Tips Anak Minat Membaca



Tercari-cari solusi supaya minat membaca?


Memupuk minat memerlukan penglibatan, kesungguhan, dan konsisten daripada kedua ibu bapa serta pendidik. 



In Shaa ALLAH. Apabila usaha-usaha memupuk minat telah kita jalankan, ia memudahkan jalan untuk anak suka membaca. 


Antara usaha yang ibu bapa lakukan adalah:-

 
1. Boleh mulakan dengan tidak langsung membaca buku tersebut. Cukup sekadar duduk bersama anak dan santai berborak tentang gambar pada buku.


2. Boleh minta mereka ceritakan pada kita juga tanpa perlu mereka baca. Di sini, peranan gambar sangat penting. Tak perlu rush untuk habiskan semua mukasurat. Satu muka pun tak apa asalkan kita dapat pupuk minat.


3. Kita bacakan pada mereka. Sebenarnya sangat digalakkan ibu ayah untuk membaca buku pada anak-anak walaupun mereka dah pandai baca. Ia sebenarnya memupuk cinta baca, cinta ilmu dan yang paling mahal adalah hubungan kasih sayang yang terjalin. Disinilah peluang untuk mempererat hubungan keluarga.


4. Gunakan pelbagai intonasi, gaya dan respon ketika kita membaca pada anak. Begitu juga sekiranya anak yang membaca, jangan biarkan bacaan mereka tidak di sambut dengan respon kita. Tunjukkan kita juga teruja nak tahu.


5. Sekali sekala boleh main teka apa cerita seterusnya kalau ia berbentuk kisah. Ataupun main cari cari gambar di buku tersebut. Anda boleh olah ikut perkembangan anak.


6. Selain daripada bercerita tentang isi buku, boleh panjangkan kepada lagu, melukis berdasarkan cerita di buku.


7. Anda sebagai ibu ayah, boleh buatkan buku santai untuk anak. Buku mengenai diri mereka! Katakan anak anda tolong suka menolong. Jadi, anda boleh buat buku ringkas mengenai Kakak tolong Mama dan Abah. Pendekatan begini adalah pendekatan yang telah diuji dan banyak di akaui di luar negara. Ia juga digunakan di Tadika Naluri, rangkaian tadika yang di uruskan oleh NLI Education Sdn Bhd.


8. Ini sesuatu yang menarik! Cuba di hari minggu, anda tukarkan cerita dalam buku menjadi lakonan. Lakonkan mengikut satu muka surat ke muka surat seterusnya.Satu orang anak akan jadi story teller. Selebihnya jadi pelakon. Termasuk anda sendiri perlu berlakon. Ia akan bertukar menjadi sangat seronok dan kelakar insyaAllah.


Marilah kita berusaha membantu anak bukan sahaja membaca, tetapi menjadikan membaca suatu yang menyeronokkan. Tiada guna membaca tanpa keseronokan.

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji