Tips Mudah Ajar Anak Kecil Solat

Cara paling mudah untuk mengajar anak kecil solat

1. Selalu solat depan anak kita.
- Sebelum solat amalkan borak atau bagitau anak yang kita nak solat atau sembahyang kejap…, contohnya “aimy..sat na.., mama nak solat” atau “aimy ang tunggu sat naa..papa nak solat”

- Bila kita solat biarkan anak kita di sebelah walaupun dia baru beberapa bulan atau lebih tepat lagi ketika bayi.. memang dia kita tengok macam bodoh lagi..tapi dari macam bodoh itulah dia serap dalam otak dia yang solat itu perlu

- Bila anak dah berumur 1-2 tahun teruskan solat disebelah mereka ataupun kasi mereka nampak.., ini amat penting kerana proses meniru mereka sangat hebat.. dan dalam umur inilah anak kita anak tiru gaya kita sembahyang.., macam anak gua bila kita sujud dia akan meniarap.., bila kita rukuk dia sujud..hihi.., jika ada pekembangan anak korang begini tahniah..!!
Dan pastikan bila korang sedang solat tetiba anak korang buat gaya disebelah , sila tahan gelak sebab gua memang tak tahan gelak kalau anak tiru gaya sembahyang…(”,)

2. Terangkan dan Ajar Gerakan Dalam Solat
- Bila proses meniru gaya solat anak anda dah semakin hebat.., itu tandanya dia dah mula berminat dan ingin tahu..,ini amat penting sekali kerana bukan senang nak ajar anak kecil ni.. biasanya dalam umur 1-2 tahun proses meniru itu memang hebat…

- Bila lepak dengan anak didepan TV jika azan berkumandang, jangan tuka chanel lain..!!! biarkan dan terangkan dia yang kita nak solat.., dan dalam video azan tu pun ada gaya orang sedang sembahyang yer dak..? so bagitau dia gaya yang dalam video tu pun sama macam kita solat.

- Bila habis solat ataupun tengah borak dengan anak, kita tanya dia
” aimy..macam mana mama sembahyang..”
“aimy…macam mana mama sujud”
Jika dia buat gaya solat dengan cara dia.., tahniah…!!!!


3. Sediakan Kemudahan Untuk Anak Bersolat
- Bila anak kita dah besar sedikit sedikan la mereka telekung/songkok dan juga sejadah untuk mereka punya sendiri.., ini boleh mendatangkan mood mereka untuk ikut kita bersama

- Bila anak kita pakai telekung/songkok puji dia
“comel la anak papa ni pakai telekung”
“bestnya aimy pun ada sejadah..sama macam mama..”

- Bab menggayakan mereka untuk solat memang agak payah.., tapi lama kelamaan dorang akan syok sendiri dan akan minta kita sendiri mana telekung dan sejadah dia sendiri..kemain lagi…hehe

4. Rajin Bawa Anak Ke Surau/Masjid
- cara bawa anak ke surau atau masjid adalah bertujuaan untuk memberi anak kita suasana berjemaah.., memang agak payah untuk mak bapak bawa anak berjemaah ke masjid dengan alasan busy.., takpe tu hak korang.., tapi bila ada solat tarawih ke.., sembahyang raya ker.., bawa la anak kita sekali join paling tidak memang kena bawa mereka..

5. Doa
Seperti biasa senjata utama kita sebagai umat Islam adalah doa. Jadi banyakkan la berdoa supaya anak kita tidak tinggal solat dan berjaya mengikuti kita dalam solat.

Sumber: kedaiberjaya.com

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji