Cara Ajar Anak Ucap Salam.
Anas bin Malik meriwayatkan,
“Rasulullah berkata: Wahai anakku, apabila kamu masuk ke dalam rumah orang tuamu, ucapkanlah salam, kerana perkara itu menjadi berkat untuk kamu dan juga untuk keluargamu.”
Hadis direkodkan oleh at-Tirmizi
Hadis tadi menunjukkan Rasulullah mengalakkan ucapan salam termasuk kepada anak-anak kecil. Anak-anak kita sejak kecil perlu diberi diberi pendedahan supaya menghidupkan amalan salam apabila bertemu dengan orang lain.
Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan. Latih anak-anak kecil dengan memberi salam kepada mereka dahulu.
Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut.
Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.
Salam adalah doa. Doa itu positif pula. Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you give, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama.
Oleh itu terapkanlah kedalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan.
Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. InsyaAllah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.
Bersama-samalah kita membina keluarga yang penuh berkat..
Comments
Post a Comment