Tips Panduan Mengajar Anak Mengenal Al-Quran
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan berkongsi pengalaman Puan Mazlina Karim, seorang ibu yang hebat dan berjaya mendidik anak2nya Darwisya dan Darwish menghafal Al-Quran pada usia bayi. Beliau merupakan idola ketiga saya selepas Nabi Muhammad SAW dan ibu saya sendiri. Suka untuk saya berkongsi pengalaman pahit manis beliau dalam mendidik anak2nya.
Saya pernah mengikuti Seminar dan Kursus dalam mendidik anak mengenal AL-Quran yang dianjurkan oleh Puan Mazlina Karim ini. Sangat teruja melihat anak2nya lancar mengahfal surah2 panjang maupun pendek, di atas pentas. Sunggah hebat dan bersahaja anak2 beliau.
Pertama sekali, saya akan berkongsi panduan mengajar yang beliau ajari semasa di seminar yang saya ikuti. Jom sama2 kita baca dan amalkan. Baca sahaja tidak menjadi. Mesti buat selepas baca panduan ini. InshaaALLAH teman2 akan nampak hasilnya selepas bayi anda menginjak umur 1 tahun. Percayalah. yang penting mesti konsisten ajar anak2.

Panduan Mengajar
1) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1‐2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.
2) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih‐lebih lagi kalau kanak‐kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah

3) Beli Buku Al Furqan set beserta VCD.(dalam RM50 untuk 4 buku beserta VCD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang VCD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.)
4) Beli Flash Card Alif Ba Ta dan latih setiap pagi. Boleh dapatkan disini, Kedai Online KiddieFuntime
5) Gula‐gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain‐lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1‐2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak‐kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.
6) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.
7) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.
8) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar‐benar mencabar untuk mengajar anak‐anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.
9) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama‐lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.
10) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak‐anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak-kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya.

Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.
Kredit: Kiddie Funtime Family
Kredit: Kiddie Funtime Family
Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.
ReplyDelete