Posts

Showing posts with the label Aktiviti Anak

Cara Menerapkan Tauhid Kepada Anak. Surah An-Nahl

Image
Abang dengan Buku Bijak Alif Ba Ta Perkongsian ringkas yang saya dapat daripada kawan Facebook. In Shaa ALLAH menjadi rujukan kepada saya dan pembaca. Suka saya kongsikan di sini. Terasa rugi jika simpan sorang-sorang. Moga ALLAH berkati semuanya. Aameen Allahumma Aameen. Teruskan membaca. Menerapkan tauhid kepada anak . Didik secara berperingkat Dimulakan dengan mengenali benda-benda yang dapat dirasa dan mengaitkan dengan Allah swt Kemudian perkara berdasarkan logik Kemudian barulah perkara ghaib Mulakan tajuk kecil dan mudah Disusuli dengan tajuk yang lebih besar Sehingga akhirnya mereka dapat memahami permasalahan akidah dengan hujah dan dalil Contoh Ayat Al-Quran untuk penerapan tauhid kepada anak daripada yang dapat dirasa kepada logik: (Rasa) Allah swt turunkan hujan untuk kita minum, mandi, basuh baju dan lain-lain. (An-Nahl, ayat 10) (Rasa) Allah swt tumbuhkan tanaman dan buah-buahan untuk kita makan, buat kuih, buat jus (...

Eksperimen Uji Kelarutan Bersama Anak Bijak.

Image
Eh, mereka buat apa tu? Haaa..ini ialah eksperimen untuk menguji keterlarutan Kenapa nak main experimen macam ni..? Mereka faham ke? Tak bersepah ke? Senang k e nak urus anak buat experiman macam tu?  Aktiviti sebegini dapat memepuk semangat INGIN TAHu yang amat tinggi kepada anak anak. Semangat ingin mencuba yang kadang kala sering kita TAHAN..kerana takut kotor..takut bersepah..dan lain lain.. Hakikatnya semasa aktiviti ini..mereka sangat BEHAVE . Respon mereka? amat TERUJA dan EXCITED bila mereka : CUBA letak sendiri.. KACAU sendiri bahan bahan tersebut Dapat MENGELASKAN mana yang larut dan tidak larut. Umur berapa boleh buat? Activity ni semua peringkat umur bole buat. Cuma bezanya cara kupasan guru perlu bersesuaian dgn perkembangan mereka. Untuk gambar di atas, ..bahan yang di gunakan ialah bunga cengkih, serbuk kari, garam, gula, kacang hijau,buah pelaga Sebenarnya kalau nak guna apa sahaja pun boleh!!!. Jadi activiti ini..tak perlu tung...

Ajar Anak Buat Helicopter Terbang!

Image
Paper Helicopter   Tadaaa.. Dah siap helikopter Ahmad. 'Blade' dan klip pemberat memainkan peranan penting dalam kelancaran pusingan helikopter. Pelbagai bentuk blade boleh buat. Boleh Tunjuk dan cerita ke anak. Jika blade panjang, lebih lama di udara berbanding blade pendek. Bagaimana pula dengan blade serong? Boleh pusing ke? Haaa.. Macam-Macam design blade boleh buat. Ibu belajar, anak seronok bermain dan tambah ilmu. Dalam masa yang sama, dalam tidak sedar, anak belajar semasa bermain. Tidak perlu tension-tension, main sahaja. Hihihi.. Anak menjerit teruja. Melompat, mencampak nak tengok helikopter terbang. Sabar tunggu ibu buat helikopter banyak-banyak ya. Bermain Bergurau dengan anak-anak adalah sunnah Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa Sallam. Berminat untuk mendapatkan buku aktiviti ini? Whatsapp Farah 017-7080038  Sumber: FarahlizaIsmail

365 Science Activities Bersama Anak Bijak.

Image
Kincir Angin yang comel. Gambar kenangan sebelum kincir angin jatuh ke tanah dari tingkat 10. Hihihi.. Ahmad.. Ahmad.. Ok. Ibu buat lain ya. Ibu pandai buat. Hahaha. Ketawa jahat. Sebenarnya, banyak kali ibu buat. Tak jadi. Hihihi Abah: Ibu.. Ibu.. Kertas kena potong segiempat sama. Buat segiempat tepat.. Tak boleh pusing. Ibu : Ye ke? (tak nak kalah tu.. Kikiki) Ok. Tadaaa.. baru boleh pusing. Hihihi Ibu.. Ibu.. Da ada buku pun, salah buat. Hahaha. Practise make perfect, okay.. Selamat mencuba, ibu-ibu. Whatsapp 017-7080038 untuk dapatkan Buku Aktiviti yang menyeronokkan ini. Best!!! ‪#‎ 365ScienceActivities‬ Sumber: FarahlizaIsmail

Aktiviti Gembira Bersama Anak

Image
Saya seorang suri rumah. 24/7 dengan anak-anak. Kadang kesian tengok anak, asyik buat benda yang sama je setiap hari. Jadi inisiatif saya untuk menggembirakan anak adalah dengan beraktivit sama dengan mereka. Hadirkanlah diri kita di hadapan anak. Agar bila dah besar nanti, ada kenangan yang meniti di bibir mereka apabila melihat aktiviti yang sama. "Eh, bola pusing-pusing ni macam kita main dengan ibu kecik-kecik dulu, kan along?" "Best.. ibu kita suka buat permainan ni dengan kitorang dulu. Seronok... " Kita yang mendengar pasti tersenyum. Ada kenangan yang terselit di minda bawah sedar anak-anak. Antara buku yang saya guna adalah buku 101 Kids Activities ini. Saya kongsikan permainan yang saya dan suami buatkan untuk anak. Psss.. Percayalah. Bukan anak je happy main permainan dalam buku ini. Mak bapak dia pun suka. Join sekali. Hihihi.. Tips gembira bermain: Niat nak bermain dengan anak. Buat anak gembira. Cakap dan ajak anak tengok cara kita bu...

12 Kelebihan Main Buih Sabun Kanak-Kanak

Image
Tengok gambar ni, dah tahukan perasaan Ahmad bagaimana.. ^_________^ Senyum lebar. Seronoknya Ahmad bermain pistol sabun. Sampai low bateri. Mainlah Ahmad, asalkan Ahmad gembira.. Hihihi. Sebenarnya ini adalah hadiah daripada Tok Ayah buat Ahmad. Abang Aqil dan Ariq juga dapat. Kalau kami, harapanlah Ahmad nak dapat benda ni. RM10 free bateri AA 3 ketul. Pada kami, bukan ada pekdah pun main benda ni, perabih duit ja. Picit-picit, abih da buih. Haa.. itulah kami ni yang kurang membaca. Rupanya banyak pekdah benda ni untuk anak-anak kita. Tak sangka. Bila baca 1-1 point di bawah ni. Haahlah.. Bagus rupanya untuk perkembangan bijak anak-anak.. Selain memberikan keseronokan yang tak terhingga kepada anak-anak, sebenarnya ada 12 kelebihan lain bermain buih sabun ni. Ya, dua belas! Jom kita tengok satu persatu apa yang hebat sangat main buih ni.. 1) Melatih motor halus - pegang peniup buih dengan jari, buka botol buih sabun, pegang botol buih sabun. Kalau guna pistol yang tembak-tembak ...

Cara Potty Train Anak Yang Berkesan. Anak Gembira. Ibu Bahagia.

Image
Alhamdulillah. Hampir 4 minggu Ahmad tidak memakai pampers pada siang hari mahupun malam hari. Kejayaan ini semua datang daripada ALLAH. ALLAH beri ilham. ALLAH tolong. ALLAH jaga. Alhamdulillah. Saya memang ada target untuk Ahmad. Saya yakin ibubapa di luar sana termasuk pembaca blog ini juga mempunyai target untuk anak sendri. Ya, kan? Tidak kira dalam pembelajaran mahupun kehidupan. Saya target umur Ahmad 2 tahun 8 bulan mesti bebas daripada pampers. Ceh! bunyi macam bebas daripada hutang jek. #ngade Alhamdulillah makbul. Di sini nak ceritakan kisah suka duka Potty Train Ahmad selama seminggu. Kemudian ke seminggu lagi. Ada pengajaran yang perlu diambil daripada kesilapan saya.  Syarat 'wajib' yang perlu ada untuk ibubapa lakukan Potty Train ini adalah bermohon diberi kekuatan dan kesabaran tinggi tahap 1000%. Mohon juga ALLAH berikan kefahaman kepada anak. Jangan jadi seperti saya. Bagaimana saya terfikir nak Potty Train Ahmad? Sebelum ini saya pernah Potty Tra...

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Image
Perkongsian aktiviti menarik daripada Puan Yulia Yusar yang bijaksana dalam melakukan aktiviti Homeschooling bersama anakanda tercinta. Jom, buat gunung berapi! Tapi kali ini saya buat dengan menggunakan kertas surat khabar. Sebelum ini pernah buat dengan 'homemade playdough' Bezanya yang guna surat khabar nampak lagi 'real'..hehe sebab bila 'larva' mengalir model gunung berapi tidak lembik berbanding apabila kami guna playdough. Tapi terpulang mana yang minat menggunakan surat khabar atau homemade playdough. BAHAN-BAHAN UNTUK MODEL GUNUNG BERAPI: *Surat khabar (entah dari mana En. Suami rembat surat khabar..sudah berkurun tak bc paper.) *Botol kosong *Water Color *Figurine *Dulang *Tape BAHAN-BAHAN UNTUK LARVA GUNUNG BERAPI : *Cuka *Sabun serbuk *Soda bikarbonat *Pewarna oren atau merah. CARA GUNUNG BERAPI MELETUS. Isikan sabun, soda bikarbonat dan pewarna kedalam kawah gunung berapi. Kemudian masukkan cuka. Tunggulaa reaksi larva yang bersedia untuk di...