Teknik Mengajar Bacalah Anakku.


Kursus Intensif Bacalah Anakku

Alhamdulillah. Tercapai impian untuk menyertai Kursus Intensif Bacalah Anakku ini. Tujuannya tidak lain untuk mengajar anak-anakku membaca dengan teknik yang betul dan cepat. Tidak membebankan saya dan anak-anak syurga ini.

Bacalah Anakku ini menggunakan konsep bunyi huruf. Gabung bunyi huruf. Kenalkan bunyi huruf kepada baby anda. Sebab mereka tidak pandai sebut nama huruf seperti ABCDE-Z. Tetapi mereka boleh membunyikan huruf. (aa.. mm.. beh.. uu..ii..)

Sebelum membayar yuran untuk ke kursus ini, saya berusaha dengan bertanya ALLAH dulu (b.A.d) "Ya ALLAH.. Adakah kursus ini, bagus untuk aku, anak-anakku dan agamaku? Jika bagus, mudahkanlah ya ALLAH. Jika tidak, lupakanlah ia daripada ingatanku"

Alhamdulillah. ALLAH permudahkan. Aminn..

Kursus bermula jam 9:00 pagi. Kami tiba jam 7:30 pagi. Awalnya.. Hahaha.. Kita sarapan dulu.. Bersama suami dan anak-anak comel ni. Kedua-duanya tidak mandi lagi.

Jam 9:00 pagi, kursus bermula. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan seronok. Tuan Othman dan Puan Nik Eliani sememangnya pandai ambil hati kami 'cikgu-cikgi' ni. Aura keceriaan mereka mengajar membuatkan saya juga ceria sepanjang kursus.. Hahaha.. Seperti budak tadika rasanya.. Ceria dan suka sokmo.

Sebenarnya, bunyi huruf ini tidak asing bagi saya. Saya pernah mengikuti kursus seperti ini untuk ReadEasy Level 1 dan 2 (bukan anjuran ReadNetwork) Jadi aktiviti dan isi kandungan ada persamaan. Peserta lain terdiri daripada kalangan guru-guru tadika. Lagi hebat pandai melukis. Saya? Lukis spongebob pun tak macam spongebob.. hahaha..

Alhamdulillah. Sessi yang paling best pada saya adalah skrip nak tarik perhatian anak dengan apa yang kita nak ajar. Sebab daripada pengalaman mengajar dulu, bahagian inilah paling mencabar. Hiruk pikuk nak mulakan pembelajaran. Kadang-kadang hampir hilang sabar. Terus jadi singa.. NGAUUMMM.. diam semua.

Ok jom mulakan pembacaan panduan mengajar ini.


Teknik Mengajar Bacalah Anakku.

1- Memperkenalkan Bunyi..

Skrip: Dapatkan perhatian anak-anak..

Cikgu: Hari ini cikgu nak ajar satu bunyi baru. Nak dengar tak..?
Anak: Nak cikguuu....
Cikgu: OK. Dengar elok-elok dan lihat mulut cikgu.

Nota: masa ini, JANGAN tunjuk flashcards lagi. Tunjuk kedudukan mulut dan lidah sebelum bunyi. Puan Nik Eliani kata, kadang-kadang kena bawa lampu suluh sebab nak tunjuk kedudukan lidah di mana.. Hihihi...

Cikgu sebut aa.. (mewakili huruf A)

Cikgu: Bunyi apa yang kamu dengar?

Puji anak-anak jika mereka sebut bunyi yang betul. YEAYY.. Betul. Pandai.. Tepuk tangan...


2. Ulang sebut bunyi melalui teknik asosiasi.

Teknik Asosiasi ni adalah teknik aksi. Menguatkan lagi ingatan anak dengan bunyi huruf. Kajian mendapati, masukkan elemen emosi membuatkan si anak lebih ingat dan kekal lama di ingatannya.

Sekali lagi diingatkan, JANGAN tunjuk flashcard huruf. Sabar ya ibu-ibu.. Hihihi.. Ok, kita sambung skrip tadi.

Cikgu: Cuba sebut bunyi tadi 5 kali...

Contoh bunyi aa.. tunjuk aksi tangan terkena apai/benda panas. aaaa... panasnyaaaa.. Buka mulut luas.. aaaa... dengan aksi sekali tau. Buatlah gaya gedik. Bukan orang nampak pun. hahaha..

Haa,, cikgu mesti selalu sebut skrip ini, agar anak tidak hilang fokus.

"Bunyi apa kita belajar hari ini?"

"Bunyi apa kita belajar hari ini?"

"Bunyi apa kita belajar hari ini?"


Boleh lihat di sini untuk Latihan Asosiasi. Sangat menarik. hihihi..
Klik Latihan Asosiasi


3. Memperkenalkan Simbol

Inilah masa untuk tunjukkan flashcards huruf A.

Tunjuk flashcards dan mulut di tepi flashcards. Tanya anak..

"Bunyi apa ini..."

Anak: aaaaaaa....

Cikgu: Sebut bunyi aa 5 kali..

Anak: aa, aa, aa, aa, aa

Cikgu: Bunyi aa ni macam bunyi orang kene api..

Cikgu buat aksi bersama anak-anak.. aaaaaaaaa panasnyaaaaa...
(meriah kelas uols) Hihihi..

Minta anak ulang bunyi sambil cikgu bawa flashcard kepada anak.

Skrip yang mesti selalu sebut walaupun sedang beraktiviti..

"Bunyi apa kita belajar hari ini?"

"Bunyi apa kita belajar hari ini?"

"Bunyi apa kita belajar hari ini?" 

Agar anak tidak hilang fokus dan kita syok sendri. Hihihi..

Sekian..


Nak tengok gambar sepanjang kursus tak? Klik sini ya Gambar Kami Berkursus Ceria! Hihihi..
Puan Nik Eliani ada kongsi gambar-gambar peserta beliau..








Sumber: Kursus Intensif Bacalah Anakku 24 Januari 2015
Puan Eliani Nik Nawi dan Tuan Othman Ahamad




Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji