Sentuhan Nota Kasih Daripada Prof Dr Muhaya

"Bak, Yah nak naik kapal terbang." Ayahnya akan jawab, "Belajar. Kalau Muhaya rajin belajar, Muhaya akan dapa apa-apa saja yang Muhaya nak." "Kunci untuk berjaya di dunia, belajar. Kunci untuk pintu syurga, tolong orang dan murah hati."

"Apabila Prof Dr Muhaya berjaya melanjutkan pengajian sekolah menengahnya di Sekolah Menengah Berasrama Penuh Tun Fatimah, Johor Bahru pada tahun 1971, bermulalah sejarah gemilang kehidupan gadis sunti ini. Perasaan riang, takjub, tergamam dan terpesona pada dunia baharu persekolahannya tidak dapat disembunyikan dalam hati nuraninya"

Petikan Buku Biografi Inspirasi Sejernih Sinar Matamu, Prof Muhaya keluaran As Sohwah Publication.

Mutiara Kata dari Prof. Dr. Muhaya di dalam bukunya..

Sentuhan Prof Dr Muhaya, Petikan dari Buku Refleksi Diri oleh Prof Dr Muhaya..

..Kita menang dengan kelembutan dan memberi contoh yang baik. Cari kebahagiaan dengan Allah, bukan dengan manusia..

..Sekiranya suami mengetahui bahawa sedekah paling baik dan paling besar adalah memberi nafkah kepada anak dan isteri, insyAllah berbahagia di dunia dan selamat suami daripada api neraka dan menikmati janji Allah yang tidak pernah mungkir akan janjiNya..

..Rumah tangga adalah asas paling penting. Kalau ibubapa tidak melakukan amal soleh, bagaimana anak akan menjadi baik? Marilah sama-sama audit diri kita sebelum audit anak-anak kita. Minta maaf dengan mereka dan bersama-sama melakukan perubahan..

..Manusia yang paling tenang dan bebas adalah orang yang hatinya bebas daripada penghargaan manusia, hanya kasih Allah yang dicari..

..Tidak akn miskin orang yang bersedekah. Kita boleh tahu berapa biji dalam selonggok epal, tetapi kita tidak tahu berapa biji epal terhasil dari sebiji benih yang tertanam..

..Kita selalu sangat fikir apa orang kata dan menjalani kehidupan berdasarkan apa orang kata. Jangan biarkan apa orang kata mempengaruhi kita..

..Dalam kehidupan, kita boleh pilih antara membuat pilihan atau mencari alasan. Semakin banyak alasan yang kita beri, semakin tinggi ego kita untuk memberi alasan atas perkara yang kita tidak boleh dan tidak mahu buat..

..Kita makhluk Allah yang paling baik ciptaannya dengan potensi besar dan pelbagai. Jika kita tidak berjaya mencapai sesuatu yang diingini, bukan salah sesiapa tetapi pilihan yang kita buat setiap saat. Niatkan hendak berubah dengan melihat sistem kepercayaan dan tabiat kita. Selagi kita tidak mengubah perkara ini, hidup tidak akan berubah..

..Apa yang kita kedekut untuk memberi akan hilang dan apa yang kita beri akan bertambah. Marilah niat supaya lebih murah hati esok hari dan seterusnya, InsyaAllah..

Sentuhan Prof Dr Muhaya, Petikan dari Buku Biografi Prof Dr Muhaya..

..Cara kita melayan ibu bapa kita mempengaruhi cara anak kita melayan kita. Maka itu, tunjukkan contoh yang baik, bagaimana sikap kita terhadap ibu bapa kita. Sebab apa yang kita buat itulah yang kita dapat, (ada-beri-dapat).

..Jom bahagia dan membahagiakan diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliling dengan perubahan paradigma hidup kita. Ikuti pelbagai program dan seminar islamik, kemasyarakatan dan silaturrahim bagi mencari ilmu memperbaiki kelemahan diri..

..Seorang wanita, jika ada lelaki yang sudi memperisterikannya, dan mempunyai zuriat, sudah ada 'syurgalah' dalam hidupnya di dunia ini. Banyak orang masih sibuk mencari 'syurga' di tempat lain kerana sentiasa berasa hidupnya tidak lengkap. Manusia begini ialah manusia yang tidak pernah mensyukuri nikmat Allah. Dalam hati dan mindanya sentiasa berlegar-legar pelbagai persoalan yang tidak sepatutnya ditimbulkan dan dipertikaikan. Kata-kata yang biasa lahir dari mulut manusia yang begini adalah kata-kata negatif seperti 'kalau', 'sepatutnya' dan pelbagai lagi kata-kata negatif yang tidak wajar dibiarkan bertapa minda dan bersemadi dihati..

..Percaya kepada kebolehan diri sendiri, hati yang sarat prasangka perlu didamaikan, ketepikan bisikan yang mencakar sanubari menyuntik hasad dengki, jeritan kegusaran laungan hati jangan dibiarkan bersarang dihati berhari-hari, bisikan batin yang sia-sia jangan terbiasa..

..Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung bukan sahaja pada akidah dan iman yang dimiliki oleh setiap ahlinya, tetapi bergantung juga pada akhlak mereka. Isteri yang berakhlak baik akan melembutkan hati suami. Seorang isteri mesti menjadi penyejuk hati suami ketika membahang marahnya, penenang hati suami ketika gundah dan resahnya, penenteram hati suami ketika muramnya serta penghibur suami teman berliburnya. Memandang isteri yang bagaikan air tasik tenang ketika subuh sejuk, suami mana yang tidak tenteram hatinya?..

..Walau buruk macam mana pun suami (dari segi fizikal dan sifat), terimalah dengan redha, jangan sesekali meminta cerai selagi dia tidak membawa kita ke jalan berpaling akidah kepada Allah. Hormati suami kerana isteri tidak akan masuk syurga jika tidak mendapat redha suaminya..

..Sentiasa memberi bukan mengharapkan dapat manfaat daripada perkahwinan..

..Jadikan anak-anak (remaja)sebagai kawan tempat anak-anak berkongsi masalah dan bercerita tentang kisah kehidupan mereka.




Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji