Cara Membentuk Perasaan Positif Anak.

Membentuk Perasaan Anak.

Sedikit perkongsian daripada buku Prophetic Parenting. Cara Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam mendidik Anak.

Bagaimana kita nak membangunkan emosi dan perasaan anak agar dapat berkembang menjadi manusia yang cemerlang dan seimbang dalam kehidupannya kelak?

Kita praktikkan apa yang Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam buat, In Shaa Allah persoalan di atas akan terjawab.

- Cium anak. Layan dengan kelembutan dan kasih sayang.
Menyayangi anak-anak adalah salah satu sifat kenabian. Salah satu jalan mendapat redha Allah.

- Bermain dan bergurau dengan anak-anak.
Berlari-lari dengan anak. Memanggil anak dengan nama yang baik. Ketawa bersama. Bergurau. Bermain bersama anak-anak adalah sunnah.

- Beri anak-anak hadiah. Gembirakan anak-anak.
Hadiah memiliki pengaruh yang baik dalam jiwa manusia umumnya. Dalam jiwa anak-anak lebih besar pengaruh dan kesannya.

- Mengusap kepala atau pipi anak.
Anak-anak akan merasa kehadiran mereka dihargai, rasa kasih sayang ibu dan abah. Rasa rindu dan cinta kepada kita.

- Terima anak dengan baik dan seadanya.
Sangka baik dengan anak.

- Kenal perilaku setiap anak-anak.
Beri perhatian kepada anak-anak. Kenalpasti keinginan dan kehendak anak.
---















Ini sedikit je dari pembacaan saya. Banyak lagi kena baca. Buku dah beli, mesti baca. Dah beli buku aktiviti anak-anak mestilah buat. Rugi rasanya tak baca dan tak praktik.
Buku ni versi bahasa Indonesia Moden. Sekarang dah keluar versi Bahasa Melayu.

Whatsapp 017-7080038 untuk membeli buku ini dalam versi Bahasa Melayu.

Sumber: Farahliza Ismail

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji