Cara Hafazan Mudah Kepada Anak.

BISMILLA HIRRAHMA NIRRAHIM

CARA-CARA MEMBERI HAFAZAN PADA KANAK-KANAK.

Alhamdulillah,saya rasa gembira..ramai rakan2 saya yang di alam nyata dan maya(hehehe)yang berminat nak tahu bagaimana cara kami(saya dan suami)memberi hafazan buat anak kami Muhammad Luqman Qushairi(4tahun). Sebab itu saya rasa gembira untuk berkongsi dengan anda yang sudi membaca,mengikuti dan bertanya hal hafazan dengan saya. Terima Kasih. smile emoticon

Bila usia yang sesuai untuk mulakan hafazan?

Pendapat saya..mulakanlah seawal usia kecil lagi. Sejak dalam kandungan lagi biasakan anak2 mendengar alunan bacaan Al-Quran. Hikmahnya nanti untuk membiasakan dan mendatangkan minat dalam hati dan minda mereka. Biar alunan Al-Quran menjadi lagu yang mereka suka dengar. Yang paling BAGUS..selepas mereka sudah pandai baca Al-Quran,tak lancar pun tidak mengapa. Boleh mula. Muhammad pun masih belum lancar bacaan Al-Quran nya. smile emoticon

Sekurang-kurangnya,hafazan sudah ada dalam ingatan mereka. Biarkan, walau kita nampak mereka menghafaz dengan cara mendengar,tapi dalam masa yang sama In shaa Allah akan lancar bacaan mereka nanti.

JOM!!
Sama2 kita masukkan dalam MINDA dan HATI anak kita dengan AL-QURAN. In shaa Allah.



Caranya begini:

PILIH dan BELI CD QARI yang anda minat. Jika untuk Muhammad saya guna CD Qari Cilik Muhammad Toha AL-Junaid. Jika perdengarkan suara kanak2 dapat menarik minat kanak2 untuk mendengar. Kemudian saya akan downloadkan kandungan CD tu ke dalam komputer untuk di upload kan pula ke smartphone. Tujuannya senang apabila travel kemana2 tetap boleh bawa dan pasang alunan surah tu,tak perlu guna CD dan radio..kan mudah. Jika menggunakan radio,pastikan radio kita tu ada "mode repeat". Makna nya radio tu boleh putarkan atau ulang surah yang sama BUKAN ulang keseluruhan CD.

Cara terbaik untuk menghafaz adalah dengan mengulang-ulang bacaan. Itulah gunanya "mode repeat" itu td. Mana2 surah yang Muhammad nak hafaz saya akan pasang ketika SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS BARU BANGUN TIDUR. Sebelum anak nak tidur,pasangkan alunan ayat Al-Quran secara perlahan untuk dibawa ke alam tidur mereka. Ketika TIDUR tak kiralahh, tidur siang atau malam adalah waktu yang memberi impak besar kepada usaha untuk memberi hafazan untuk anak. Waktu inilah MINDA BAWAH SEDAR mereka berfungsi untuk menyimpan dan meresap segala apa yang mereka dengar.

Seperti gambar Muhammad tu...hehe,dia sedang tidur siang. Saya pasang SURAH AL-ZALZALAH sampai Muhammad tidur lena.

Waktu bila lagi saya pasang? Semasa Muhammad sedang bermain, Homeschooling...waktu makan.. alunan Al-Quran menjadi muzik latar dalam kediaman kami. smile emoticon

Diwaktu malam sebelum Muhammad nak tidur..kami akan baca sama2 surah yang Muhammad perlu hafaz. Mana2 ayat yang Muhammad tak dapat baca,saya akan bacakan. Bahagikan satu hari untuk 2 ke 3 ayat. Bila ayat2 tersebut Muhammad sudah mula dapat hafaz, tambah lagi 2 ayat. Jika pada masa tu,ada bahagian ayat terlupa..tidak mengapa. Ulang semula baca..sebab itu saya cakap perlukan pengulangan.kemudian tambahkan lagi 1 ke 2 ayat.
Sampai habis satu surah hafazan.

Ulang cara..begitulah prosesnya setiap hari. Hehe..

Jika ikut logik akal laa kan..kenapa bila anak2 dengar lagu di radio,dengar lagu2 iklan di tv atau dimana2 lahh..mereka boleh ingat..bait2 lagu,kalau tak semua pun..mesti ada part yang mereka hafal kan? Haaa cuba bayangkan jika alunan surah Al-Quran yang kita bagi mereka dengar...agak2 nya boleh ingat atau tidak. Kenapa mereka boleh hafal? Ermmm itulah caranya kanak2 menghafal. Otak mereka seperti span..akan mudah menyerap apa sahaja perkara atau stimulasi yang kita beri.

DON'T WORRY. Kawan2 yang bekerja pun boleh buat juga..tak perlu waktu yang lama.
10minit ke 15 minit pun tak pe..asalkan buat dengan istiqomah..hari2,jangan miss.

Pada yang baru nak bermula,mulakan dengan SURAH AL-FATIHAH. Kemudian 3QUL. Seterusnya, mana2 surah2 yang pendek.

AJARLAH ANAK2 KITA UNTUK CINTA AKAN AL-QURAN.. IN SHAA ALLAH ILMU YANG LAIN2 AKAN MELEKAT DAN AKAN MUDAH MEREKA FAHAM. KEBERKATAN ALLAH SWT BERI,KERANA MEREKA MENGHAFAZ.

FOKUS KEPADA AL-QURAN. AL-QURAN IS A MAGIC. AL-QURAN ADALAH MUKJIZAT.

MARILAH KAWAN2 SAMA2 KITA BERJIHAD MENDIDIK ANA
K MENCINTAI AL-QURAN.

Kepada yang sudi membaca, terima kasih.

Jika ada nak penerangan yg lebih lanjut..boleh PM. Hehehe.

Kita sama2 belajar,ye!

Semoga bermanfaat buat rakan2 sekalian.

Kredit Perkongsian: Yulia Yusar 

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji