Waktu Anak Fokus Terkesan Di Jiwa
Abang tenang pada hari dia berkhatan/bersunat. ^_^ |
Bismillahirohamanirrohimm..
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh kepada semua pembaca yang sentiasa diberkati dan diredoi ALLAH.
Pagi ini saya terjumpa penulisan daripada sahabat Facebook, seorang Doktor Perubatan Kanak-Kanak menulis tentang momen penting untuk kita titipkan pesanan buat anak-anak soleh dan solehah.
Mata saya tertumpu kepada point nombor dua (2) kerana ianya sangat mudah dan praktikal dengan izin ALLAH pesanan kita diikuti anak. Alhamdulillah.
Kita sering mengabaikan momen-momen penting bersama anak. Waktu dimana jiwa anak-anak tenteram dengan kebersamaan ibu bapa dan adik beradik yang lain.
Momen di mana anak fokus dan pesanan yang diberikan terkesan di jiwa mereka.
Momen yang perlu dimanfaatkan:
1. Waktu makan bersama
Berbincanglah dan bertanyakan aktiviti anak serta beri nasihat. Jangan gunakan waktu ini untuk marah atau menegur dengan kasar. Jadikan ia momen bahagia.
2. Sebelum tidur
Kebolehan otak waktu ini gelombang alpha dan tetha sangat berkesan menyimpan pesanan di otak separa sedar dan dilaksanakan. Gelombang ini yang digunakan untuk teknik hypnoparenting untuk masukkan pesanan di minda anak. Berbisiklah kepada anak apabila dia hampir tidur.
"Ahmad anak soleh,
Ahmad rajin baca Quran.
Ahmad suka pergi sekolah"
Ikut situasi.
Tambah beliau lagi (Website myMetro) bayi berada dalam keadaan alpa ketika mereka ingin tidur. Pada masa ini apa saja yang dibacakan atau diucapkan akan cepat meresap ke dalam fikiran mereka. Otak bayi ibarat span yang mampu menyerap apa saja. Oleh itu sangat penting ibu bapa memperdengarkan bacaan yang positif serta alunan ayat al-Quran ketika mereka masih bayi.
In Shaa ALLAH saya akan kongsikan skrip dalam point ini yang saya gunakan sepanjang Abang dalam proses penyembuhan bersunat. Alhamdulillah Abang sudah selamat bersunat.
3. Waktu antara maghrib dan isyak
Untuk bersolat,jika tidak ke masjid bertazkirahlah bersama. Waktu ini anak lihat praktikal solat, mengaji, berhalaqah bersama ibu bapa. Adab dalam jemaah dan lain-lain
4. Momen kehadiran tetamu
Nasihat tidak langsung. Anak belajar bagaimana kita melayan tetamu dan berkomunikasi dengan hormat.
Sumber Facebook: Dr. Anayasmin Azmi
Alhamdulillah. In Shaa ALLAH, semoga perkongsian ini ALLAH berkati dan bermanfaat untuk semua. Lahawlawala Quwata Illah Billah.
Comments
Post a Comment