Tips Ajar Anak Dengan Kamus Bergambar.


Ibu, abah pasti risau mempunyai anak yang masih belum boleh membaca. Lebih risau kalau anak pertama cepat membaca. Anak kedua, masih belum boleh ketika usianya seperti si sulung yang mula membaca. Rasanya ibu lagi risau kot daripada abah.


Ye ke apa yang saya cakap ni? Ibu lagi risau ke ada abah yang lebih risau. Hohoho.. Walaupun pakar motivasi kanak-kanak mengatakan jangan membandingkan anak-anak. Jauh di sudut hati saya, sangat memikirkan hal itu.


Saya fikir dan ingat kembali, apa yang saya sudah lakukan kepada Abang yang cepat membaca seawal usia 3 tahun. Alhamdulillah. Ya ALLAH. Ya Syakur. Allah beri saya ingatan itu. 


Saya kongsikan di sini, moga ALLAH memberkati penulisan ini dan memberi manfaat kepada pembaca. In Shaa ALLAH.


1- Saya perkenalkan Abang dengan kamus bergambar. Tidak kesahlah jenama dan keluaran buku apa. Tetapi seingat saya ianya kamus. Dan bersyukurnya saya Abang memang minat dan boleh bertahan lama dengan kamus bergambar itu.

Persoalannya:: Bagaimana nak guna Kamus bergambar ni?
Duduk bersama anak. Tunjuk dengan jari nama-nama benda yang ada dalam buku itu. Sebutan ibu kene jelas dan ceria serta bernada. Ada turun naik. Taknaklah senada. Abah kat sebelah pun boleh tidur inikan pula anak, kan?

Haa.. kaitkan benda yang ditunjuk dengan anak. Contoh: Kucing. Cat. Eii.. Comel cat ni, kakak suka cat, kan? Haritu kakak jumpa kat kat Playground kan? 

Tujukan soalan kepada anak pula? Cat yang kakak jumpa tu warna apa? 
Wujudkan pembelajaran dua hala dengan anak. Sambil-sambil tu, suruh anak buat bunyi cat, gaya cat berjalan. 

Psst:: Kalau rajin boleh lukis/print gambar kucing. Mewarna bersama anak-anak.

Masa bersama anak tidaklah perlu lama. Ikut kata pakar, sehari semuka surat. Maksudnya masa minat anak mencanak-canak tu, kita stop dan simpan. Ok. Sambung esok ya dan alihkan perhatian dengan main lego pula. Alihkan dengan permainan pula atau bahan belajar yang lain. Atau berehat sambil makan-makan dan minum-minum.


Ada anak yang takmo tengok langsung tau. Anak dapat tengok 1 atau 2 gambar pun da ok. Terbaik. Secara tak langsung serap masuk dalam otaknya. 

Nak lagi best sessi pembelajaran tu, lepas tengok kamus bergambar tadi, ambil satu gambar, contoh layang-layang. Ibu-ibu boleh cipta layang-layang sendiri. Atau buat kraf ikan ke, guna kertas warna. Buat kolaj dengan gambar ikan tadi.

Perasan tak ibu-ibu, daripada kamus bergambar tadi, ibu-ibu boleh kembangkan jadi pembelajaran yang lain seperti kraf, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains serta masukkan unsur-usur tauhid.

Untuk lebih jelas lagi, saya buat begini::
  • Seni Kraf - Mewarna ikan
  • Bahasa Melayu - Tulis di kertas A4 IKAN
  • Bahasa Inggeris - Tulis FISH
  • Matematik - lukis seekor ikan - Satu (1) One, Dua (2) Two, Tiga (3) Three dan seterusnya.
  • Sains - Lukis Ikan dan labelkan ekor, insang, sirip, mata, mulut Ikan.
  • Unsur tauhid boleh sebut nama Pencipta ikan yang Maha Hebat, ALLAH. Puji kebesaran dan kekuasaan ALLAH cipta ikan boleh hidup dalam air. Boleh ajar zikrullah Ya Dzaljalali Wal Ikram (Asmaul Husna)

Kami sama-sama 'bermain' sambil belajar dengan kamus ini. 
Teks: Farahliza Ismail
Gambar: Farahliza Ismail

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji