jika mahu lahirkan insan cemerlang, tidak kira anak, rakan mahupun pekerja maka perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara nak suburkan kebaikan adalah dengan memuji supaya mereka merasa seronok dan mengulangi kebaikan tersebut. Memarahi seseorang tidak perlukan kemahiran, tapi untuk memuji perlu kemahiran. Bagaimana cara memuji yang meninggalkan kesa...

Doa Supaya Ahli Keluarga Kembali Ke Pangkal Jalan.

Image
Allah SWT sedang menguji keimanan dan kesabaran anda ketika ini. Jangan cepat mengalah dan pasrahlah terhadap ujian-Nya kerana sabar itu separuh daripada iman. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan selepas solat dibaca agar suami atau isteri yang telah melampaui batasan kembali kepangkuan anda. Baca sekurang-kurang 3 atau 7 kali setiap kali solat sambil mengharapkan Allah SWT memberi hidayah kepada anda dan pasangan anda. Semoga memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.. Surah Ali Imran Ayat 200 Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Image
Berdoalah untuk anak anda hari ini... Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم Anak lelaki : ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL Anak Perempuan : ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL Bermaksud: "Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran." Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat. * Letakkan tangan diubun-ubun anak dan baca* -Ustaz Sharhan Sumber: Facebook Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.  

Petua Mendidik Anak Mengikut Sunnah.

Image
4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW. PERTAMA: Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandik an kasih sayang pada tahap ini. KEDUA Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat. Rasulullah SAW bersabda. "Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahs...

Petua Melembutkan Hati Anak Yang Degil.

Image
Dibawah ini diperturunkan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah anak degil. 1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada di rumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut. Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus. 2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan. 3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut...

Ketahui Cara Menghalau Lipas.

Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan y ang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas. Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm. Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru. Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahu...