Cara Melatih Kesabaran Anak Ketika Bermain
KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN PUZZLE :
1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna.
2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle.
3- Melatih pemikiran logik.
4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle.
5- Meningkat pengetahuan tentang bentuk dan ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle.
6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa berbual dengan anak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama.
7- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut.
8- Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan untuk mengenal Huruf Al-Quran, nombor, warna, dan huruf abc.
Anakanda Ahmad sewaktu berumur setahun lebih. Puzzle Alif Ba Ta ini menjadi permainan kegemarannya. Sehingga kini juga. Alhamdulillah tahan lasak puzzle kayu ini.
Cara bermain bersama Ahmad, saya luangkan masa. duduk di sebelahnya. tunjukkan dulu cara memasukkan kepingan puzzle ini.
Sambil itu, sebut huruf yang saya pegang itu. Dalam Ahmad tidak sedar, saya sedang mengajarnya huruf-huruf Al-Quran. Tepat dengan konsep, anak suka bermain sambil belajar.
Kita bermain dengan anak dan sedikit-sedikit curi perhatian dia untuk belajar. Ikut bacaan daripada mulut kita.
Kemudian, Ahmad pula masukkan kepingan puzzle ini. Pada mulanya agak sukar untuk Ahmad. Yelah, first time nak masukkan benda kecil dengan tangannya yang comel itu.
Teruskan beri galakkan. Ahmad! Ahmad! Ahmad! Boleh! Boleh! boleh!
Boleh dengan bantuan kita. Seronok Ahmad tengok puzzle masuk tepat dengan usaha dia, kononnya. hihihi..
Jangan sergah anak. Masukkan ini pun tak pandai!! Jangan matikan usahanya.
Anak tak dapat masukkan , kita bantu.
Sangat tenang masa bersama dengan anak. Yang penting.. Set dalam minda. Aku sedang bermain dengannya. Jangan letakkan target apa-apa. In Shaa ALLAH ibu-ibu pasti dapat melihat kebijaksanaan anak kita ini.
Dalam pada masa yang sama, kita akan ketawa melihat telatah comelnya bersungguh-sungguh masukkan puzzle.
Jika anak menolak tidak mahu buat, janganlah dipaksa. Simpan dulu puzzle. Dan mulakan bermain di lain masa. Masa yang sesuai dan ibu-ibu punyai masa yang banyak ketika itu.
Harga promosi untuk Puzzle Kayu Alif Ba Ta ini. Klik sini Promosi Terhad.
Cepat dapatkan segera sementara stok masih ada.
Whatsapp Puzzle ke 017-7080038
Comments
Post a Comment