Mudahnya Bayi Menghafal Al Quran
Langkah Pertama.
Setelah jiwa kita disegarkan dan dimotivasikan dengan ganjaran-ganjaran istimewa yang telah Allah janjikan bagi orang yang membaca dan menghafal al-quran, tentu sekali rasa berkobar-kobar untuk mengetahui langkah pertama untuk merealisasikan impian murni kita.
Biasanya langkah pertama itu adalah langkah yang terpenting dalam apa jua bidang, tanpa langkah pertama, tidak mungkin kita akan sampai ke destinasi tujuan kita. Langkah pertama dalam menjadikan anak seorang penghafal al-quran ialah dengan menggunakan pancaindera telinga yang dianugerahkan Allah dengan sebaik-baiknya.
Secara normalnya, manusia dianugerahkan Allah lima pancaindera untuk hidup di atas mukabumi ini. Telinga adalah salah satu daripadanya dan ia juga merupakan pancaindera yang paling awal berfungsi berbanding yang lain.
Jika kita lihat pada kajian yang mengatakan bahawa bayi itu dapat mendengar walaupun dia masih di dalam perut ibunya. Begitu juga apabila si bayi lahir ke dunia, telinga lebih dulu berfungsi berbanding mata yang agak lambat dan mengambil masa untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah.
Begitulah Maha Kuasa dan berhikmahnya penciptaan Allah.Kerana itulah, ada teori yang menggalakkan ibu bapa memperdengarkan bayi yang di dalam kandungan itu dengan muzik yang lembut-lembut. Ada juga yang menyarankan supaya si ibu selalu berbual dan berkomunikasi dengan anak yang di dalam kandungannya agar dapat mengeratkan hubungan.
Ibu yang mengandung digalakkan banyak mendengar dan memperdengarkan bacaan al-quran kepada bayi yang di dalam perutnya di samping memperbanyakkan juga bacaan al-quran. Dari sini, ibu bapa bukan sahaja dapat memperkenalkan dan membiasakan bayinya mendengar bacaan al-quran, malahan juga dia dan menjadikan dirinya contoh teladan kepada anaknya yang bakal melihat ibunya sering membaca al-quran dan seterusnya mencontohinya.
Langkah pertama ini mestilah dilakukan sekerap mungkin dan setiap hari. Ia juga perlu dilakukan berterusan walaupun sesudah bayi itu lahir ke dunia. Lebih-lebih lagi apabila bayi itu lahir ke dunia dan dia terus diperdengarkan dengan bacaan al-quran dia akan membesar dalam suasana yang al-quran yang mulia.
Janganlah ada alasan untuk sering memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-quran kepada anak kerana banyak jalan dan inisiatif yang boleh digunakan pada masakini. Kalaupun si ibu tidak boleh membaca al-quran kepada anaknya, dia boleh membuka radio, memasang kaset, komputer yang mengumandangkan bacaan al-quran atau apa sahaja alat untuk memperdengarkan bacaan al-quran kepada anaknya.
Perdengarkanlah ayat al-quran sekerap mungkin walaupun anak itu sedang bermain kerana pada hakikatnya telinganya dapat menangkap bunyi-bunyi yang ada disekelilingnya. Oleh sebab itulah, tanpa kita sedar terkadang kita tidak perasan bagaimana anak-anak boleh menghafal lagu-lagu seperti lagu iklan yang sering bermain di televisyen. Ini kerana peti televisyen itu sentiasa terpasang. Walaupun anak itu sedang bermain, tetapi otaknya dapat menghafal apa yang terpasang di dalam televisyen itu jika sering diulang-ulang.
Sumber: Ustazah Aishah Hashimee

Comments
Post a Comment