Posts

Showing posts with the label Tips Ibu Bapa Bijak

Tips Anak Minat Membaca

Image
Tercari-cari solusi supaya minat membaca? Memupuk minat memerlukan penglibatan, kesungguhan, dan konsisten daripada kedua ibu bapa serta pendidik.  In Shaa ALLAH. Apabila usaha-usaha memupuk minat telah kita jalankan, ia memudahkan jalan untuk anak suka membaca.  Antara usaha yang ibu bapa lakukan adalah:-   1. Boleh mulakan dengan tidak langsung membaca buku tersebut. Cukup sekadar duduk bersama anak dan santai berborak tentang gambar pada buku. 2. Boleh minta mereka ceritakan pada kita juga tanpa perlu mereka baca. Di sini, peranan gambar sangat penting. Tak perlu rush untuk habiskan semua mukasurat. Satu muka pun tak apa asalkan kita dapat pupuk minat. 3. Kita bacakan pada mereka. Sebenarnya sangat digalakkan ibu ayah untuk membaca buku pada anak-anak walaupun mereka dah pandai baca. Ia sebenarnya memupuk cinta baca, cinta ilmu dan yang paling mahal adalah hubungan kasih sayang yang terjalin. Disinilah peluang untuk mempererat hubungan keluarga. 4. Gunakan ...

Tips Mudah Anak Sayang Mama

Image
Assalamualaikum wrb semua pembaca yang dirahmati Allah. Saya ingin berkongsi KISAH MAMA yang saya dapat daripada langganan email Naluri Parenting Cafe.  Dua tips ini berlaku secara RUTIN dan ia adalah kebiasaan sehingga kini. Sungguh, betapa membina RUTIN dalam keluarga, amat mempengaruhi membina tingkahlaku positif dalam diri anak tanpa di sedari. Jom teruskan membaca ^_^  1- Sarapan Yang Membahagiakan                                              Waktu sarapan adalah waktu yang istimewa. Bukan kerana makanan mewah, tetapi kerana suasana. Mama menginvestasi masa lebih awal untuk mempersiapkan sarapan. Susun atur sarapan dan makanan yang dihidangkan adalah rapi, cantik membuatkan kami terasa seperti dihargai keberadaan kami.Walaupun kadangkala kami kalut ke sekolah, tatkala tiba di meja makan...

Waktu Anak Fokus Terkesan Di Jiwa

Image
Abang tenang pada hari dia berkhatan/bersunat. ^_^ Bismillahirohamanirrohimm.. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh kepada semua pembaca yang sentiasa diberkati dan diredoi ALLAH. Pagi ini saya terjumpa penulisan daripada sahabat Facebook, seorang Doktor Perubatan Kanak-Kanak menulis tentang momen penting untuk kita titipkan pesanan buat anak-anak soleh dan solehah. Mata saya tertumpu kepada point nombor dua (2) kerana ianya sangat mudah dan praktikal dengan izin ALLAH pesanan kita diikuti anak. Alhamdulillah. Kita sering mengabaikan momen-momen penting bersama anak. Waktu dimana jiwa anak-anak tenteram dengan kebersamaan ibu bapa dan adik beradik yang lain.  Momen di mana anak fokus dan pesanan yang diberikan terkesan di jiwa mereka. Momen yang perlu dimanfaatkan: 1. Waktu makan bersama Berbincanglah dan bertanyakan aktiviti anak serta beri nasihat. Jangan gunakan waktu ini untuk marah atau menegur dengan kasar. Jadikan ia momen bahagia. 2....

Cara Menerapkan Tauhid Kepada Anak. Surah An-Nahl

Image
Abang dengan Buku Bijak Alif Ba Ta Perkongsian ringkas yang saya dapat daripada kawan Facebook. In Shaa ALLAH menjadi rujukan kepada saya dan pembaca. Suka saya kongsikan di sini. Terasa rugi jika simpan sorang-sorang. Moga ALLAH berkati semuanya. Aameen Allahumma Aameen. Teruskan membaca. Menerapkan tauhid kepada anak . Didik secara berperingkat Dimulakan dengan mengenali benda-benda yang dapat dirasa dan mengaitkan dengan Allah swt Kemudian perkara berdasarkan logik Kemudian barulah perkara ghaib Mulakan tajuk kecil dan mudah Disusuli dengan tajuk yang lebih besar Sehingga akhirnya mereka dapat memahami permasalahan akidah dengan hujah dan dalil Contoh Ayat Al-Quran untuk penerapan tauhid kepada anak daripada yang dapat dirasa kepada logik: (Rasa) Allah swt turunkan hujan untuk kita minum, mandi, basuh baju dan lain-lain. (An-Nahl, ayat 10) (Rasa) Allah swt tumbuhkan tanaman dan buah-buahan untuk kita makan, buat kuih, buat jus (...

Tips Ajar Anak Dengan Kamus Bergambar.

Image
Ibu, abah pasti risau mempunyai anak yang masih belum boleh membaca. Lebih risau kalau anak pertama cepat membaca. Anak kedua, masih belum boleh ketika usianya seperti si sulung yang mula membaca. Rasanya ibu lagi risau kot daripada abah. Ye ke apa yang saya cakap ni? Ibu lagi risau ke ada abah yang lebih risau. Hohoho.. Walaupun pakar motivasi kanak-kanak mengatakan jangan membandingkan anak-anak. Jauh di sudut hati saya, sangat memikirkan hal itu. Saya fikir dan ingat kembali, apa yang saya sudah lakukan kepada Abang yang cepat membaca seawal usia 3 tahun. Alhamdulillah. Ya ALLAH. Ya Syakur. Allah beri saya ingatan itu.  Saya kongsikan di sini, moga ALLAH memberkati penulisan ini dan memberi manfaat kepada pembaca. In Shaa ALLAH. 1- Saya perkenalkan Abang dengan kamus bergambar . Tidak kesahlah jenama dan keluaran buku apa. Tetapi seingat saya ianya kamus. Dan bersyukurnya saya Abang memang minat dan boleh bertahan lama dengan kamus bergambar itu. Persoalannya:: ...

Fahami Dunia Anak Usia 2 Tahun

Image
Sumber: The Meta Picture FB page Sesungguhnya hati ini merindui untuk berkongsi rasa dengan ibu-ibu cemerlang di di sini. Apakan daya setahun rasanya 'bercuti' perkongsian. Sibuk dengan 'bonding' dengan anak-anak. Aktiviti dengan anak-anak. Hmmmmmm... (tarik nafas dalam2.. hembus panjang lama2) Bismillah. Ya ALLAH Ya Bari' moga dirahmati dan diberkati segala penulisan dan perkongsian di blog ini dan bermanfaat kepada semua, sebelum diri ini menghembuskan nafas terakhir pada bila-bila masa. Pagi ini membelek2 artikel pakar2 keibubapaan yang saya like page mereka. Saya terbaca perkongsian ilmu daripada ibu Rose ini. Alhamdulillah penambahan ilmu untuk saya juga memandangkan Arissa dalam lingkungan umur ini. Keletahnya yang mencuit hati. Dengan belum pandai berbicara jelas pada usia ini 1 tahun 10 bulan. Sebutan ujung2 sahaja. Alhamdulillah kesabaran ibu abah dapat memahaminya walaupun kadang-kadang kami 'kelaut' juga cuba memahami kehendaknya. B...

10 Tips Kelam Kabut Urus Masa Anak

Image
TIAP PAGI KELAM KABUT URUS ANAK? IKUTI 10 TIP INI Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut di pagi hari: 1. Siapkan barang pada malam sebelumnya Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu. 2. Bangun awal Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu. 3. Sediakan jadual Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di lu...

Seminar Quranic Mommies Network 5 April 2015

Image
Assalamualaikum ibu abah prihatin Suka saya kongsikan satu Seminar anjuran Quranic Mommies Network (QMN) pada : 5 April 2015 (Ahad) di Wisma MGH (atas Rahimah Kitchen),  Bukit Puchong, Selangor. ➡Atas kesedaran dan maklum balas yang memberangsangkan dari dua siri seminar kami yang lepas, kami bawakan lagi penceramah yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam mengendali kes penderaan seksual kanak-kanak yang juga merupakan seorang kaunselor kanak-kanak, Pn Maznah Ibrahim pada sesi pagi. Beliau akan menjelaskan tentang ciri-ciri penderaan seksual kanak-kanak yang perlu diketahui oleh ibubapa, teknik bagaimana melatih anak-anak agar tidak menjadi sasaran dalam kes sebegini serta peringkat perkembangan seksualiti kanak-kanak, tingkahlaku seksual: apa yang normal dan tidak normal. ➡Atas permintaan ramai juga, kami memperkenalkan dua orang penceramah lagi yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam pembinaan Sekolah Rumah Islam pada sesi petang. ➡Mereka akan mengupas m...

Eksperimen Uji Kelarutan Bersama Anak Bijak.

Image
Eh, mereka buat apa tu? Haaa..ini ialah eksperimen untuk menguji keterlarutan Kenapa nak main experimen macam ni..? Mereka faham ke? Tak bersepah ke? Senang k e nak urus anak buat experiman macam tu?  Aktiviti sebegini dapat memepuk semangat INGIN TAHu yang amat tinggi kepada anak anak. Semangat ingin mencuba yang kadang kala sering kita TAHAN..kerana takut kotor..takut bersepah..dan lain lain.. Hakikatnya semasa aktiviti ini..mereka sangat BEHAVE . Respon mereka? amat TERUJA dan EXCITED bila mereka : CUBA letak sendiri.. KACAU sendiri bahan bahan tersebut Dapat MENGELASKAN mana yang larut dan tidak larut. Umur berapa boleh buat? Activity ni semua peringkat umur bole buat. Cuma bezanya cara kupasan guru perlu bersesuaian dgn perkembangan mereka. Untuk gambar di atas, ..bahan yang di gunakan ialah bunga cengkih, serbuk kari, garam, gula, kacang hijau,buah pelaga Sebenarnya kalau nak guna apa sahaja pun boleh!!!. Jadi activiti ini..tak perlu tung...

Ajar Anak Buat Helicopter Terbang!

Image
Paper Helicopter   Tadaaa.. Dah siap helikopter Ahmad. 'Blade' dan klip pemberat memainkan peranan penting dalam kelancaran pusingan helikopter. Pelbagai bentuk blade boleh buat. Boleh Tunjuk dan cerita ke anak. Jika blade panjang, lebih lama di udara berbanding blade pendek. Bagaimana pula dengan blade serong? Boleh pusing ke? Haaa.. Macam-Macam design blade boleh buat. Ibu belajar, anak seronok bermain dan tambah ilmu. Dalam masa yang sama, dalam tidak sedar, anak belajar semasa bermain. Tidak perlu tension-tension, main sahaja. Hihihi.. Anak menjerit teruja. Melompat, mencampak nak tengok helikopter terbang. Sabar tunggu ibu buat helikopter banyak-banyak ya. Bermain Bergurau dengan anak-anak adalah sunnah Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa Sallam. Berminat untuk mendapatkan buku aktiviti ini? Whatsapp Farah 017-7080038  Sumber: FarahlizaIsmail

Cara Membentuk Perasaan Positif Anak.

Image
Membentuk Perasaan Anak. Sedikit perkongsian daripada buku Prophetic Parenting. Cara Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam mendidik Anak. Bagaimana kita nak membangunkan emosi dan perasaan anak agar dapat berkembang menjadi manusia yang cemerlang dan seimbang dalam kehidupannya kelak? Kita praktikkan apa yang Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam buat, In Shaa Allah persoalan di atas akan terjawab. - Cium anak. Layan dengan kelembutan dan kasih sayang. Menyayangi anak-anak adalah salah satu sifat kenabian. Salah satu jalan mendapat redha Allah. - Bermain dan bergurau dengan anak-anak. Berlari-lari dengan anak. Memanggil anak dengan nama yang baik. Ketawa bersama. Bergurau. Bermain bersama anak-anak adalah sunnah. - Beri anak-anak hadiah. Gembirakan anak-anak. Hadiah memiliki pengaruh yang baik dalam jiwa manusia umumnya. Dalam jiwa anak-anak lebih besar pengaruh dan kesannya. - Mengusap kepala atau pipi anak. Anak-anak akan merasa kehadiran m...

Nak Ajar Anak Membaca Yang Mana Dulu? Alif Ba Ta ke, ABC ke, 123?

Image
NAK AJAR YANG MANA DULU YE? ABC..123..ALIF BA TAA Soalan yang paling kerap rakan2 tanya. Jawapan yang saya beri tak pernah berubah. AJARKAN ANAK AL-QURAN.. DAN ILMU LAIN BIAR AL-QURAN YANG AJARKAN. AJAR ILMU AL-QURAN DULU, ILMU YANG LAIN AKAN MUDAH ANAK DAPAT. Maknanya ALIF BA TAA.. laa kan! Kebiasanya ibubapa akan tekankan ABC dulukan. Takut anak lambat kenal ABC. Anak jiran sebelah dah kenal ABC sampai Z. "Takkan anak aku nak kenal alif, baa, taa dulu..belajar mengaji boleh anta kat jiran yang pandai mengajar atau ustaz/ustazah..dah masuk sekolah nanti pandailaa dia" Kesiaannn... Kalau ada yang beranggapan macam tu, Al-Quran jadi pilihan yang terakhir. Diperlekehkan. Istighfar lah banyak2. Suka untuk saya ceritakan pengalaman saya yang tak seberapa ni. Anak pun baru seorang. Seorang ni laa yang banyak benda ajaib yang berlaku bila pendidikan Al-Quran itu yang di dahulukan. Diutamakan..di fokuskan. Sejak kecil dari bayi ilmu membaca Al-Quran...

Aktiviti Gembira Bersama Anak

Image
Saya seorang suri rumah. 24/7 dengan anak-anak. Kadang kesian tengok anak, asyik buat benda yang sama je setiap hari. Jadi inisiatif saya untuk menggembirakan anak adalah dengan beraktivit sama dengan mereka. Hadirkanlah diri kita di hadapan anak. Agar bila dah besar nanti, ada kenangan yang meniti di bibir mereka apabila melihat aktiviti yang sama. "Eh, bola pusing-pusing ni macam kita main dengan ibu kecik-kecik dulu, kan along?" "Best.. ibu kita suka buat permainan ni dengan kitorang dulu. Seronok... " Kita yang mendengar pasti tersenyum. Ada kenangan yang terselit di minda bawah sedar anak-anak. Antara buku yang saya guna adalah buku 101 Kids Activities ini. Saya kongsikan permainan yang saya dan suami buatkan untuk anak. Psss.. Percayalah. Bukan anak je happy main permainan dalam buku ini. Mak bapak dia pun suka. Join sekali. Hihihi.. Tips gembira bermain: Niat nak bermain dengan anak. Buat anak gembira. Cakap dan ajak anak tengok cara kita bu...

Cara Hafazan Mudah Kepada Anak.

Image
BISMILLA HIRRAHMA NIRRAHIM CARA-CARA MEMBERI HAFAZAN PADA KANAK-KANAK. Alhamdulillah,saya rasa gembira..ramai rakan2 saya yang di alam nyata dan maya(hehehe)yang berminat nak tahu bagaimana cara kami(saya dan suami)memberi hafazan buat anak kami Muhammad Luqman Qushairi(4tahun). Sebab itu saya rasa gembira untuk berkongsi dengan anda yang sudi membaca,mengikuti dan bertanya hal hafazan dengan sa ya. Terima Kasih. smile emoticon Bila usia yang sesuai untuk mulakan hafazan? Pendapat saya..mulakanlah seawal usia kecil lagi. Sejak dalam kandungan lagi biasakan anak2 mendengar alunan bacaan Al-Quran. Hikmahnya nanti untuk membiasakan dan mendatangkan minat dalam hati dan minda mereka. Biar alunan Al-Quran menjadi lagu yang mereka suka dengar. Yang paling BAGUS..selepas mereka sudah pandai baca Al-Quran,tak lancar pun tidak mengapa. Boleh mula. Muhammad pun masih belum lancar bacaan Al-Quran nya. smile emoticon Sekurang-kurangnya,hafazan sudah ada dalam ingatan mer...