Posts

Showing posts from December, 2014

Sentuhan Nota Kasih Daripada Prof Dr Muhaya

Image
"Bak, Yah nak naik kapal terbang." Ayahnya akan jawab, "Belajar. Kalau Muhaya rajin belajar, Muhaya akan dapa apa-apa saja yang Muhaya nak." "Kunci untuk berjaya di dunia, belajar. Kunci untuk pintu syurga, tolong orang dan murah hati." "Apabila Prof Dr Muhaya berjaya melanjutkan pengajian sekolah menengahnya di Sekolah Menengah Berasrama Penuh Tun Fatimah, Johor Bahru pada tahun 1971, bermulalah sejarah gemilang kehidupan gadis sunti ini. Perasaan riang, takjub, tergamam dan terpesona pada dunia baharu persekolahannya tidak dapat disembunyikan dalam hati nuraninya" Petikan Buku Biografi Inspirasi Sejernih Sinar Matamu, Prof Muhaya keluaran As Sohwah Publication. Mutiara Kata dari Prof. Dr. Muhaya di dalam bukunya.. Sentuhan Prof Dr Muhaya, Petikan dari Buku Refleksi Diri oleh Prof Dr Muhaya.. ..Kita menang dengan kelembutan dan memberi contoh yang baik. Cari kebahagiaan dengan Allah, bukan dengan manusia.. ..Sekiranya suami mengetahui baha

Cara Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam Mendidik Anak.

Image
Sebaik baik teladan dalam mendidik anak adalah dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tercinta. Sungguh indah panduan yang Allah ajarkan kepada hamba-hambaNya yang mahu berfikir. Salah satu bahagian di dalam buku ini, yang sangat menarik perhatian saya adalah situasi dan waktu yang baik untuk saya menegur dan memberi bimbingan kepada anakanda Ahmad dan Arissa. Situasi dan waktu yang kita selalu bersama anak-anak iaitu waktu makan, dalam perjalanan dan waktu sakitnya. Dalam buku Prophetic Parenting Cara Nabi saw Mendidik Anak, disebutkan oleh pengarang Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, terdapat tiga situasi yang amat bagus untuk ibubapa menegur atau memberi bimbingan kepada anak-anak. Situasi-situasi tersebut adalah: 1. Ketika anak mahu makan. Kerana pada waktu itu biasanya sikap anak kadangkala sukar dijangka. Kerana terlalu mahu makan, kadangkala kelakuan mereka sedikit tidak elok dipandangan mata. Apabila keinginan anak-anak sedang memuncak, lalu dibe

Tips Ajar Anak Hargai Barang

Image
Soalan: Anak saya berusia enam tahun, apa yang merisaukan saya dia tidak pandai menjaga barangan yang diberi. Contohnya setiap kali diberi mainan atau alatan menulis, pasti hilang serta rosak. Saya bimbang sikap tersebut terbawa-bawa sehingga dewasa. Dia seolah-olah tidak menghargai apa yang dia dapat. Apakah cara terbaik untuk menasihatkannya? Jawapan: Saya percaya puan dan para pembaca pernah mendengar kata-kata ini  ‘senang dapat senang lepas’. Biasanya kalau kita rasa tidaklah susah untuk mendapatkan sesuatu benda itu, maka kita tidak terlalu menghargai barang itu. Tetapi, sekiranya barang itu sukar didapati tentunya kita akan lebih menghargai barang itu kerana sukarnya mencari ganti barang itu kelak. Justeru, kita akan menjaga barang itu seperti menatang air yang penuh. Jadi, puan perlu memberi syarat ketika membelikan barang yang dimahukannya. Perlu diingat, syarat itu juga mesti dipatuhi oleh kita sebagai ibu bapa. Jangan hanya memberi syarat tetapi kita juga tidak patuhi. Mak

Anakku Bijak Mengaji Alif Ba Ta

Image
Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri? Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud. Melalui  keberkatan membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan, kedua ibu bapa si pembaca akan dipakaikan mahkota kemuliaan yang sinarnya dapat melebihi sinar matahari yang sinarnya di dalam rumah kita. Sedangkan matahari itu letaknya sangat jauh dari tempat kita  tetapi cahayanya sangat terang, apalagi jika matahari itu berada dalam rumah kita, pasti sinaranya luar biasa. “Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan

5 Tips Kejayaan Ibu Ajar Anak Membaca

Image
Kunci utama kejayaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan belajar melalui bermain. Bagi kanak-kanak mereka belajar dengan bermain. Dengan sedikit perancangan kita dapat menjadikan sesi bermain itu sebagai sesi belajar tanpa disedari. Berikut adalah beberapa panduan yang harus diamalkan oleh ibu bapa, selain bermain, untuk mendapatkan hasil terbaik apabila mengajar anak di rum ah. 1. Singkatkan Masa Belajar Berapa lama anak kecil anda boleh duduk diam belajar? 5 minit? 3 minit? 1 minit? Anda lebih kenal anak anda. Bagi kami sesi belajar mestilah singkat. Bagi kanak-kanak perempuan 5 minit sudah cukup baik, dan bagi kanak-kanak lelaki yang berusia 4-5 tahun, 2 minit sudah cukup lama. Jadi sesi belajar anak anda mestilah 2-5 minit sahaja. Bahkan kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa kanak-kanak tadika hanya dapat memberikan tumpuan pada satu-satu masa hanya 15 minit sahaja. Oleh itu singkatkan masa anda untuk pembelajaran yang berkesan. Jik

Saat Anak Buat Perkara Tidak BEST Di Hati Kita.

Image
Renungan... Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita.. Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak... Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi. Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka... Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia...menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita 'sempurna' Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita. Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah

Kenapa Kita Kena Selalu Baca Al-Quran?

Image
INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL-QURAN Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar. > AL-QURAN DAN PENYEMBUHAN Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka. Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. > AL-QURAN DAN SEL KANSER Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekue

Cara Melatih Kesabaran Anak Ketika Bermain

Image
KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN PUZZLE : 1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna. 2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle. 3- Melatih pemikiran logik. 4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle. 5- Meningkat pengetahuan tentang bentuk dan ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle. 6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa berbual dengan anak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama. 7- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut. 8- Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan unt

Petua Mengubati Demam Panas

Image
Doa Mengubati Demam Panas. Dalam bidang pengubatan Islam, terdapat cara yang boleh kita amalkan serta ikhtiarkan untuk merawat penyakit demam panas ini seperti berikut: DOA YANG DIBACA 1. Al-Fatihah 2. Selawat Syifa’ 3. Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr 4. Doa demam panas (rujuk gambar) Maksud: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka” KAEDAH RAWATAN Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini. Sumber: Health Legacy (Facebook) ---------- [IKLAN] ANDA ADA ANAK YANG SUKA MENGAMUK ??? >>> Ini cerita Puan Nadzifah. Saya mencuba KD pada anak saudara saya yang memang terkenal dengan sikap suka mengamuk bila kejut bangun pagi. Alhamdulilah...macam magik...Di

Cara Potty Train Anak Yang Berkesan. Anak Gembira. Ibu Bahagia.

Image
Alhamdulillah. Hampir 4 minggu Ahmad tidak memakai pampers pada siang hari mahupun malam hari. Kejayaan ini semua datang daripada ALLAH. ALLAH beri ilham. ALLAH tolong. ALLAH jaga. Alhamdulillah. Saya memang ada target untuk Ahmad. Saya yakin ibubapa di luar sana termasuk pembaca blog ini juga mempunyai target untuk anak sendri. Ya, kan? Tidak kira dalam pembelajaran mahupun kehidupan. Saya target umur Ahmad 2 tahun 8 bulan mesti bebas daripada pampers. Ceh! bunyi macam bebas daripada hutang jek. #ngade Alhamdulillah makbul. Di sini nak ceritakan kisah suka duka Potty Train Ahmad selama seminggu. Kemudian ke seminggu lagi. Ada pengajaran yang perlu diambil daripada kesilapan saya.  Syarat 'wajib' yang perlu ada untuk ibubapa lakukan Potty Train ini adalah bermohon diberi kekuatan dan kesabaran tinggi tahap 1000%. Mohon juga ALLAH berikan kefahaman kepada anak. Jangan jadi seperti saya. Bagaimana saya terfikir nak Potty Train Ahmad? Sebelum ini saya pernah Potty Tra

Cara Meningkatkan Fokus Baby.

Image
  Babies & Toddlers Activity: Mirror Play Adakah anda perasan bahawa anak2 anda sangat gemarkan cermin? Ya, seawal bayi, mereka memang sangat gemar melihat bayangan di dalam cermin. Letakkan mereka di hadapan cermin mengikut jarak yang sesuai (bayi perlu lebih dekat kerana jarak penglihatan mereka tidak sama dengan kanak-kanak kecil). Apa-apapun, pastikan anak anda dalam keadaan yang selamat. Perkenalkan diri mereka dan siapa yang berada di dalam cermin tersebut. Perkenalkan bahagian-bahagian muka seperti mata, hidung, mulut, telinga, rambut dan juga bahagian-bahagian anggota badan. Usap lembut setiap bahagian ini. Ya, walaupun mereka belum boleh bercakap, percayalah bahawa setiap perkataan itu di simpan di dalam Lexical Database di dalam otak mereka. Apa objektif permainan ini? "Mirror game/play" membantu anak anda untuk belajar bagaimana hendak fokus, bagaimana hendak trek imej di hadapan mereka, dan sudah pasti untuk meneroka all the wond

Apabila Anak Mula Bertanya Alat Sulit Mereka

Image
Gembiranya Ahmad pagi itu. Berlari. Melompat. Menyanyi. Kemudian berlari-lari ke arah ibu dan memerhatikan ibu siapkan adik. Kami akan keluar berbelanja pada hari itu. Aktiviti yang biasa pada setiap hari Ahad.  Ahmad mula memerhati dan berkata. "Ibu, ni penis adik." Disebabkan ibu dalam keadaan nak cepat sampai tak perasan nak membalas kata-kata Ahmad. Ahmad berkata lagi.  "Ibu, ni penis adik!" Suaranya agak menjerit untuk mendapat perhatian ibu. "Ini kemaluan adik. Bukan penis. Penis untuk boy macam Abang Ahmad. Adik Arissa girl. Takde penis." Ibu senyum. Ahmad senyum dan berlari-lari semula. Sekadar bertanya agaknya. Ibu terfikir. Bukan macam tu kan jawabnya. Silap da. Lepas ni kene beritahu Ahmad nama yang sepatutnya untuk kemaluan Adik Arissa. Betul ibu pelupa nak perkenalkan perkataan 'Faraj' kepada Ahmad sewaktu dia memerlukan jawapan yang betul. Aiseyy.. Alhamdulillah. Ahmad sudah kenal nama-nama anggota badannya. Sekara

6 Cara Mudah Anak Cepat Bercakap Dengan Betul.

Image
Berkomunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi buat anak-anak. Anak yang normal mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi atau bercakap sejak dari lahir. Hanya berbeza caranya sahaja berbanding kita yang dewasa. Masalah untuk bergaul bersama rakan dan orang sekeliling akan timbul apabila anak-anak lambat bercakap.Seseorang anak yang mempunyai masalah bercakap boleh kita kenali sejak mereka berumur 4 bulan lagi. Mengikut statistik gangguan komunikasi ini hampir 5-10% wujud dikalangan anak-anak hari ini dan nampak semakin membimbangkan para ibubapa. Cara untuk mengatasinya yang boleh dipraktikkan di rumah ialah : 1) Dimulakan dengan mengajar mengaji Al-Quran bersama anak dirumah sekerap yang mungkin. Ajarkan supaya mereka mampu menyebut sebutan huruf hijaiyyah dengan betul makhraj dan bunyinya. Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit secara berkualiti (iaitu anak fokus) secara istiqamah. 2) Gunakan bahasa mudah apabila bercaka

10 Cara Tingkatkan Produktiviti: Anda Pasti Jadi Orang Berjaya!

Image
Anda seorang bisneswoman? Anda seorang pelajar? Anda seorang cikgu? atau Seorang ibu sepenuh masa? Walau siapa pun kita, setiap hari adalah hari-hari yang produktif untuk kita. Setiap hari adalah hari-hari yang memerlukan kita menyelesaikan sasaran dan target kita. Apabila kita berjaya menjadi produktif, kita mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain dan kita akan jaaauuuhhh lebih tenang dan berjaya bila dapat buat banyak benda dengan produktif dan berkesan. Tapi, Macamana nak tingkatkan produktiviti? 1: Buat Senarai. Kita tak tahu berapa banyak tugas yang kita nak buat selagi kita tak senaraikan. So, langkah pertama.. SENARAIKAN apa yang hendak kita selesaikan. Tuliskan pada kertas atau gunakan teknologi terkini seperti handphone dan laptop. Android sekarang sudah banyak application yang boleh menyenaraikan tugas yang hendak diselesaikan. 2 : Buat tugas yang kita rasa paling PENTING Dalam banyak-banyak tugas yang kita senaraikan, pilih tugas yang paling PENTING.

6 Cara Urus Anak Tanpa Orang Gaji

Image
Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat. Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja. Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik. Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 4 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu. Antara tips yang membantu saya: 1) Bereskan pada waktu malam Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri. Beg-beg itu pula diletakkan di