Lindungi Anak Kita Dengan Maklumat, Kemahiran Yang Betul
BismillahirRahmanirRahim. Dengan kehendak dan izin Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Protect Our Children With The Right Knowledge and Skills
Lindungi Anak-anak Kita dengan Bekalkan Maklumat dan Kemahiran yang Betul
Fitrah dan keperluan semasa kini adalah ibu dan bapa perlu bekerja di luar, kan? Keadaan di luar amat mencabar dan buat kita rasa tidak selamat untuk lepaskan bebas anak-anak bermain sendirian. Hatta, memilih pengasuh dan pusat jagaan serta taska/tadika juga dibuat dengan sangat berhati-hati pada zaman ini.
Alangkah baiknya jika kita dapat buat Homeschooling anak sendiri Namun keperluan semasa memaksa untuk kita keluar bekerja kerana faktor ekonomi, ditambah sesetengah wanita memang perlu untuk bekerja di luar bagi memenuhi keperluan tempoh rehat seketika dari kerja rutin rumahtangga serta menyumbang ke dalam sistem masyarakat luar.
Namun jangan disangka ibu surirumah, anak-anak tidak berisiko untuk dicabuli hak mereka. Saya ingat lagi kes yang pernah kami kendali masa zaman kerja NGO dahulu. Ibu surirumah, lalai seketika sahaja semasa menidurkan si anak bayi. Si kakak usia 5 tahun menjadi mangsa penderaan seksual ketika bermain di ruang tangga rumah flat yang kemudiannya di bawah ke rumah kosong di tingkat atas.
Namun ia satu dari banyak kes saya yang lain, yang mana majoriti pelaku adalah dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak dan kita sendiri orang dewasa. Kes atas itu ialah satu sahaja yang dilakukan oleh orang asing. Memang kompleks kesnya kerana kanak-kanak tidak kenal si pelaku, dan sampai ke sudah tidak dapat ditangkap si pelaku.
Jadi, ‘stranger is danger’ sebenarnya sangat tidak relevan diajar kepada anak-anak kita.
Fakta, 85% pelaku dikenali serta dipercayai oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang merupakan sistem sokongan kanak-kanak. Ada ustaz, guru, coach sukan, pengasuh, suami pengasuh, suami pemilik taska, pakcik, atuk, makcik, nenek, ayah tiri, ayah kandung sendiri, dan lain-lain.
Takkan kita nak asingkan anak kita dari orang-orang ini? Mereka sebahagian dari sistem sosial kita. Jadi 'overprotective' pula. Ia tidak membantu sama sekali.
Maka, salah satu cara ialah kita melengkapkan diri kita sebagai ibubapa dengan maklumat yang haq, serta kemahiran yang perlu untuk diajar dan dilatih dengan anak-anak kita sendiri.
“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh karena itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”.
(An Nisa 4: 9)
"Bertaqwa" dan “Ucapkan perkataan yang benar”. Semoga dapat saya kupas hal ini di lain entri.
Mari sertai kami dalam slot pendedahan awal mengenai isu seksualiti kanak-kanak (keperluan perkembangan seksualiti kanak-kanak) dan mengetahui komponen perlindungan berkaitan ini. Ia mampu menjadi perisai kepada anak-anak seperti juga kita bekalkan dengan kemahiran taekwando dan pertahanan diri lain, serta makanan berzat serta pelbagai vitamin untuk melawan virus penyakit
Cuma nya, saya nak beritahu, jika kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran pertahanan diri (self defense skill), namun estim diri (penghargaan kendiri, keyakinan diri) tiada atau rendah, memang ia tidak berguna ketika berlaku sesuatu tidak selamat kepada anak-anak ini.
Asasnya adalah estim diri. Keyakinan diri. Harga diri. ‘Saya penting’, ‘Saya perlu jaga badan saya’, ‘Saya perlu beritahu dengan tegas jika saya tidak suka atau tidak selesa dengan sentuhan ini’. Ini semua akan dikupas teknik asasnya dalam perkongsian saya nanti.
Tulisan daripada Panel Jemputan Puan Maznah Ibrahim
---
Semua di jemput hadir ke Seminar Keibubapaan ini pada: (Rujuk gambar poster di bawah)
25 Januari 2015
Senawang
Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu.
BONUS:
Intro: Homeschooling silibus dari AlQuran oleh Puan Yulia Yusar.
Butiran lanjut serta pendaftaran boleh dibuat di sini
http://bit.ly/PT25012015
Terhad kepada 40 tempat sahaja.
Boleh hubungi sahabat penganjur
Puan Siti Mashitah Bte Sarif dan
Puan FarahlizaIsmail N FarisIndra untuk sebarang pertanyaan.

Comments
Post a Comment