Kisah Ibu Dan Isteri Yang Hebat




ANAK DAN SUAMI YANG HEBAT DATANG DARI IBU DAN ISTERI YANG HEBAT

Sebaik suami berangkat ke tempat kerja, saya pula meneruskan pekerjaan saya.Segala kudrat saya tumpahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, membasuh, mengasuh anak-anak dan sebagainya. Inilah rutin saya.Sudah hampir 4 tahun saya memgang jawatan ini.Dan semakin hari saya sayang akan jawatan ini. Kerana sememangnya jawatan ini sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.Sayalah yang menjadi pengurus, akauntan, kerani, tukang bersih, pengasuh, jururawat, guru..semuanya saya yang lakukan sendirian setelah suami keluar bekerja.

Anak-anak pula adalah rakan sekerja saya. Masing-masing punya kerenah yang perlu saya tangani. Saya akui, adakala merasa kelam kabut juga.Masa juga sangat terhad untuk diri sendiri. Tapi tetap seronok melihat anak-anak membesar depan mata.Segala penat bagai terbang melayang bila melihat keletah anak-anak. Apalagi bila melihat wajah suami ceria kerana makan pakainya siap tersedia.Anak-anak pula sudah siap mandi dan bersih untuk didakap setiap kali pulang kerja.Mungkin hilang kepenatan seharian bekerja barangkali.

Kerana itu saya aturkan jadual untuk diri dan anak-anak.Jadual tidaklah ketat, terpulang yang mana hendak didahulukan melalui kreativiti sendiri.Termasuk mencipta permainan bersama-sama anak2.Agar di merasa "berkawan" di rumah.Agar minda dan pemandangan kecil mereka terangsang dengan pembelajaran baru setiap hari.Insya ALLAH...

Menjadi ibu dan isteri..

Sebenarnya, sangat seronok menjadi seorang ibu dan isteri.Pengalaman ini sungguh mengujakan bagi seseorang yang bernama wanita.Banyak pahala dan ganjaran yang tidak kita sedar melalui status ini.

Dan yang penting, siapa pun kita, setinggi mana pun ilmu atau jawatan kita, suami dan anak-anak tetap menjadi keutamaan selepas kasih kepada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW... Kerana walaupun pada asalnya, kita adalah kaum yang lemah.Tetapi kita masih punya kudrat untuk mencurahkan tenaga sebagai tulang belakang buat suami dan anak-anak.

Kitalah "orang yang hebat itu".Yang menggunakan kudrat yang tidak seberapa bekerja di "belakang tabir. Yang menumpahkan segala kasih sayang dan perhatian untuk orang-orang tersayang.Yang mengorbankan keinginan nafsu setiap hari.Yang besabar dalam melakukan kerja-kerja harian dan kerenah anak-anak.InsyaAllah..

Apalagi kepada ibu-ibu yang bekerja. Mereka keluar sama-sama mencurahkan tenaga bekerja demi membantu suami.Bangun seawal pagi dan pulang sewaktu matahari sudah terbenam. Di rumah pula, ada kerja yang menunggu.Ada kerja yang perlu beres. Ada suami yang perlu dilayan. Ada anak-anak yang perlu diperhatikan.

Sungguh!! Ia sangat memenatkan.Tetapi, kudrat lemah dikuatkan juga. Kadang-kadang mengeluh kepenatan. Adakala menangis sendirian...

Dan kerana itu, saya kagum dengan ibu-ibu ini.......

Ya..ianya tidak mudah.....

Seperti saya, sepanjang masa di rumah.Kerja-kerja saya dapat dibereskan awal. Walaupun tidak bergaji, saya merasa puas. Walaupun mungkin tidak semewah mana, hati tetap merasa gembira.

Saya anggap pencapaian anak-anak dari segi akhlak, pelajaran dan yang penting penerapan nilai-nilai islam kepada diri mereka adalah hadiah buat saya. Dan tentunya ia lebih besar dari gaji yang saya dapat setiap hujung bulan.Meskipun lambat melihat hasilnya, saya tetap menunggu.

Walaupun sebenarnya ini bukanlah eksperimen. Tapi saya ingin melakukan yang terbaik. Itulah azam saya setiap hari.Dan lain-lain itu saya serahkan kepada ALLAH...

'ANAK DAN SUAMI YANG HEBAT DATANG DARI IBU DAN ISTERI YANG HEBAT "

Inilah kata-kata motivasi saya. Saya yakin ianya sesuai untuk ibu dan isteri dalam menentukan pencapaian dalam hidup ini.Kita tidak semestinya perlu menonjolkan diri untuk jadi hebat.Cukup sahaja menjadi orang yang dibelakang tabir.

Moga2 kita menjadi isteri dan ibu yang hebat itu...amin...

Nukilan Puan Haslina Mohamad

Sumber:.rahsiaperkahwinan.com

---------------------------------------------

ANDA ADA ANAK YANG SUKA MENGAMUK ???

>>> Ini cerita Puan Nadzifah. Saya mencuba KD pada anak saudara saya yang memang terkenal dengan sikap suka mengamuk bila kejut bangun pagi. Alhamdulilah...macam magik...Dia golek sambil peluk bantal...bangun duduk dan senyum...Terus bagitahu nak mandi gosok gigi. Tergamam mamanya.
- Puan Nadzifah ( Facebook )

>>> KD memang Speechless!!! <<<

*** sms "CERIA" ke017.708.0038 untuk dapatkan KELEBIHANNYA!! Arahan mudah pembelian diberi dalam sms. Sila ikut setiap arahan yang diberi dalam sms.

Sms SEKARANG..!

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji