Punca Anak Degil.
PUNCA ANAK KITA DEGIL
Ramai orang datang menemui saya meminta buatkan air penawar bagi anak-anak mereka yang degil. Saya cuba membantu sekadar yang termampu. Dalam hal anak degil ini, saya ingin mengajak semua merenung apakah antara punca anak-anak bersikap degil dengan ibu bapa ?
Antara punca anak jadi degil adalah disebabkan oleh dosa-dosa lampau yang pernah dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri.
Contohnya :
- meninggalkan solat
- pernah melawan/bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja.
- ponteng sekolah dan merokok.
- mencuri duit/barang/buah dari dusun orang (walaupun nilaiannya hanya beberapa ringgit)
- mengurat/mengacau anak dara orang.
- mencuri masa bekerja di pejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi.
- mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi.
- menipu dalam urusan jual beli.
- menipu ibu bapa memberitahu balik lewat sebab tuisyen padahal bersosial dengan kawan lelaki dan perempuan.
- duduk berdua-duaan, berjalan berpimpin tangan dengan kekasih hati yang bukan mahram.
- mendedahkan aurat kepada bukan mahram.
- suka melihat video atau gambar lucah.
Ini adalah sebahagian kecil fenomena penipuan dan dosa-dosa yang mungkin pernah kita lakukan suatu ketika dahulu mahupun yang sedang berlaku. Tanpa disedari keadaan ini telah membawa kesan negatif dalam kehidupan berumah tangga terutama dalam membesarkan anak-anak. Ada duit gaji sudah bercampur dengan unsur syubhah yang diberi makan kepada keluarga.
- USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ
Sumber: Facebook
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.
Comments
Post a Comment