Fahami Dunia Anak Usia 2 Tahun
Sumber: The Meta Picture FB page |
Sesungguhnya hati ini merindui untuk berkongsi rasa dengan ibu-ibu cemerlang di di sini. Apakan daya setahun rasanya 'bercuti' perkongsian. Sibuk dengan 'bonding' dengan anak-anak. Aktiviti dengan anak-anak.
Hmmmmmm... (tarik nafas dalam2.. hembus panjang lama2)
Bismillah. Ya ALLAH Ya Bari' moga dirahmati dan diberkati segala penulisan dan perkongsian di blog ini dan bermanfaat kepada semua, sebelum diri ini menghembuskan nafas terakhir pada bila-bila masa.
Pagi ini membelek2 artikel pakar2 keibubapaan yang saya like page mereka. Saya terbaca perkongsian ilmu daripada ibu Rose ini. Alhamdulillah penambahan ilmu untuk saya juga memandangkan Arissa dalam lingkungan umur ini.
Keletahnya yang mencuit hati. Dengan belum pandai berbicara jelas pada usia ini 1 tahun 10 bulan. Sebutan ujung2 sahaja. Alhamdulillah kesabaran ibu abah dapat memahaminya walaupun kadang-kadang kami 'kelaut' juga cuba memahami kehendaknya.
Berkerut ibu dan abah nak faham permintaan Arissa. Akhir sekali, kami dukung dan minta Arissa tunjuk. Arissa nak apa, sayang?
Kadangkala kami gunakan 'translator' Abang Ahmad sebagai medium pemahaman ibu abah ni. Kadang2 berjaya dan kadang2 sama juga 'kelaut' Hihihi.. Akhirnya tantrumlah Arissa solehah.. Ubat tantrum Arissa adalah Susu..
Oklah.. Jom baca perkongsian Ibu Rose ini. Muhasabah diri saya supaya memandang jauh keletah Arissa yang sementara ini. Abang Ahmad juga dulu begitu. Alhamdulillah semakin baik akhlaknya kini.
SESUATU YANG AJAIB MENGENAI ANAK-ANAK 2 TAHUN INI...
Ada sesuatu mengenai anak berusia 2 tahun ni. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Mereka belum betul-betul faham dunia orang dewasa.
Mereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata, tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.
Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.
Lantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam 'dunia' dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun - 3 tahun.
Fahamilah jika anak pada usia ini nampak macam berakhlak buruk...ingat itu bukan akhlak dia, itu adalah dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.
Maka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Jika ada masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit.
Jika dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.
Jika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu.
Ajar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.
Contoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, 'sayang mama nak mandikan sayang, ya' dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan 'no' maka teruskan pujuk dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.
Bila anak-anak kecil ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing.
Sumber: Ibu Rose - Mesejnya Kasih (FB Page)

Thx for sharing admin. Mmg bermanfaat. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi insan yg soleh. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
ReplyDelete>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<