Cara Potty Train Anak Yang Berkesan. Anak Gembira. Ibu Bahagia.
Alhamdulillah. Hampir 4 minggu Ahmad tidak memakai pampers pada siang hari mahupun malam hari. Kejayaan ini semua datang daripada ALLAH. ALLAH beri ilham. ALLAH tolong. ALLAH jaga. Alhamdulillah.
Saya memang ada target untuk Ahmad. Saya yakin ibubapa di luar sana termasuk pembaca blog ini juga mempunyai target untuk anak sendri. Ya, kan? Tidak kira dalam pembelajaran mahupun kehidupan.
Saya target umur Ahmad 2 tahun 8 bulan mesti bebas daripada pampers. Ceh! bunyi macam bebas daripada hutang jek. #ngade
Alhamdulillah makbul. Di sini nak ceritakan kisah suka duka Potty Train Ahmad selama seminggu. Kemudian ke seminggu lagi. Ada pengajaran yang perlu diambil daripada kesilapan saya.
Syarat 'wajib' yang perlu ada untuk ibubapa lakukan Potty Train ini adalah bermohon diberi kekuatan dan kesabaran tinggi tahap 1000%. Mohon juga ALLAH berikan kefahaman kepada anak. Jangan jadi seperti saya.
Bagaimana saya terfikir nak Potty Train Ahmad?
Sebelum ini saya pernah Potty Train Ahmad selama 1 hari! Fuh... Perasan dah cukup bagus masa itu. Tak mohon pun dengan ALLAH. Buat ikut suka hati. Rasa macam nak buat terus buat. Dan apa yang jadi? Sehari je dapat bertahan. Sebab:
* Penat kene cakap sampai serak suara.
* Penat kene mop.
* Penat marah-marah. Buruknya perangai.
Sahabat saya, seorang Pakar Emosi Kanak-Kanak, Maznah Ibrahim sangat-sangat menyarankan ibu-ibu kena banyak bersabar. Ibu yang kene sabar dulu. Ibu yang kene kawal emosi dulu. Barulah turun ke anak.
Seterusnya cubaan kali kedua pula dibuat ketika umur Ahmad 2 tahun 7 bulan. Ini juga tidak bermohon daripada ALLAH. Buat Potty Train sebab saya dan suami rasa Ahmad sudah pandai cangkung jika hendak kencing. Jadi, bolehlah lakukan Training ini. Sekali lagi usaha yang dilakukan ini mendatangkan kesan buruk kepada saya terutamanya. Suami relax je.
Saya betul-betul putus asa. Menangis. Di mana silap saya? Untuk Potty Train kali ini, saya lebih kepada pujian untuk Ahmad. Puji dan pujuk secara ilmiah kononnya. Sepertinya tidak ikhlas di situ. Huh!!! Barulah terhegeh-hegeh nak bermohon kepada ALLAH. Barulah nak Bertanya ALLAH Dulu. (Teknik B.A.D)
Saya tanya ALLAH. Perlukah saya teruskan Potty Train ini? Atau saya berhenti sahaja. Penat dan stress juga. Berilah petunjuk. Bantulah saya ALLAH. Ampunkanlah saya. Saya tidak tanya ALLAH dulu sedangkan saya tahu Teknik B.A.D ini. Saya hambaMu yang pelupa.
Haaa.. Nak tahu tak apa ALLAH jawab dengan pertanyaan ini?
Selepas sessi Bertanya ALLAH itu, saya termenung. Istighfar. Selawat. Baca whatsapp kawan-kawan. Saya buat seperti tiada apa-apa. Relax menunggu jawapan. Semasa baca Whatsapp, ada kawan yang berkongsi kisah kejayaan. Iaitu, Orang yang berjaya tidak kenal erti putus asa. Orang yang berjaya, sekali dia bermula, dia akan habiskan sampai berjaya dan nampak hasil kejayaan.
ALLAH bagi saya semangat! Semangat untuk teruskan. Sayang ALLAH! ALLAH tidak zalim, saya sendiri yang menzalimi diri sendiri dengan melupakan kuasa ALLAH. Selepas dapat semangat ini, saya teruskan berdoa ALLAH beri kekuatan dan kesabaran. ALLAH beri kefahaman kepada Ahmad.
Alhamdulillah selepas itu, semua proses Potty Train berjalan lancar. Ahmad gembira, saya bahagia. Saya tidak perlu cakap selalu sampai sakit tekak. Sebab Ahmad sendiri akan beritahu kami.
"Ibu nak kencing."
"Abah nak kencing."
Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Sangat mudah dengan pertolongan ALLAH.
Alhamdulillah. Ahmad membuang air besar juga di tandas.
Alhamdulillah jika kami keluar berjalan juga, Ahmad tidak mahu pakai pampers.
"Ahmad taknak pampers. Ahmad dah besar dah. Ahmad nak school."
Sebenarnya ini ayat saya pada mula-mula sessi memujuk Ahmad untuk melepaskan pampers-nya itu. School yang Ahmad maksudkan adalah Playgroup sahabat saya yang berdekatan dengan rumah saya ini.
Tidur pun Ahmad tidak mahu pampers. Saya ada beli kain alas untuk latihan ini. Sehingga kini saya masih gunakan kain itu untuk langkah berjaga-jaga. Jika Ahmad sudah tidur nyenyak baru saya pakaikan pampers. Kadang-kadang Ahmad sedar, Ahmad menangis suruh buka. Saya pula nak pakaikan Ahmad pampers, takut dia tidak sedar dan melepas di situ.
Jangan jadi seperti saya. Tindakan melulu dan perasan kuat dan tabahlah kononnya tanpa memohon kepada Empunya Kuasa yang mengawal sistem badan saya dan Ahmad membawa kepada hasil yang sia-sia.
* Bermohonlah kepada ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran kepada ibu-ibu.
* Bermohonlah kepada ALLAH agar anak-anak mudah dan cepat faham proses 'bebas pampers' ini
In Shaa ALLAH dengan pertolongan ALLAH sahaja, ibu-ibu akan berjaya.
Dan setiap anak itu berbeza proses penerimaan mereka tentang latihan ini. Ada yang cepat. 3 hari sahaja. Ada yang lama 6 bulan dan ada yang setahun! Alhamdulillah Ahmad 2 minggu. Lama juga tu pada saya. Apa-apa pun Alhamdulillah. Giliran anak kedua pula. Arissa.
In Shaa ALLAH, saya teringin kongsikan bagaimana suami pula memainkan peranan beliau ketika keluar berjalan dengan Ahmad tanpa pampers. Kalau saya, saya pakaikan pampers juga. takut dia terkucil dan kami tidak jumpa tandas. Hihihi..
Doakan ya. ALLAH beri saya masa untuk berkongsi pengalaman ini.
Nota: Tok Ibu Ahmad juga terlibat secara tidak langsung dalam latihan ini. Beliau lah yang beriya suruh Potty Train Ahmad. Terima kasih Ibu. Jika ibu tak suruh, angah tidak buat rasanya. Hihihi.. #ngade

Comments
Post a Comment