Mempelbagaikan Teknik Flashcard/ Kad Imbas
Sekarang ini sudah ramai ibu bapa yang menggunakan kad imbas sebagai salah satu cara pengajaran untuk anak-anak mereka. Dan pelbagai jenis kad imbas pun ada di jual dipasaran. Tinggal pilih aje lagi.
Saya ingin berkongsi beberapa teknik untuk kita aplikasikan bersama. Tampal/Letakkan huruf flashcard yang masih belum dikuasai oleh anak anda di tempat2 seperti berikut:
1-Didapur, Anda tampal flashcard berhampiran tempat makan anak. Semasa makan boleh la anda bunyikan huruf tersebut. ataupun sementara anak menunggu anda menyiapkan makanannya.. anda boleh melakukan aktiviti ini.
2-Di tempat bermain. Lekatkan flashcard di situ.. Sudah pasti anak2 anda akan menjeling2 ke arah flashcard. Sambil2 bermain tu, anda bunyi2kanlah huruf di flashcard. jika dia berminat, anda boleh teruskan, jika tidak.. biarkanlah dia bermain dulu. berilah dia sedikit masa..
3-Tampal di peti ais.Gunakan huruf di flashcard sebagai 'password' untuk anak anda buka peti ais. Teknik ini 'memaksa' anak untuk mengingati huruf jika dia mahukan sesuatu. Jika dia berjaya, ganjarannya adalah coklat di dlm peti ais. Salah satu ganjaran yang pasti menggembirakan anak anda :)
4-Di bilik tidur. Anda boleh tampal di dinding / di katil mengikut kesesuaian tempat anda.. Boleh mengajarnya ketika sebelum tidur atau bangun dr tidur atau semasa memakai baju.
Sebenarnya semakin bertambah usia seseorang bayi/kanak-kanak, semakin sukar untuk kita melakukan sesi flash card ini. Ini kerana mereka lebih 'mobile' atau mereka sudah mula ingin bergerak ke sana ke mari. Tak kiralah, sama ada mereka ingin meniarap, merangkak atau berdiri tetapi apa yang pasti daya tumpuan mereka sudah semakin berkurangan disebabkan ada tarikan yang lain untuk mereka terokai. Dan seringkali juga kita akan berasa kecewa bila mana kita tidak dapat menghabiskan kad-kad imbas tersebut disebabkan oleh keadaan ini.
Yang penting, kita sebagai ibu bapa cemerlang perlu kreatif menarik minat anak. Diharapkan idea saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dlm mendidik anak2. Di samping itu, sentiasa banyak berdoa supaya ALLAH mempermudahkan urusan kita dalam usaha melahirkan anak yang cemerlang dunia akhirat..
Sumber: KiddieFuntime
Comments
Post a Comment